Pencapaian Pageviews Blog Wani Sukarno Hari Pertama Ramadan 2019 Cecah 17K

Pencapaian Pageviews Blog Wani Sukarno Hari Pertama Ramadan Cecah 17K || Salam semua, salam Ramadan yang ke 5, alhamdulillah sudah 5 hari kita berpuasa ya. Sebelum ini dari hujung- hujung nak dekat puasa, asyik perhati jerr pageviews blog ni.

Pencapaian Pageviews Blog Wani Sukarno Hari Pertama Ramadan Cecah 17K
Nak dekat puasa makin lama makin naik pageviews. Memang target tahun ini harap harap pageviews blog ada lah jugak cecah 10K pv sehari. Itu memang impian hii

Akhirnya, hari pertama puasa 6 Mei, pageviews berjaya naik dalam 17K lebih, lebih dari jangkaan sungguh. Macam tak sangka pulak. Alhamdulillah.  Bulan Ramadan ramainya rakyat Malaysia cari resepi.

Kalau hari - hari macam ini, memang syok habis lah, income adsense pun naik jerr hari - hari :D. Allah rezeki, tak ada aral melintang bulan depan boleh cash out ameeennn, tolong doakan jugak ya. 

Nak tempek kat sini untuk kenangan, tahu ramai lagi yang power pageview blog mungkin ratusan ribu hari - hari kan hii. Sampai ramadan hari ke 4, masih dalam puluh ribu pageviews.

Penangan bulan puasa, macam ini lah, tahun lepas habis tinggi pun dalam 8K lebih sehari. Harap dapat maintain sampai habis puasa, tak pun hari - hari pun tak apa. sepanjang bulan okey, siapa tak nak pageviews tinggi kan. 

Pencapaian Pageviews Blog Wani Sukarno Hari Pertama Ramadan Cecah 17K
Screenshot kat sini, ramai yang cari menu 30 hari menu berbuka puasa. biskut raya yang entri ini tengah hit sekarang. Cuma yang pelik tips cucian muka berkesan tu, macam tak sangka sampai naik 9K views, selalu tak naik pun.

Terkejut la jugak, mungkin nak raya ni ramai yang nak flawless kan. ya ke idok ini. :D. 

Untuk search keywords seperti biasa lah, semua menu resepi berbuka puasa. :D. Maklumlah bulan ramadan ni, hari - hari fikir nak masak apa, memang jem rasanya otak ni kan. 


Pencapaian Pageviews Blog Wani Sukarno Hari Pertama Ramadan Cecah 17K
Terima kasih buat readers yang sudi singgah di blog. Harap pageviews blog dapat maintain sampai bila- bila. hii. Biasalah adat tu turun naik pv, tapi syukurlah target nak capai dalam 10K sehari dah tercapai.

Alhamdulillah. Bukan nak menunjuk tau tapi nak bagi motivasi kepada diri sendiri dan juga blogger lain di luar sana. Bukan senang nak senang. Begitulah. Meh siapa yang nak review di blog. hii dialu -alukan. Ke situ pulak kan. 

Oklah setakat ini saja ya. 




13 Comments

  1. Bestnya tengok PV mencanak macam ni. Tak pernah lagi dapat PV setinggi ni. Tahniah Kak Wani!

    ReplyDelete
  2. Wah tahniah wani....seronok kan bila PV naik...macam kita terima tetamu kan...hihi

    ReplyDelete
  3. wah dahsyatnya ribu-ribu pageviews

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah sis, tahniah! pencapaian blog yang membanggakan.semoga terus suksess.:)

    ReplyDelete
  5. Tinggi pv tu.. Rezeki bulan Ramadan kan. Tahniah wani

    ReplyDelete
  6. Wowwww hebat! Bulan puasa ni semua cari resepi, blog kita pun ada gak tempias PV naik mendadak....alhamdulilah

    ReplyDelete
  7. wahhhhh..hebat la kak wani..kite nak capai 200 sehari pun jenuhhhh...blogger pemalas memang cemni..hihi..

    ReplyDelete
  8. Tahniah.
    Banyak resipi yang jadi pilihan

    ReplyDelete
  9. mantap sis.. tahniah.. keep it up...

    singgah sini ^^

    https://www.mohdnoorshawal.com/

    ReplyDelete
  10. Hebatnya kak wani.. Samalah bulan puasa ni entri resepi tak seberapa pun di blog husniey jadi naik

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah syukurrr...rezeki ramadhan kan? sejak awal ramadhan tu pv kita pun lebih 3k sehari...tak pernah2, sebelum ni nak dapat 2k pun susah...

    ReplyDelete
  12. Allhamdulillah... teruskan blogging wani...

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah tahniah kak wani

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post