Monday, 2 March 2020

author photo
Senarai 10 Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah | Salam semua, resepi biskut raya antara yang ramai orang cari kalau nak dekat musim raya puasa. Macam - macam orang nak buat biksut raya kan. Ada orang suka biskut raya moden dan tidak kurang juga ada orang suka biskut raya lama. Setiap tahun mesti ada biskut raya viral. Biasanya kalau biskut yang viral, orang akan ikut sebab dah terjebak netizen pakat buat biskut viral belaka.

senarai Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah

Oklah tanpa melengahkan masa,sis nak share resepi biskut yang diambil dari page KELAB CINTA KETUHAR di facebook. Memandangkan pihaknya dah bagi free download ebook resepi, jadi
dengan sukacitanya kongsi dekat sini juga. Kali ini resepi biskut raya bergambar. Mungkin ada sesiapa yang ingin mencuba. Dah lama sis tak buat biskut.

Tahun lepas raya pun tak buat, tengoklah kalau tahun ni ada semangat sebab kalau bab terap - terap ni malas betul. Wani memang peminat buttercup. Packaging untuk buttercup yang berat 1 kilo tu dah tukar. Tak perasan pulak bila ia tukar. Last beli dalam tin kecil. Kalau dulu dalam tin. Sekarang paket dalam bekas plastik.

Terima kasih kepada penyumbang resepi biskut yang sudi berkongsi. Di antara resepi biskut moden seperti di bawah :

senarai Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah
Senarai 10 Resepi Biskut Raya Yang Mudah Dan Sedap

1. Resepi Aidilfitri Sukma Macadamia Cookies 

Bahan - Bahan 
250 gm mentega
100 gm gula perang
320 gm tepung
30 gm tepung jagung
100 gm parutan coklat putih
150 gm macadamia ( dibakar dan dicincang kasar )
30 gm kelapa kering
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara - Cara 
1. Pukul mentega sehingga lembut. Masukkan gula perang dan pukul hingga sebati.
2. Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan tepung jagung.
4. Akhir sekali, masukkan parutan coklat putih, kelapa kering dan macadamia.
5. Gaulkan sehingga sebati dan terap mengikut acuan yang disukai.
6. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu ikut oven masing - masing selama 15 - 20 minit atau sehingga keperangan.
7. Keluar dair oven, sejukkan atas redai dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

senarai Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah
Senarai 10 Resepi Biskut Raya Yang Mudah Dan Sedap

2. Resepi Biskut Secantik Syawal 

Bahan - Bahan 
80 gm gula aising
150 gm mentega
1 biji kuning telur
170 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh coffee emulco
40 gm peanut butter
40 gm kelapa kering
2 sudu besar serbuk koko

Cara - Cara 
1. Pukul gula, mentega dan kuning telur hingga sebati.
2. Masukkan bahan kering dan coffee emulco.
3. Pukul hingga sebati dan jadikan doh.
4. Canaikan doh dan terap.
5. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar pada suhu ikut oven masing -masing selama 15 - 20 minit.

senarai Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah
Senarai 10 Resepi Biskut Raya Yang Mudah Dan Sedap

3. Resepi Black & White Cookies 

Bahan - Bahan A
300 gm mentega
200 gm gula aising
100 gm gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh esen mentega

Bahan B 
4 biji kuning telur

Bahan - Bahan C 
2 sudu teh serbuk penaik
100 gm susu tepung
350 gm tepung gandum

Bahan - Bahan D 
150 gm nestum dikisar halus
200 gm serbuk badam
100 gm keju parmesan

Hiasan 
150 gm coklat putih ( dicairkan )
150 gm coklat gelap ( dicairkan )

Cara - Cara 
1. Putar bahan - bahan A sehingga separuh kembang. Kemudian, masukkan kuning telur dan gaul sehingga rata dan sebati.
2. Masukkan bahan - bahan C dan D dan sebatikan adunan sehingga mendapat doh yang lembut. Rehatkan doh.
3. Canai adunan sehingga mendapat ketebalan 3mm dan terapkan bentuk bujur.
4. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar ikut suhu oven masing - masing dalam 20 - 30 minit.
5. Sejukkan biskut dan kemudian celup ke dalam coklat hitam dan coklat putih.

senarai Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah

4. Resepi Carrot Oat Cookies 

Bahan - Bahan A
95 gm oat segera 
90 gm tepung gandum penuh 
5 gm serbuk penaik 
3 gm serbuk kayu manis

Bahan - Bahan B 
28 gm mentega ( dicairkan dan dibiarkan sejuk ) 
1 biji telur 
5 ml esen vanila 
120 ml madu 

Bahan - Bahan C
65 gm lobak merah ( diparut ) 
20 gm walnut 
20 gm coklat chip

Cara - Cara 
1.  Campurkan bahan - bahan A dan ratakan.
2. Pukul mentega bersama telur dan esen vanila shingga sebati.
3. Kemudian, masukkan madu dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Masukkan bahan - bahan A ke dalam bahan - bahan B, gaul rata dan kemudian masukkan lobak merah, walnut dan coklat chip yang telah diparut. 
5. Adunkan sehingga membentuk doh. Tutup doh dengan pembalut plastik dan sejukkan selama 30 minit di dalam peti.
6. Dengan menggunakan sudu, bentukkan doh secara drop dan leperkan dengan garfu. 
7. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar ikut suhu oven masing - masing dalam 12 - 15 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan di atas dulang pembakar sebelum alihkan ke atas redai 


senarai Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah

5. Resepi Chocolate Almond Cookies 

Bahan - Bahan 
1/2 cawan mentega 
1 cawan gula aising 
1/4 sudu teh garam
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila 
1/4 cawan serbuk koko 
1 cawan tepung gandum 
2/3 cawan badam cincang dibakar 

Cara - Cara 
1. Pukul mentega bersama gula aising hingga sebati. 
2. Masukkan telur kuning dan esen vanila. 
3. Kemudian, masukkan serbuk koko dan tepung.
4. Ambil secubit adunan, bulatkan dan golekkan di dalam badam cincang. Tekan sedikit di tengah - tengah untuk membuat lubang. 
5. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar ikut suhu oven masing - masing sehingga masak. 
6. Sebagai hiasan, paipkan coklat masakan yang telah dicairkan ke dalam lubang tersebut.  


senarai Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah

6. Resepi Snowball Cookies 

Bahan - Bahan 
2 sudu besar mentega
200 gm tepung jagung
50 gm tepung sugee
200 gm susu pekat manis
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna biru

Hiasan
Gula snow

Cara - Cara 
1. Satukan semua bahan - bahan dan gaul sehingga sebati dan menjadi doh. Jika doh terlalu lembut, tambahkan lagi tepung jagung.
2. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Ambil satu bahagian dan warnakan dengan warna biru.
3. Canai secara memanjang kedua - dua bahagian doh tersebut.
4. Pintal doh putih dan doh biru tersebut dan kemudian potong kecil - kecil. Bulatkan doh yang telah dipotong itu tadi dan timbang setiap satu untuk mendapatkan 7 gm sebiji. Susun di dalam loyang.
5. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar ikut suhu oven masing - masing dalam 20 - 25 minit.
6. Sejukkan biskut dan kemudian golekkan di atas gula snow dan letakkan dalam cawan kertas.

senarai Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah
Senarai 10 Resepi Biskut Raya Yang Mudah Dan Sedap

7. Resepi Oreo Strawberry Truffle Cup 

Bahan - Bahan 

Lapisan Bawah 
2 sudu besar mentega dicairkan
12 keping biskut oreo dihancurkan
2 sudu besar jem strawberi

Lapisan Tengah 
1 sudu teh mentega
150 gm coklat berperasa strawberi
25 gm krim putar

Lapisan Atas
1 sudu besar mentega
150 gm coklat susu
 25 gm krim putar

Hiasan 
Manik berwarna -warni
Cawan muffin kertas keras

Cara - Cara 

Lapisan Bawah 
1. Satukan serbuk biskut bersama mentega dan tekankan campuran tersebur ke dalam cawan kertas.
2. Letakkan jem strawberi di atas lapisan serbuk biskut itu tadi. Sejukkan palisan ini di dalam peti sejuk.

Lapisan Tengah 
1. Cairkan mentega bersama coklat dan krim putar.
2. Kacau sehingga keseluruhan coklat telah cair dan rata .
3. Letakkan campuran tersebut di atas lapisan bawah tadi.
4. Sejukkan selama 10 minit.

Lapisan Atas 
1. Cairkan mentega bersama coklat susu dan krim putar.
 2. Kacau hingga keseluruhan coklat telah cair dan rata.
3. Letakkan campuran ini ke atas lapisan tengah tadi.
4. Taburkan manik di atas sebagai hiasan.
5. Sejukkan selama 10 minit lagi.

Tips
1. Cadangan disimpan di dalam peti sejuk.
Gunakan perisa jem berlainan untuk mendapatkan rasa yang berbeza.
3. Coklat putih juga boleh digunakan untuk lapisan tengah.
4. Gunakan cawan muffin kertas keras.

senarai Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah
Senarai 10 Resepi Biskut Raya Yang Mudah Dan Sedap

8. Resepi Syawal Fancy Cookies 

Bahan - Bahan 
75 gm mentega dicairkan
4 biji putih telur
1/4 sudu teh garam
150 gm gula
150 gm tepung
30 ml krim putar
1/4 sudu teh esen vanila

Hiasan 
250 gm coklat gelap dicairkan
50 gm coklat putih dicairkan

Cara - Cara 
1. Pukul putih telur bersama garam dan gula sehingga kembang dan kemudian masukkan tepung.
2. Masukkan mentega yang telah dicairkan, krim putar dan esen vanila.
3. Paipkan adunan ke atas dulang membakar atau dulang lidah kucing.
4. Panaskan oven dan bakar ikut suhu oven masing - masing selama 10 minit atau sehingga masak.
5. Sejukkan, susun di atas redai dan tuangkan coklat gelap cair ke atas biskut itu tadi. Taburkan manik - manik di kedua- dua hujung biskut dan biarkan coklat keras.
6. Bila dah keras, lorekkan dengan coklat putih.
7. Kemudian tabur manik - manik gula dan keraskan.

senarai Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah
Senarai 10 Resepi Biskut Raya Yang Mudah Dan Sedap

9. Resepi White Flake Cookies 

Bahan - Bahan A
125 gm mentega
70 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh madu
1 sudu teh krim putar ( tenusu )

Bahan - Bahan B
30 gm badam kisar
20 gm bijirin milo dikisar halus
1 sudu besar serbuk koko
20 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum

Hiasan 
Croquant
Nestum
Coklat masakan putih

Cara - Cara 
1. Panaskan ketuhar pada suhu 150 C.
2. Sebatikan semua bahan - bahan A sehingga rata.
3. Masukkan bahan - bahan B dan adunkan sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Canai doh sehingga nipis dan terap. Aturkan di dalam dulang pembakar dan bakar selama 30 minit.
5. Celupkan biskut ke dalam coklat masakan putih dan golekkan dalam campuran croquant dan nestum.

senarai Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah
Senarai 10 Resepi Biskut Raya Yang Mudah Dan Sedap

10. Resepi Biskut Yummy Mushroom 

Bahan - Bahan 
130 gm mentega
20 gm crisco
80 gm gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
170 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm serbuk kastard
1/ 8 sudu teh serbuk penaik
30 gm nestum
40 gm emping jagung
20 gm serbuk badam

Hiasan 
Coklat masakan

Cara - Cara 
1. Pukul mentega, crisco, gula dan esen vanila hingga sebati.
2. Masukkan semua bahan - bahan kering yang lain dan gaul sebati.
3. Canai doh dan terapkan dengan acuan
4. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140 C selama 25 minit.
5. Stelah sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan.

Baca Sini : Resepi 30 Hari Menu Berbuka Puasa
Baca Sini  : Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yang Sedap Untuk Juadah Berbuka Puasa
Baca sini : Koleksi Biskut Raya Moden Dan Popular
  
                                         

This post have 6 komentar

avatar
Amie delete 20 June 2015 at 20:42

Nampak cantik-cantik biskutnya kan ... kita pun rasa terpikat bila melihatnya!

Reply
avatar
Unknown delete 30 July 2015 at 12:35

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Resepi Biskut Almond

Reply
avatar
Sheila Adziz delete 5 May 2018 at 17:27

aduihh... tgk biskut semua sedap2... xp xde oven nk buat... hahaha... alasannya...

Reply
avatar
Lea Azleeya delete 6 May 2018 at 00:13

Wahhh syioknyeee.. nak share jugak boleh ke.. hahaha

Reply
avatar
Atul Hamid delete 4 March 2020 at 08:27

Sedapnya biskut raya. nyum nyum

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 12 March 2020 at 15:55

kemain fancy kuih raya nya..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang