-->

Thursday, 20 June 2019

author photo
2 Petua Cepat Untuk Empukkan Ubi Kentang Dalam Masakan | Ubi kentang memang sedap masukkan dalam gulai. Kalau sis masak, dulu ingat selalu alami masalah kentang tak berapa nak empuk atau istilah lain, kentang masih keras. Tak sedap jugak kalau kuah dah nak kering, lauk dah masak, tapi ubi kentang lambat nak empuk. 

Itu kalau ubi kentang yang dimasukkan dalam gulai ya. Terutama sekali kalau masak atas dapur bukan guna pressure cooker. Kalau buat gulai ikan yang ada nak masukkan ubi kentang ni payah la sikit sebab ikan bukan boleh lama atas dapur kan.

Nanti terlebih masak, jadi lembik sangat pulak isi ikan. 

Petua empukkan ubi kentang

Ada tak yang mengalami masalah yang sama ? 

Kalau korang mesti ada tips dan petua masing - masing kan. Dah nama ubi kan kena lah rebus, tapi kalau letak dalam masakan tu macam mana pulak. 

Ubi kentang memang lambat sikit nak empuk.

Sekiranya masukkan ubi kentang lebih awal dalam masakan, rebus terlalu lama contoh masak sup ayam, perasan kan kuah mesti jadi pekat sebab dah kering kuahnya. 

Tak best la pulak, nak buat sup tapi sup dah kering gara - gara nak bagi ubi kentang tu empuk.

Kalau korang nak ikut cara seperti di bawah silakan. Sis tunjukkan 2 cara rebus ubi kentang. 

2 Petua Cepat Untuk Empukkan Ubi Kentang Dalam Masakan

Petua empukkan ubi kentang

Cara Pertama : Rebus terlebih dahulu ubi kentang dalam periuk lain

Ada caranya sangat senang. Ini cara pertama, korang rebus terlebih dahulu ubi kentang dalam periuk berasingan  sampai empuk.
 
Nanti toskan kupas kulit dan masukkan ke dalam masakan bersup, senang cerita tak payah nak tunggu lama nak tunggu sup siap, Ini untuk mengelakkan sup yang dimasak menjadi terlalu pekat dan kering.

Dah nak bagi ubi kentang cepat empukkan, kena lah rajin rebus ubi kentang. 

Cara Kedua  : Guna periuk tekanan 

Petua empukkan ubi kentang

Rebus kentang guna pressure cooker ? ya ini satu tips dan petua jugak, kena betul hargai buat korang yang ada periuk tekanan. 

Nak masakan cepat masak kan. Kalau nak rebus saja dalam 10 minit lama ke tak tu ?  Tekan - tekan tinggah. Tunggu masak jer. Bergantung kepada  jenis periuk tekanan masing - masing.

Kalau ikut pengalaman kita masak guna periuk tekanan ni, bergantung kepada bahan masakan jugak, sama ada guna ayam atau pun daging.

Biasanya kalau masak ayam samada buat gulai ke, kari ke, kerutuk ayam ke, ubi kentang dimasukkan terus sebelum kita tekan berapa minit. 

Bergantung atas periuk tekanan kot, macam Noxxa, masak ayam ni dalam 8 minit jer untuk high pressure. Memang dah lembut ayam sekali dengan ubi kentang terus.

Tapi, pastikan ubi kentang tu dipotong 2 jangan sebijik macam tu, kalau yang besar lagi belah 4 nak bagi cepat empuk padan lah dengan masa 8 minit tu.

Kalau daging pula, kena high pressure dulu dalam 23 - 25 minit, lepas masak, baru masukkan ubi kentang dan high pressure dalam 6 minit sahaja. Itu cara kita lah ya.

Biasanya kalau lepas masak, kita akan bagi mendidih sekejap nak suruh kuah sebati. Tengah mendidih tu pun lagi proses masakkan ubi kentang. Dah sedang elok empuknya.

Rasanya itu saja setakat tahu petua cepat nak empukkan ubi kentang. Kalau korang ada petua lain boleh share di komen ya.

This post have 5 komentar

avatar
Rinazul delete 24 June 2019 at 17:21

Cara number 2 tu mcm senang jugak.. Kat rumah ni dok masak lauk2 kadang2 buh semua dalam periuk noxxa.. ubi kentang senang empuk cepat.

Reply
avatar
Nurzarini Ismail delete 30 June 2019 at 02:54

Takde periuk tekanan, boleh buat tips #1 je la kak...

Reply
avatar
Unknown delete 3 May 2020 at 17:31

Betul ke ais asam jawa lambatkn kentang empuk?

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post