Thursday, 20 June 2019

author photo
2 Petua Cepat Untuk Empukkan Ubi Kentang Dalam Masakan || Salam semua, bulan puasa lepas bila tengok kat keyword banyak sangat readers ni request cari kat situ, dah macam tempat pertanyaan pulak, :D.. macam - macam request ada, yang tak ada jawapan pun ada.

2 Petua Cepat Untuk Empukkan Ubi Kentang Dalam Masakan

Bulan puasa lepas pageviews naik mendadak mungkin sebab salah satunya ramai yang cari resepi.

Kat situ boleh timbul idea nak taip entri blog ya. Masa bulan puasa keyword banyak pasal masakan, kuih raya, menu buka puasa macam tu lah. Banyak sangat sampai ingat nak screenshot satu - satu apa readers nak. Tertarik dengan pertanyaan tentang petua cepat nak empukkan ubi kentang dalam masakan.

Kalau korang mesti ada tips dan petua masing - masing kan. Dah nama ubi kan kena lah rebus, tapi kalau letak dalam masakan tu macam mana pulak. Ubi kentang memang lambat sikit nak empuk.

Sekiranya masukkan ubi kentang lebih awal dalam masakan, rebus terlalu lama contoh masak sup ayam, perasan kan kuah mesti jadi pekat sebab dah kering kuahnya. Tak best la pulak, nak buat sup tapi sup dah kering gara - gara nak bagi ubi kentang tu empuk.

Kalau korang nak ikut cara seperti di bawah silakan.

2 Petua Cepat Untuk Empukkan Ubi Kentang Dalam Masakan
2 Petua Cepat Untuk Empukkan Ubi Kentang Dalam Masakan

Cara Pertama : Rebus terlebih dahulu ubi kentang dalam periuk lain

Ada caranya senang jerr, ini cara pertama, korang rebus terlebih dahulu ubi kentang dalam periuk berasingan  sampai empuk, nanti toskan kupas kulit dan masukkan ke dalam masakan bersup, senang cerita tak payah nak tunggu lama nak tunggu sup siap, Ini untuk mengelakkan sup yang dimasak menjadi terlalu pekat dan kering.

Dah nak bagi ubi kentang cepat empukkan, kena lah rajin rebus ubi kentang.

Cara Kedua  : Guna periuk tekanan 
2 Petua Cepat Untuk Empukkan Ubi Kentang Dalam Masakan

Periuk tekanan ? ya ini satu tips dan petua jugak, kena betul hargai buat korang yang ada periuk tekanan. Nak masakan cepat masak kan. Kalau nak rebus saja dalam 10 minit lama ke tak tu ?  Tekan - tekan tinggah. Tunggu masak jer. Bergantung kepada  jenis periuk tekanan masing - masing.

Kalau ikut pengalaman kita masak guna periuk tekanan ni, bergantung kepada bahan masakan jugak, sama ada guna ayam atau pun daging.

Biasanya kalau masak ayam samada buat gulai ke, kari ke. kerutuk ayam ke, ubi kentang dimasukkan terus sebelum kita tekan berapa minit, bergantung atas periuk tekanan kot, macam Noxxa, masak ayam ni dalam 8 minit jer untuk high pressure. Memang dah lembut ayam sekali dengan ubi kentang terus.

Tapi, pastikan ubi kentang tu dipotong 2 jangan sebijik macam tu, kalau yang besar lagi belah 4 nak bagi cepat empuk padan lah dengan masa 8 minit tu.

Kalau daging pula, kena high pressure dulu dalam 23 - 25 minit, lepas masak, baru masukkan ubi kentang dan high pressure dalam 6 minit sahaja. Itu cara kita lah ya.

Biasanya kalau lepas masak, kita akan bagi mendidih sekejap nak suruh kuah sebati. Tengah mendidih tu pun lagi proses masakkan ubi kentang. Dah sedang elok empuknya.

Rasanya itu saja setakat tahu petua cepat nak empukkan ubi kentang. Kalau korang ada petua lain boleh share di komen ya :).

Baca sini >>> Cara Nak Empukkan Ubi Kentang Guna Noxxa
Baca sini >>> Cara Nak Rebus Kacang Merah Buah Pinggang Guna Noxxa
Baca sini >>> Cara Nak Rebus Laksa Noxxa 6 Minit, Tak Payah Rendam, Hasilnya Laksa Lembut Sangat





This post have 4 komentar

avatar
Rina Zul delete 24 June 2019 at 17:21

Cara number 2 tu mcm senang jugak.. Kat rumah ni dok masak lauk2 kadang2 buh semua dalam periuk noxxa.. ubi kentang senang empuk cepat.

Reply
avatar
Nurzarini Ismail delete 30 June 2019 at 02:54

Takde periuk tekanan, boleh buat tips #1 je la kak...

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang