Monday, 9 September 2019

author photo
3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat | 
Salam semua, Sekarang ni dah ramai yang berjinak - jinak untuk menjadi seorang youtuber. Kawan- kawan  blogger ni pun rasa ramai jugak youtuber kan. Nak jadi seorang youtuber bukan semudah itu. Kalau bagi sis sendiri akaun youtube memang dah lama ada cuma tak buat video jerr.

3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat

Berjinak - jinak nak edit video bagai masa awal tahun lepas selepas dengar yang adsense pun boleh jana income dengan youtube.

Tapi masa tu sis tak ambil tahu sangat. Edit video bukan kegemaran sis sebenarnya, sebab rasa macam leceh, renyah nak buat itu ini haa. Betapa egonya diri ini dulu. Sekarang phone penuh dengan video - video, kalau dulu bersepah dengan gambar, ni dah dua - dua ada dah. :D.

Sekarang pun asyik nak cari app editing video mana yang terbaik. Dulu tak ambil tahu pun.

Sampai satu masa sis bersemangat nak edit video, walaupun mula - mula tu, video caca marba memang tak tahu apa :D. Bila lihat youtuber lain dah berjaya buat income dengan adsense, jadi sis fikir sis akan cuba dulu. :).

Berjaya Dapatkan 1000 Subscriber Dan 4000 Watch Hours

Punyalah usaha macam - macam nak naikkan subscribers, dan akhirnya bulan 6 lepas, sis berjaya naikkan subscribers 1000 dan 4000 watch hours. Itu syarat sekarang untuk youtubers nak mohon adsense untuk youtube.

Rasa macam bersyukur sangat. Macam mana nak naikkan subscribers, kalau korang dengar, panjang nak bercerita ni.

Sis nak fokus topik hari ini untuk pemahaman asas sebagai seorang youtuber wajib tahu.  Apa yang menyebabkan naik mendadak subsribers sis sampai dah cecah 1000 subs tu. Mungkin rezeki Allah, semua video dalam tu sis edit sendiri video, tak ambil content orang pun.

Subscribers naik mendadak di sebabkan video resepi kek marble yang lembut dan gebu. Entah kenapa selepas 3 minggu sis upload, tiba - tiba viewers makin tinggi dan subs pun naik drastik. Memang terkejut la.

3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat

Baru nak check, rupanya orang yang dah subs hanya kerana video ini dah masuk 1K dah. Korang boleh check ya dekat youtube studio, berapa orang yang subs setiap video kita upload. Dalam banyak - banyak video, ini lah subs paling banyak sebab video ini lah view paling tinggi.

Teringat balik susah -payah nak shoot video ni, nampak buat video masak - masak, ingat senang ke nak record video sambil masak - masak. Kiranya berbaloi sebab dah terbayar hasil penat lelah.

Tak putus - putus ada yang komen, like pun makin meningkat tak kurang orang yang dislike pun ada. Biasalah yang tak suka pun ada di sekeliling kita.
3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat

Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah 

Bagi yang dah ada channel youtube, mesti korang tertanya - tanya bagaimana nak naikkan jumlah viewers di setiap video kita. Jumlah viewers di youtube bergantung kepada banyak faktor juga. Kalau orang kata content video menarik dan penonton suka terus mereka akan subs.

Itu secara automatik jumlah viewers pun meningkat dalam masa yang sama subs pun naik. Ini macam kes sis punya yang viral punya video kek marble tu. 

Cuma buat masa sekarang ini, sis nak fokus satu - satu, nak suruh buat benda yang mudah dulu. Tahu lah kita bukan retis oitt. Kalau retis tak apa lah sekali upload berduyun - duyun yang tonton. Dalam masa 3 jam tu pun dah cecah 30K views dah. Siapa lah yang tak nak macam tu, kita pun nak. 


3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat


1. Youtube Pun Kena Pandai Main SEO 

Ingat blog jer ke kena pandai main SEO, youtube pun kena pandai SEO jugak ya hii. Bila orang nak google search video kita boleh naik first page jugak. Sis imbas balik yang video ni viral sekejap selepas 3 minggu upload. Untuk 'basic' info kat sini, dari 'title', 'description' sampailah kat bawah sekali 'tag', semua kena isi ya jangan tinggal kosong.

Bahagian ini biasanya orang malas nak isi, tapi bahagian ini lah yang paling penting kita nak letak keyword semua tu. Jadi, jangan malas menaip. Cuba tengok balik gambar atas, hashtag pun penting ya, boleh letak di description atas sekali sebelum nak taip panjang lebar kat bawah. Disebabkan ini resepi, sis letak resepi penuh kat sini.

Dan dekat description, kalau betul - betul nak ikut SEO, bilangan patah perkataan mestilah dalam 200 patah perkataan. Susah tak, hii. Sis pun sendiri tak buat semua, sis pilih video yang ada potensi nak viral jer. Untuk kes sis, bila view naik mendadak sis pun tak tahu apa punca. Sis fikir ni mesti bila kena betul - betul SEO, memang naik video kita. 

Faham ke tak ni, penting ya sini isi, jangan tinggal kosong. Lagipun, bila orang sentiasa like dan komen channel kita, maknanya youtube tahu video ni memang orang suka dan youtube akan jadikan video kita untuk recommendation dan selalu akan nampak di newsfeed youtube.

3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat

Ini bahagian tags, bahagian bawah sekali. Kalau korang create channel betul - betul ikut niche, rasanya tak ada masalah. Ikut 4 langkah ini ya, yang penting isi. Sentiasa hasilkan dengan kata kunci yang menarik audiens korang ya.

2. Isi bahagian di Advanced Settings

3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat

Yang kedua, isi di bahagian advanced settings. Korang klik dekat video manager dan seterusnya klik advanced settings. 

3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat
Nanti akan keluar seperti gambar di bawah.  Daripada langkah 1 hingga 14 tu ada yang isi ada yang tak, bergantung atas video yang korang upload jugak. Walaupun kita nak publish terus, kadang- kadang sis sendiri pun terlepas pandang kat bahagian ini. Ingatkan tak payah nak isi.

Tapi bila tengok balik untuk komen tu, memang youtube set untuk hold dulu sekiranya ada orang komen video kita. Jadi kat sini sis dah set allow for all comment.

3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat

 Jadi, pastikan klik betul - betul apa yang ada kaitan dengan video korang ya sebelum klik save changes. 

3. Tambah add card di setiap video 


3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat

Mula - mula tak tahu juga  fungsi card ni, bila dah tahu rupanya memang sangat penting jugak ya. Kalau korang perasan setiap kali korang tonton video, nampak tak naik suggested kat tepi sebelah kanan. Kalau mata tak terlepas pandang memang akan nampak.

Fungsi add card tu untuk letak kita punya link video kita yang lain dalam video tersebut. Faham ke tak ni. Itu caranya nak promote link video korang yang lain. Tengok gambar di atas, sebagai contoh korang cari video yang paling banyak view, klik edit dan klik card.

3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat

Seterusnya akan keluar seperti gambar di atas. Klik video or playlist dan akan keluar senarai video korang, tapi tak semua ada kat situ. Ataupun nak senang kalau korang dah banyak video, copy link video yang masih tak banyak lagi view dan paste di dalam ruangan kotak seperti di bawah.

Seterusnya boleh klik create card.

3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat

Seterusnya, link video yang kita nak letak akan ada kat situ seperti gambar di bawah.
3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat

Korang boleh adjust minit ke berapa yang korang nak link video tersebut keluar. Ikut lah 6 langkah ini ya. Nak letak link video kita kat sini hanya terhad kepada 5 video sahaja. Jadi pandai - pandai nak adjust letak minit ke berapa. Kalau video panjang mudah sikit nak adjust.

Kalau lagi rajin boleh buat untuk setiap video. Nampak tak tanda simbol tanda seru sebelah kanan tu, kat situ lah link video akan keluar, kalau audiens nak tahu sangat, mungkin mereka akan klik.

3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat


Kesimpulannya 

Itu lah ya 3 cara yang mudah dulu, hadam yang ini, walaupun banyak cara lain jugak nak naikkan views. Yang penting rajin upload tapi ada kualiti, yang ada potensi audiens nak tonton. Kadang - kadang video syok sendiri pun bila dah viral dan ramai pengikut ni, upload video apa pun orang tetap nak tengok kan. 

Kenapa sis cakap yang nombor 1 tu penting sangat. Sebab kat situ lah kita nak mengoptimumkan kekuatan kata kunci dari segi title, description, tag semua tu. Kat situ semua maklumat penting. Jangan tinggal kosong kat situ ya.

Kat sini kena banyak buat research keyword ya. Sis pun banyak nak belajar lagi ni. Kadang- kadang pening jugak dengan algoritma youtube ni. Ok lah  harap dapat membantu korang semua ya terutamanya yang baru nak bergelar youtuber. 

Jangan lupa subscribe channel sis ya.

This post have 8 komentar

avatar
Sunah Sakura delete 9 September 2019 at 20:04

hebatnyeee kak wani! kita subs tak sampai 100 pun...hahahah...sayang sebab watch hours dengan views da banyak...

Reply
avatar
Eyma Balkish delete 9 September 2019 at 21:14

Terima kasih atas info yang sangat berguna ini ;)

Reply
avatar
Maria Firdz delete 10 September 2019 at 10:00

terima kasih kongsi tips... kita ni kalau tengok dah lepas dah semua syarat tapi masih tak lulus lagi iklan youtube... katanya tak cukup wwatch time tu... tak pasti lagi youtube kira cmne.. sbb kalau tengok analytic, dah lebih dari cukup...

Reply
avatar
AZ .Com delete 10 September 2019 at 22:38

hebat la kak wani.. blogging pandai youtube pon pandai. wuuuu, terima kasih sudi berkongsi...

Reply
avatar
azlina ina delete 14 September 2019 at 12:37

terima kasih kwani.. Hebat! Kejap je dah cecah 1k

Reply
avatar
Eyda delete 28 October 2019 at 20:16

Wahhh terbaik lahhh 😀Thanks sudi kongsi tips ...

Reply
avatar
Hernee Nazir delete 17 November 2019 at 20:29

good info.. nanti kita nak cuba.. thanks wani for the tips..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang