Tuesday, 9 July 2019

author photo
Pertanyaan Di Alam Kubur Oleh Malaikat Munkar Dan Nakir Dan Malam Pertama Di Alam Barzakh | Salam semua, semasa bulan Syawal yang lepas, banyak dengar berita yang sedih tentang pemergian insan - insan yang telah pergi. Rasa nak buat coretan juga di blog, Sebab kadang- kadang teringat jerr, hal kematian ni. :(

Pertanyaan Di Alam Kubur Oleh Malaikat Munkar Dan Nakir Dan Malam Pertama Di Alam Barzakh

Kalau tak silap kita, bulan Syawal lepas dalam 4 kematian kita dengar, walaupun kita pun tak kenal, arwah tu anak kepada kawan abah, muda lagi dalam umur 25 tahun, meninggal sebab sakit kanser darah.

Dah lah nak habis kedoktoran dah dalam tahun ke 5. Tingginya cita - cita. Begitulah kan dalam kita tengah merancang kehidupan kita, Allah pun merancang juga untuk hambanya :(. Tapi itulah Allah lagi sayang arwah.

Selang dalam beberapa hari dengar pulak anak kawan abah juga, meninggal sebab sakit buah pinggang. Selang seminggu dengar adik kawan bonda pula meninggal sebab sakit tumor otak.

Selang seminggu lagi dengar adik kawan bonda juga meninggal mati mengejut. Semuanya tu dalam bulan Syawal.  Allah,bila dengar semua ni, ada satu masa, kita duduk termenung sekejap, timbul rasa keinsafan dan muhasabah diri untuk diri kita juga.

Mati itu pasti, mati itu tak kira tua dan muda, mati itu tak kira masa dan bila, Semuanya Allah dah aturkan tepat waktunya. Untuk peringatan kita bersama, ini ada sedikit perkongsian daripada Ustaz Ahmad Dusuki. Kalau korang dengar kuliah daripada beliau tentang kematian memang menusuk jiwa kalbu.

Perjalanan Roh Ke Alam Barzakh


Pertanyaan Di Alam Kubur Oleh Malaikat Munkar Dan Nakir Dan Malam Pertama Di Alam Barzakh

SETELAH tibanya saat kita kembali menghadap Allah SWT, perkara yang perlu diingati ialah jasad sudah tiada lagi nilainya lagi walaupun semasa hayat kita banyak masa dan wang ringgit dihabiskan demi menjaga jasad kita ini.

Hakikatnya pada ketika itu, walaupun jasad sudah tidak mampu bergerak tetapi sebenarnya roh akan terus melalui perjalanan menuju ke suatu masa yang paling penting dalam kehidupan. Sekiranya berjaya melalui alam barzakh dengan berada di dalam taman-taman syurga, maka ia merupakan satu kenikmatan kepada kita.

Tetapi sebaliknya jika kematian kita penuh dengan fitnah dan azab, maka kita akan menjadi manusia yang penuh dengan kekecewaan.

Proses Pereputan Jasad Sehingga Tinggal Tulang Kecil Dari Tulang Punggung

Menurut perkongsian oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani melalui segmen Mau’izati di IKIMfm pada hari Khamis, jam 5.15 petang, pada malam pertama ketika berada di alam barzakh, jasad akan mulai busuk dan bahagian badan yang pertama mengalaminya ialah di bahagian perut dan kemaluan.

Kemudian jasad akan mula berubah warna menjadi hijau dan cenderung menjadi lebih gelap. Malam berikutnya, seluruh organ dalaman seperti paru-paru, hati dan limpa mula menjadi busuk.

Pada malam ketiga berada di dalam barzakh, segala lendiran dan cecair akan mula keluar dari mata dan telinga, malah jasad akan semakin berbau busuk.

Sehinggalah tiba hari ke tujuh hingga ke sepuluh, tubuh membengkak dan sangat busuk serta mula di datangi ulat-ulat.

Setelah dua minggu, jasad dipenuhi ulat-ulat dan dimakan cacing. Dalam tempoh enam bulan, sudah tiada lagi segala isi dan daging, yang tinggal hanyalah tulang dan rangka pada jasad.

Tetapi para nabi, syuhada dan orang-orang yang salih termasuk di kalangan mereka yang menghafaz al-Quran diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.

Sehinggalah pada tempoh 25 tahun setelah meninggal dunia, nama kita sudah tidak lagi disebut-sebut dan apa yang tinggal hanyalah tulang kecil dari bahagian punggung.

Kita akan dibangkitkan pada hari akhirat kelak daripada  tulang sekecil itu.

Dunia Sebenar Di Alam Kubur Dan Pertanyaan Dari Malaikat Munkar Dan Nakir
Pertanyaan Di Alam Kubur Oleh Malaikat Munkar Dan Nakir Dan Malam Pertama Di Alam Barzakh

Bermula sejak diturunkan jasad ke liang lahad, setiap roh akan melalui suasana yang berbeza di antara satu sama lain bergantung kepada amalannya ketika hidup di dunia dahulu.

Sebagai orang mukmin, perkara pertama yang akan dilalui ialah himpitan kubur yang tidak akan ada sesiapa pun akan terlepas daripada mengalaminya, kemudian melihat malaikat yang berwarna hitam kebiru-biruan iaitu Mungkar dan Nakir berada di hujung kaki.

Jasad mula diletakkan sama dengan tanah dan akan kedengaran suara yang menyebut: “Selamat datang wahai hamba Allah, kamu akan lihat bagaimana akan aku lakukan kepada kamu sebentar lagi.”

Kalimah ini benar-benar mengejutkan sehingga menyebabkan kita tercari-cari dari manakah datangnya suara itu, sedangkan ia sebenarnya datang daripada tanah tempat kita disemadikan.

Apabila jenazah mula ditutup, datang pula malaikat Roman meminta si mati menulis semua amalan baik dan buruk yang telah dilakukan ketika hidup di dunia dengan menggunakan cebisan kain kapan, lalu segala catatan itu akan digantung pada leher si mati.

Setelah itu datang pula malaikat Mungkar dan Nakir yang mula menghalau segala amalan solat, puasa dan zakat yang berada di sekitar si mati untuk menghalang kedua-dua malaikat daripada memulakan sesi soal jawab kepada si mati.

Tetapi hanya al-Quran sahaja yang mampu menjadi pelindung kepada kita pada saat itu.

Soal Jawab Bergantung Kepada Amalan Ketika Hidup Di Dunia

Berdasarkan kitab karangan Imam Qurtubi dan Imam Jalaluddin al-Suyuti, soal jawab oleh malaikat Mungkar dan Nakir adalah berbeza kepada setiap manusia berdasarkan amalan ketika hidup di dunia.

Ada yang disoal tentang Rasulullah SAW sahaja dan apabila dia mampu menjawabnya dia akan terlepas daripada soalan-soalan yang lain.

Oleh itu berusahalah untuk mengenali dan mencintai Rasulullah SAW dan beriman dengan apa yang dibawa Baginda. Setelah ditanya tentang Rasulullah dan mampu dijawab oleh si mati, lalu malaikat akan terus menunjukkan tempatnya di dalam neraka Allah.

Tetapi oleh kerana Allah tetapkan hati orang-orang yang beriman dengan kata-kata yang tegas di dalam dirinya dan mampu menjawab pertanyaan daripada malaikat, lalu diperlihatkan di sebelah kirinya syurga Allah dan ditukarkan tempatnya untuk berada di dalam syurga Allah SWT.

Ada juga di kalangan manusia akan disoal tentang siapakah tuhan kamu? Apabila dijawab: “Allah tuhanku”, keadaannya kuburnya akan terus berubah.

Malah ada yang diajukan soalan yang panjang, siapakah tuhan kamu, siapa nabimu, apakah agamamu, di manakah kiblatmu, dan soalan-soalan lain yang menyebabkan dia akhirnya gagal menjawab soalan-soalan tersebut.

Rasulullah SAW berpesan, mereka yang banyak diajukan soalan oleh malaikat nanti, pasti dia akan diazab dan didakwa di dalam kubur sebelum diadili di padang Mahsyar kelak.

Awas Kepada 6 Golongan Ini 

Walaupun ketika hidup di dunia, si mati adalah orang-orang yang sentiasa mengerjakan amalan-amalan salih, tetapi   diajukan banyak soalan oleh malaikat Mungkar dan Nakir, kerana menurut Ibn Qayyum Rahimallah di dalam kitabnya al-Ruh, ada perkara-perkara tertentu yang pernah dilakukan.

Golongan Pertama 
Perkara pertama ialah orang yang cuai terhadap solat, menangguh-nangguhkan waktu untuk mendirikan solat atau tidak menjaga solat dengan sempurna.

Golongan Kedua 
Kedua ialah golongan yang boleh membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkannya,

Golongan Ketiga 
Orang yang tidak memastikan diri suci daripada hadas kecil.

Golongan Keempat
Golongan keempat ialah mereka yang sentiasa berbohong

Golongan Kelima 
Orang yang tidak membayar zakat,

Golongan Keenam
Golongan yang suka membazir, memakan riba, terlibat dengan rasuah, memfitnah sesama muslim dan tidak amanah terhadap tanggungjawab yang diberikan.

Bayangkan jika kita kembali menghadap Allah SWT di dalam keadaan sentiasa melakukan kemaksiatan, sudah tentunya pada malam pertama ketika berada di alam barzakh, kita sudah tiada kekuatan dan kelebihan, roh berada di awang-awangan sehinggalah selesai urusan soal jawab di dalam kubur.

Beruntunglah jika kita mampu menjawab dengan lancar segala soalan yang diajukan, pada ketika itulah kubur akan dilapangkan dan sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW, Allah SWT akan memperlihatkan kepada kita keadaan terbenamnya mentari pada hari tersebut dan kita terpaku melihat suasana pada ketika itu.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan kita keinsafan buat yang masih hidup. Sentiasa untuk muhasabah diri kita, sentiasa untuk mengingati kematian yang sudah tentunya kita pun tidak ketahui bila tarikh kematian kita. Sentiasa untuk audit amalan dan ibadat kita, supaya diterima oleh Allah SWT.

Sumber : ikimfm.my

Baca sini >>> Jaga 5 Adab Ini Ketika Menziarahi Tanah Perkuburan Dan Hikmahnya
Baca sini >>> Fahami Makna Yang Mendalam Dan Hebatnya Doa Duduk Di Antara Dua Sujud
Baca sini >>> Cara Mudah Solat Taubat Dengan Betul


This post have 3 komentar

avatar
Syaza delete 9 July 2019 at 10:59

Allahuakbar. TQ Sharing ")

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 11 July 2019 at 10:44

Memang sangat menginsafkan. semoga sama2 dipelihara Allah dan menjadi golongan beriman n bertaqwa kepadaNya. amin.

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 14 July 2019 at 12:21

Terima kasih atas perkongsian ini..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang