Resepi Cempedak Goreng Rangup Yang Paling Ringkas Dan Mudah

Resepi Cempedak Goreng Rangup Yang Paling Ringkas Dan Mudah | Salam semua, musim buah cempedak yang lepas memang teringin sangat nak goreng cempedak. Nasib baik ada pokok cempedak pak saudara kat kampung, tapi kecik molek buahnya. Boleh lah lepas kempunan nak makan cempedak goreng. Kalau bab nak goreng cempedak ni kadang - kadang tercari jugak resepi untuk cempedak goreng rangup dan kalau boleh yang mudah dan ringkas.

Resepi Cempedak Goreng Rangup Yang Paling Ringkas Dan Mudah

Macam - macam resepi cempedak goreng ni, tapi kalau boleh nak elak yang ada air kapur.

Kat rumah sis tak ada pokok, kalau di kampung memang ada pokok. Geram tengok buah yang melekat banyak- banyak di batang.

Buah Cempedak Yang Kaya Dengan 12 Jenis Zat Yang Penting

Siapa cakap buah tempatan pun tak ada zat. Korang tahu ke, buah Cempedak ini di antara yang banyak khasiat penting untuk tubuh. Buah cempedak kaya dengan protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin A, vitamin B1, vitamin C, enzim, bioflavonaid, dan juga ascobic asid.

Banyak kan baru tahu. Lagipun sedap cempedak ni ada yang tak suka ke.

Buah cempedak ni selain dari makan begitu saja, kena goreng lah jawabnya.  Ke ada makan cara lain. Masa musim cempedak lepas, rasa macam hari hari makan cempedak goreng. Sikit - sikit nak goreng sikit - sikit nak goreng. Kalau lama - lama simpan nanti tak elok buah tu.

Dan kalau simpan pun sis mbil isinya tu dan simpan dalam peti untuk tahan lama. Ada sekali sis cuba simpan dalam peti beku selepas seminggu, keluarkan biar lembut suhu bilik untuk digoreng. Itu lah tips nya nak simpan buah cempedak. Rasanya tetap sama. Tapi kan, sebenarnya  memang sedap goreng lepas kita ambil isi dia tu kan segar.

Kalau dah buah banyak kadang- kadang ambil isinya simpan dalam peti.

Baca sini : Resepi Cekodok / Cucur Durian Yang Lembut, Mudah Dan Sedap

Ok lah jom semak resepinya, sis rasa semua orang pun tahu bancuhan nak buat adunan tu kan. Nak buat bancuhan untuk gorengan yang sedap mesti kita tengok tepung apa yang digunakan. Yang sis tengok bonda sis buat ni sampai sekarang dia asyik guna tepung beras jer. Resepi ni tak ada dimasukkan telur, kiranya tak guna telur dan air kapur.

Terlintas fikir nak guna tepung kastard sebab tak terusik dalam kabinet. Lagipun, tepung kastard tu kalau buat biskut pun rangup. Kalau buat bancuhan untuk goreng cempedak pun apa salahnya kan.

Tapi sis buat kelainan sikit, jom semak resepi nya. Nak bagi rangup bancuhan tepung tak campur tepung gandum. Resepi ni senang jer. Bila gabung dengan tepung kastard tu dah ada warna kuning so tak payah la letak pewarna kuning. Senang jer cempedak goreng ni. Kalau nak cuba untuk bancuhan goreng macam ni.

Baca sini : Resepi Apam Pandan Kukus Yang Mudah Sukatan Cawan

Resepi Cempedak Goreng Rangup Yang Paling Ringkas Dan Mudah


Bahan - Bahan 
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kastard
1/2 sudu teh baking soda
sedikit garam
Air secukupnya
Isi cempedak secukupnya

Cara - Cara 
1. Tepung beras, tepung kastard, baking soda dan garam digabungkan.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau  sehingga agak pekat sikit tapi bancuhan jangan terlalu cair.
3. Panaskan minyak dengan api sederhana. Sementara itu, masukkan isi cempedak ke dalam bancuhan tepung buat sikit demi sikit la ya, sehingga bergaul dengan rata dengan bancuhan tepung tu.
4. Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak dah panas, boleh goreng cempedak sehingga perang kekuningan. Sedap makan masa panas -  panas.

Baca sini : Resepi Agar - Agar Sirap Merah Yang Mudah

2 Comments

  1. Haah...wani, kakpb pun ada lg stock cempedak dlm peti. Naik angin perut ni mkn cempedak hari2...biasa akk campur tepung jagung n gandum, lembut jg. Hari ni cuba style wani pulak...hehe

    ReplyDelete
  2. Ada lagi yaa musim cempedak...sedapnyaa tapi nak beli sebijik tu agak ngeri, takut dalamnya cuma 5/6 ulas huhuhu...hujan-hujan makan sedapnyaaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post