Resepi Kuah Laksa Kelantan Yang Sedap Dan Mudah, Kuah Pekat Tak Cair Sangat

Resepi Kuah Laksa Kelantan Yang Sedap Dan Mudah, Kuah Pekat Tak Cair Sangat | Salam semua, memang dah banyak kali dah masak laksa Kelantan cuma tak menyempat nak ambil video dan gambar bagai. Dah memang anak jati Kelantan, asyik kuah laksa Kelantan memanjang menu kat rumah bila tekak teringin nak makan laksa. Kadang- kadang, bila plan nak buat keliru berbelah bagi sama ada nak buat laksa Kelantan ataupun laksa Penang. Ikutkan kat rumah ni ramai peminat laksa Kelantan.

Resepi Kuah Laksa Kelantan Yang Sedap Dan Mudah, Kuah Pekat Tak Cair Sangat

Selalu jugak kalau mood malas buat, beli jerr yang dah siap hii. Berlambak jual kat sini. Kalau kat pasar pagi memang mudah nak cari.

Senang jerr nak buat kuah laksa Kelantan, bahan pun tak banyak untuk kuah, cuma untuk ulaman tu boleh pelbagaikan. Kalau ada pucuk serai kayu, taugeh dan bunga kantan, itu pun dah cukup. Untuk pucuk serai kayu tak payah risau sebab kat rumah memang ada pokok serai kayu. Ada yang kenal ke tidak eh. Kot ramai lagi yang tak kenal. Kalau tak ada ulaman ini semua, memang tak lengkap, terasa kosong jerr.

Laksa beli yang dah siap, tak sanggup nak buat sendiri untuk laksam tu. Nasib baik tak jauh dari rumah ada buka kedai jual laksa yang dah siap. Tak ingat dah berapa sekilo.

Resepi Kuah Laksa Kelantan Yang Sedap Dan Mudah, Kuah Pekat Tak Cair Sangat

Kuah laksa memang buat pekat sikit dan tak cair sangat. Lagi banyak isi ikan lagi sedap. Bahan sampingan yang lain ada ulaman, belacan dan juga sambal lada. Tapi kat sini tak buat sambal lada, nak rasa pedas sikit boleh makan dengan sambal lada.

Banyak lagi resepi laksa negeri lain yang tak cuba. Siapa yang nak cuba resepi laksa Kelantan mudah ini, resepi kat bawah ya.


Resepi Kuah Laksa Kelantan Yang Sedap Dan Mudah, Kuah Pekat Tak Cair Sangat

Bahan - Bahan 

3 labu bawang besar merah * sederhana
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
10 ekor ikan lolong ( direbus dengan garam dan 3 asam keping )
5 1/2 cawan santan
1 sudu teh lada hitam ditumbuk halus
2 asam keping
Laksa secukupnya

Bahan untuk ulaman

Timun
Bunga kantan
Pucuk serai kayu
Taugeh

Bahan bertanda * dikisar halus

Cara - cara

1. Ikan yang telah direbus diasingkan isi dan tulang
2. Kisar isi ikan dengan air rebusan ikan
3. Dalam periuk, masukkan isi ikan yang telah dikisar, bahan kisar, santan dan juga lada hitam yang ditumbuk halus
4. Masukkan garam secukup rasa dan juga asam keping dari rebusan ikan dan juga tambah 2 asam keping
5. Letak atas dapur dan kacau selalu sehingga mendidih
6. Bila dah mendidih lama sikit, tutup api
7. Suai rasa, Sekiranya nak tambah garam boleh tambah
8. Bunga kantan, timun dan pucuk serai kayu dihiris
9. Hidangkan laksa dengan kuah laksa, ulaman dan juga untuk bahan sampingan ada belacan dan sambal lada

Baca sini : Resepi Apam Pandan Yang Mudah Sukatan Cawan
Baca sini : Resepi Apam Gula Hangus Gebu Yang Sedap Dan Mudah Sukatan Cawan
Baca sini  : Resepi Mee Kari Yang Mudah Dan Terlajak Sedap

8 Comments

  1. Mesti sedap ni..kita memilih sikit laksam ni, kalo kelantan punya insya'Allah bole masuk..yg terengganu macam takleh telan tak tau lah kenapa

    ReplyDelete
  2. Aduh...kecurlah memalammmmm niii adeiii....sedapnyaaa ...

    ReplyDelete
  3. favoriteee! ala kalau dekat mau akak bawak pinggan pergi rumah hehee

    ReplyDelete
  4. Banyak negeri ada laksa tersendiri
    Suka laksa JDT lah

    ReplyDelete
  5. lagi pekat lg sedap.
    nak buat open hse mudah je jamu laksa...

    ReplyDelete
  6. Hari ini ekin buat kuah lemak gak makan dengan laksa yg beli dekat tesco..

    ReplyDelete
  7. amboi sodap ehh.. terliur betul tengok

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post