Resepi Biskut Semperit Sedap, Rangup Dan Tanpa Telur

Resepi Biskut Semperit Sedap, Rangup Dan Tanpa Telur | Salam semua, ramai yang jadikan biskut semperit sebagai biskut yang wajib dibuat bila tiba Hari Raya. Biskut semperit dah jadi biskut orang lama - lama, cuma sekarang ini dah pelbagai variasi orang buat. Macam - macam, sis pun pening. Tengok orang lain buat, sis pun gigih nak buat juga. Ya lah cantik kelopak bunga semperit, rasa nak makan pun sayang.

resepi biskut semperit sedap dan mudah

Orang lebih suka biskut semperit, sebab rasa biskut ini yang gebu dan cair di mulut. 

Ramai juga yang dah mula berniaga biskut semperit, kalau tak pun sebelum nak puasa, semua pakat ambil order biskut. Sis pun untuk makan - makan sikit boleh jer buat. Geram tengok orang lain buat cantik - cantik. Jadi kita pun terikut - ikut juga.

Tak silap sejak biskut semperit jadi viral balik, itu yang macam - macam resepi biskut semperit. Cuma yang bingung, tak tahu yang mana satu nak ambil resepi mana yang biskut semperit paling sedap.


Semasa bulan puasa sebelum ini, banyak sangat post yang viral resepi biskut semperit sampai tak tahu nak ambil mana satu, sebab yang pertama tak pernah buat, pilih punya pilih, sis berkenan lah resepi ini sebab tak guna telur, kata tuan empunya resepi, tak pakai telur, bunga tak jatuh, terletak elok jer.

Ada setengah resepi guna telur kalau yang guna telur tu mudah rapuh. Pegang sikit cepat patah, lagipun jimat belanja sebab tak guna telur.

Kali pertama sis buat pergi picit macam tinggi sangat, kali kedua buat doh lain dan picit sedang elok dah, tak nak tinggi sangat tak comel.

Buat sesiapa yang baru nak belajar buat biskut semperit, sis amat rekomenkan guna resepi ini. Sis pun dah simpan kat sini sebagai salah satu resepi a keeper sebab tak guna telur. Jadi bunga tu tak jatuh, terbaca pula tips bagi tahu kalau guna pure butter untuk effect biskut jadi putih, sis guna buttercup rasa masin sikit, itu sahaja yang beza.

resepi biskut semperit sedap dan mudah

Sanggup buat sebab macam seronok main picit picit pulak, nampak bunga macam flowy tu, sakit tangan pun tak apa asalkan puas hati. Dalam resepi ni sukatan untuk tepung nampak banyak, tapi tak apa memang dah cukup untuk satu adunan, sis pun mula mula pun ingat macam banyak sangat.

Mula mula tu gaul dulu guna senduk sebab doh pun masih lembik nanti bila nampak doh dah agak berat boleh guna tangan dan gaul hingga sebati. Biskut ni sedap tak adalah bau susu sangat sebab setengah orang tak suka bau susu yang melampau.

Tips dah ada kat bawah sudilah baca. Terima kasih empunya resepi. Next raya tak cari resepi lain dah. Jom cuba resepi biskut semperit tanpa telur.

Resepi Biskut Semperit Sedap, Rangup Dan Tanpa Telur


Resepi Biskut Semperit Sedap, Rangup Dan Tanpa Telur

Sumber : Dari Dapur Seorang Amatur

Bahan - Bahan 
250g buttercup
50g gula halus
120g susu pekat manis
400g tepung jagung
30g tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla

Cara - Cara 
1. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukul sebati.

2. Masukkan susu dan esen vanilla. Pukul sebati.

3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dan masukkan ke dalam adunan. Gaul dengan tangan hingga jadi doh. Doh sangat lembut. Kalau doh yang terhasil keras, maknanya sampai kat sini pun langkah dah tak betul. ( pastikan sukatan betul )

4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Biar 1 bahagian dengan warna asal. Letakkan warna kesukaan dalam 1 bahagian lagi. Sentiasa tutup doh dengan kain lembab supaya doh tak keras.

5. Bolehlah di tekan atas dulang yang telah di gris.

6. Bakar suhu 160°c selama 15 - 20 minit ikut kesesuaian oven masing - masing. Guna api atas dan bawah ya.

Ikut 7 Tips Untuk Biskut Semperit Rangup Dan Bunga Kelopak Tak Jatuh 

1. Kenapa guna buttercup ? Apa lagi jenis mentega yang boleh digunakan ? Boleh tak pakai marjerin biasa ?

Boleh pakai mentega Anchor untuk rasa yang lebih sedap. Kalau untuk jual biasanya pakai buttercup sebab lebih murah dan rasanya masih sedap. Jangan pakai marjerin biasa, nanti rasa lari.

Nota 
Bila keluarkan mentega dari peti ais, rehatkan di luar sekejap supaya mentega lembut sikit ( tapi masih dalam suhu sejuk) Kemudian baru boleh guna. 

2. Kenapa dalam resepi tak pakai telur ? 

Dalam resepi ini tak pakai telur sebab telur akan menyebabkan kuih semperit jadi sangat gebu dan lerai. Semperit kita akan mengembang dan terpenyek bila dibakar dan hilanglah kelopak bunganya.

3. Kenapa tak payah letak tepung gandum ke? Resepi lain guna tepung gandum.

Dalam resepi ni juga tak pakai tepung gandum. Kenapa? Dah memag resepinya begitu. Inilah yang dinamakan resepi, betul tak. Sebenarnya tepung gandum akan buatkan semperit keras bila dah sejuk dan rasanya macam tepung. 

4. Susahnya nak tekan semperit. Nak patah jari rasanya, nak buat macam mana ya?

Sebaik saja doh siap diadun, terus tekan guna acuan ketika doh masih lembut.
Nota
Sentiasa tutup doh supaya tak keras. Adunan mudah mengeras klau terdedah pada angin. Kalau doh keras dan susah nak tekan, boleh masukkn 1 hingga 2 sudu susu full cream (susu kotak) dan uli sebati.

5. Kenapa semperit saya jadi kembang, kelopak jatuh, terpenyek bunganya bila dah bakar 
?
Rehatkan dulu semperit yang dah ditekan. Jangan terus bakar. Biarkan bawah kipas untuk 1/2 jam hingga 1 jam sebelum dibakar. Biar rehat lama - lama pun tak apa. Lagi lama semperit kita terdedah pada angin, ia akan jadi lebih keras dan kelopak bunga semperit kita nanti akan lebih 'teguh'.

Tak ada Kelopaknya terpenyek bila dibakar. Tapi jangan risau, bila dah dibakar nanti, semperit akan jadi rangup, gebu dan cair dalam mulut. Kalau nak semperit kita cantik, kena kekalkan saiz masa nak terap. 

6. Dah ikut tips di atas tapi semperit tetap kembang lepas dibakar. Macam mana ya ?

Kalau setakat kembang sikit tu biasa. Tapi mungkin juga ada masalah dengan suhu masa bakar. 
Cuba fahami oven masing - masing. Kalau sebelum ini guna suhu 160 tapi semperit masih kembang, cuba kurangkan ke 150 dan tambah masa lagi 5 minit.

Kalau sebelum ini, guna rak yang bawah, kali ini cuba gunakan rak tengah oven. 

7. Kalau tak ada acuan macam tu. Boleh tak nak guna acuan lain ?

Boleh nak guna acuan lain sebab acuna tak mempengaruhi rasa, cuma mempengaruhi mata. Kalau guna acuan semperit lagi bentuk kelopak bunga yang cantik. Kalian boleh cari di kedai barang kek. 

8. Ada antara bahan - bahan kalau tak ada, boleh tak nak ganti dengan bahan lain ? Tak anak guna susu, nak guna gula saja. Tak ada tepung kastard, nak ganti dengan tepung lain ?

Soalan nak minta menderhaka resepi ini, jangan ya. Pergi beli barang cukup, baru boleh buat. Tak cukup bahan jangan buat.

Ok dah baca tujuh tips semua tu kan. Kalau kalian yang baru nak belajar buat biskut semperit, ikut tips di atas dan hadam. Ramai yang risau bab kelopak bunga jatuh sebab dah tak cantik. Biasalah buat biskut macam - macam petua orang kongsi. Sis dulu, seram bila ramai yang letak gambar biskut semperit tak jadi selepas bakar.

Sis ikut petua ini, alhamdulillah jadi elok biskut nya. Oh ya, biskut semperit ini rasanya rangup, cair di mulut dan sedap. Bila pegang tak mudah patah maksudnya tak terlalu gebu sangat sampai kan nak pegang pun tak boleh.

Baca sini : 10 Resepi Biskut Raya Yang Mudah Dan Sedap
Baca sini : Resepi Tart Nenas Gulung Paling Gebu Dan Sedap
Baca sini : Resepi 30 Hari Menu Buka Puasa


4 Comments

  1. Menarik kuh samprit tu. Kalau rajin teringin nak mencuba. Hehe.

    ReplyDelete
  2. kuih wajib buat setiap tahun. cantik sgt semperit awak buat, nak try buat juga nanti..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. dulu samperit kaler kuning ja dengan ceri merah kat atas. sekarang dah hipster. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post