Sunday, 29 March 2020

author photo
Himpunan 17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa | Salam semua, setiap kali masuk bulan puasa mesti buntu nak masak apa. Setelah berpuasa seharian, mestilah kalau  nak menu buka puasa yang mudah. Kalau masak menu nasi pun, mesti nak resepi nasi mudah jer untuk berbuka puasa kan. Sis rasa orang lain pun macam sis juga, memang pening sungguh nak fikir menu untuk buka puasa.

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

Buat yang rajin senaraikan menu nak masak apa sepanjang satu bulan berpuasa, memang bagus lah. Kali ini sis nak kongsi aneka resepi nasi mudah dan sedap untuk berbuka puasa. Harap - harap lah memudahkan korang semua yang selalu buntu nak masak apa. Ada resepi nasi goreng, ala nasi minyak pun ada, dan tak lupa juga bubur lambuk mudah yang sentiasa popular pada bulan puasa. Jom kita tengok resepinya ya.

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

1. Nasi Cenderawasih 

Bahan - Bahan
100 ml minyak sayuran ( 2/5 cawan )
50 gm minyak sapi
1 biji bawang besar dikupas dan dihiris halus
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
5 sudu besar serbuk biryani dibancuh dengan 1/2 cawan air
5 ulas bawang merah dikupas dan dihiris
2 cm halia dikupas dan dicincang
200 gm daging lembu di dadu
150 gm puri tomato
200 ml susu sejat ( 3/4 cawan )
Garam secukup rasa
1 kg beras basmati dicuci dan toskan
800 ml air  ( 3 1/4 cawan )
3 helai daun pandan disimpul
300 gm sayur campuran dinyahbekukan

Bahan Hiasan 
2 sudu besar empingan kacang badam  dipanggang
1 biji limau kasturi

Cara - Cara 
1.  Panaskan minyak sayuran dan minyak sapi di dalam periuk.
2. Tumiskan bawang besar, kulit kayu manis, bunga cengkih, dan buah pelaga hingga wangi.
3. Masukkan bancuhan serbuk biryani, bawang merah, halia dan daging.
4. Masak selama 4 hingga 5 minit.
5. Masukkan puri tomato, susu sejat, garam, beras, air, daun pandan dan masak di atas api sederhana sehingga nasi masak.
6. Masukkan sayur campuran dan gaul sehingga sebati.
7. Hiaskan dengan empingan kacang badam, limau kasturi dan hidangkan.

Nota 
1. Gantikan dengan daging kembu dengan ayam jika suka.
2. Boleh tambah kacang gajus yang dipanggan sebagai hiasan untuk menambah rasa.

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

2. Nasi Beriani Kurma Daging 

Bahan - Bahan 
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar minyak sapi
600 gm daging lembu atau kambing dipotong kiub
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 sudu teh serbuk kas - kas
 100 gm kacang gajus dikisar
1 liter air  ( 4 cawan )
320 ml susu sejat ( 1 1/4 cawan )
250 ml dadih atau yogurt ( 1 cawan )
2 helai daun pandan disimpul
Garam dan gula secukup rasa
800 gm beras basmati dicuci dan toskan

Bahan - Bahan Rempah
5 ulas bawang merah dikupas dan dihiris halus
3 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris halus
2cm halia dikupas dan dihiris halus
1 tangkai daun kari
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
1/2 sudu teh biji jintan manis
3 biji buah pelaga

Bahan - Bahan Kisar 
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan Hiasan 
Bawang goreng
Daun ketumbar

Cara - Cara
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan bahan - bahan rempah hingga wangi dan perang keemasan.
2. Masukkan bahan - bahan kisar, daging, serbuk kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas - kas dan kacang gajus.
3. Kacau rata dan masak sehingga pecah minyak dan daging empuk.
4. Tambah air, susu sejat, dadih atau yogurt, daun pandan, garam dan gula. Didihkan.
5. Masukkan beras dan kacau rata.
6. Masak di atas api sederhana sehingga nasi masak.
7. Hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan daun ketumbar sebelum dihidang.

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

3. Nasi Beriani Ayam India 

Bahan - Bahan 
7 sudu besar minyak
2 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
2.5 cm lengkuas dicincang
600 gm ayam dipotong besar
2 ulas bawang putih dititik
1 sudu teh serbuk cili
300 ml dadih atau yogurt  ( 1 1/4 cawan )
150 ml air rebusan ayam  ( 5/8 cawan )
1.5 liter air ( 6 cawan )
Garam secukup rasa
400 gm beras basmati dicuci dan toskan
Safron secubit direndam dalam 125 ml ( 1/2 cawan ) air atau susu panas

Bahan Hiasan 
3 sudu besar Kismis ( Sultana )
3 sudu besar empingan badam

Cara - Cara 
1. Panaskan 4 sudu besar minyak di dalam periuk, masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, lengkuas dan tumis hingga wangi.
2. Masukkan ayam, bawang putih, serbuk cili, dan goreng selama 5 minit.
3. Tambah dadih atau yogurt dan kacau hingga ayam meresap rempah.
4. Tambah air rebusan ayam dan renehkan selama 20 minit. Ketepikan.
5. Di dalam periuk berasingan, didihkan air bersama garam dan masukkan beras. Rebus selama 3 hingga 5 minit dan toskan.
6. Tuang 2 sudu besar minyak ke dalam mangkuk kaserol dan sudukan selapis beras diikuti dengan selapis air safron dan selapis ayam bersama kuahnya.
7. Ulangi hingga semua bahan habis digunakan dengan lapisan beras paling atas.
8. Tutup rapat dan bakar di dalam ketuhar selama 25 - 30 minit atau sehingga masak pada suhu 190 C.
9. Panaskan baki minyak di dalam kuali. Goreng kismis dan empingan badam sehingga warnanya keemasan.
10. Taburkan di atas nasi beriani. Hidangkan. Tambah bawang goreng jika suka.

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

4. Bubur Lambuk Pantai Timur 

Bahan - Bahan 
300 gm beras dicuci dan toskan
1.5 liter air ( 6 cawan )
2 biji ubi keledek didadu
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 cm halia dihiris memanjang
1/2 sudu besar lada hitam biji dikisar kasar
Garam secukup rasa
500 ml santan cair ( 2 cawan )
50 gm udang kering direndam dan toskan
200 gm ikan sardin segar dibersihkan, dibakar, diambil isinya dan disiat
3 sudu besar budu
80 gm daun kaduk dihiris
80 gm daun selasih dihiris
100 gm daun kemangi dihiris
100 gm pucuk paku dipetik dan dicuci

Bahan Hiasan
2 tangkai cili merah, dibuang biji dan dihiris
Daun bawang dihiris
Bawang goreng

Cara - Cara 
1. Masukkan beras dan air ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana hingga beras hancur dan menjadi pekat.
2. Masukkan ubi keledek. Teruskan mendidih hingga keledek empuk.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
4. Masukkan ke dalam bubur dengan lada hitam, garam, santan, udang kering, isi ikan dan didihkan.
5. Kecilkan api dan renehkan selama 15 minit.
6. Tambah budu, daun kaduk, daun selasih, daun kemangi, pucuk paku dan gaul rata.
7. Hiaskan dengan hirisan cili merah, daun bawang, bawang goreng dan hidangkan.

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

5. Nasi Telur Terengganu

Bahan - Bahan
250 ml minyak masak ( 1 cawan )
300 gm sayur campuran dinyahbekukan
300 gm bawang merah dihiris
5 biji telur
3 helai daun pandan dikisar dengan 1/2 cawan air untuk jus kemudian ditapis
2 sudu besar minyak sapi
300 gm daging didadu digaul dengan 1 sudu teh garam dan 1/2 sudu teh serbuk kunyit
300 gm hati lembu dikiub digaul dengan garam dan serbuk kunyit
800 gm nasi basmati
Garam secukup rasa

Cara - Cara
1. Panaskan  minyak masak di dalam kuali dan tumiskan sayur campuran hingga lembut.
2. Keluarkan dan ketepikan.
3. Panaskan baki minyak dan goreng hirisan bawang merah hingga perang keemasan. Keluarkan dan ketepikan.
4. Pukul telur bersama jus daun pandan.
5. Gunakan penapis dan tapiskan bancuhan telur sedikit demi sedikit ke dalam kuali, sambil kacau hingga merupai sarang burung dan garing.
6. Ulang hingga telur habis digunakan.
7. Tambah minyak sapi ke dalam baki minyak dan goreng daging dan hati daging berasingan hingga empuk. Ketepikan.
8. Di dalam mangkuk, satukan sayur campur, bawang merah, daging, hati dan nasi.
9. Perasakan dengan garam dan 3 - 4 sudu besar minyak gorengan. Gaul rata.
10. Masukkan telur goreng dan gaul.
11. Hidangkan dengan sambal belacan ala Thai

Sambal Belacan Ala Thai 

Bahan - Bahan 
10 - 15 tangkai cili api merah dan hijau
1 sudu besar belacan dipanggang
1 ulas bawang putih dikupas
1/2 sudu teh gula
1 sudu teh sos ikan Thai ( nam pla )
2 biji limau kasturi diambil jusnya

Cara - Cara 
1. Tumbuk atau kisar cili api, belacan dan bawang putih hingga halus.
2. Masukkan ke dalam mangkuk.
3. Tambah gula, sos ikan dan jus limau kasturi. Gaul rata dan hidangkan.

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

6. Nasi Ulam Eksotik Dengan Kari Ayam 

Bahan - Bahan
50 gm kelapa parut dipanggan hingga warna perang muda
150 gm isi ikan panggang disiat
400 gm nasi disejukkan
1 batang serai dihiris halus
1.5 cm halia muda dihiris
1/2 kuntum bunga kantan dihiris
5 ulas bawang merah dihiris
3 urat kacang panjang  dihiris
50 gm tauge
4 tangkai cili padi dihiris
2 sudu besar budu
Garam dan serbuk lada putih secukup rasa

Ulam
3 helai daun kaduk
10 helai daun selasih
12 helai daun pidina
15 helai daun kesum
10 helai daun kemangi

Cara - Cara
1. Hiriskan halus semua ulam
2. Satukan ulam dengan kelapa parut, isi ikan, nasi, serai, halia, bunga kantan, bawang merah, kacang panjang, tauge, cili padi, budu, garam dan serbuk lada putih.
3. Gaul rata dengan berhati - hati agar ulam tidak lebam.
4. Hiaskan dan hidangkan bersama sambal belcan dan keropok udang / ikan.

Sambal Belacan

Bahan - Bahan
5 tangkai cili merah dibuang biji
3 tangkai cili padi
2.5 cm belacan dipanggang
1/2 sudu teh gula
1 - 2 biji limau kasturi diambil jusnya

Cara - Cara
1.Tumbuk kasar cili merah dan cili padi.
2. Tambah belacan dan gula. Tumbuk hingga halus.
3. Tambah jus limau kasturi. Kacau sebati dan hidangkan.

Nota 
Gunakan limau kasturi dengan setengah biji mangga muda yang dikupas, diracik dan digaulkan ke dalam sambal belacan.

Kari Ayam Kerisik

Bahan - Bahan
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar minyak sapi
1 ekor dalam 1.5 kg dipotong 12
50 ml air ( 1/5 cawan )
500 ml santan cair ( 2 cawan )
5 biji ubi kentang dipotong 6
2 sudu besar kerisik
 Garam secukup rasa
3 biji tomato dipotong 6
3 tangkai cili hijau dibelah 2 memanjang

Rempah
6 ulas bawang merah, dicincang
4 ulas bawang putihh dicincang
3 cm halia dicincang
1 tangkai daun kari
Kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1/2 sudu teh biji jintan manis

Pes kari ( Disatukan )
3 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar air

Bahan - Bahan Cincang Halus 
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara - Cara 
1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam kuali.
2. Tumiskan bahan - bahan rempah hingga wangi.
3. Masukkan pes kari dan bahan - bahan yang dicincang halus. Goreng hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan air. Kacau rata dan masak hingga ayam empuk.
5. Tambah santan cair, ubi kentang, kerisik dan garam secukup rasa. Didihkan.
6. Apabila ubi kentang empuk, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau rata.

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

7. Nasi Jintan Dengan Ayam 

Bahan - Bahan 
750 gm ayam dipotong kecil
60 gm serbuk kurma
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak
3 sudu besar minyak sapi
2 batang kulit kayu manis
1 sudu teh jintan manis
1 biji bawang besar dihiris halus
1kg beras basmati dicuci dan toskan
125 ml susu sejat ( 1/2 cawan )
1.5 liter air ( 6 cawan )

Cara - Cara 
1. Perapkan ayam dengan 1 sudu besar serbuk kurma dan garam selama 1 jam.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam hingga setengah masak. Ketepikan.
3. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan kulit kayu manis, jintan manis dan bawang besar hingga wangi.
4. Bancuh baki serbuk kurma dengan 2 sudu besar air hingga menjadi pes pekat.
5. Masukkan pes kurma ke dalam periuk dan tumiskan hingga pecah minyak.
6. Tambah beras dan gaul rata. Pastikan beras disalut dengan minyak sapi dan pes kurma.
7. Masukkan susu sejat, ayam, garam dan air ke dalam ramuan dan masak, bertutup di atas api sederhana hingga nasi masak.
8. Hidangkan panas.

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

8. Nasi Minyak Hujan Panas Dan Ayam Masak Merah

Bahan - Bahan
3 sudu besar minyak sapi atau marjerin
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 ulas bawang putih
 1 cm halia
2 biji bawang besar bombay dihiris
800 gm beras basmati / siam dicuci dan toskan
1.25 liter air ( 5 cawan )
1 sudu besar serbuk pati ayam
60 ml susu sejat ( 1/4 cawan )
2 helai daun pandan disimpul
4 - 5 titik pewarna makanan merah, kuning dan hijau

Bahan hiasan
Bawang goreng
Kacang gajus
Kismis

Cara - Cara
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk berdasar tebal dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, bawang putih, halia dan bawang besar Bombay hingga wangi dan bertukar warna perang.
2. Masukkan beras dan kacau rata.
3. Masukkan air dan tambah serbuk pati ayam, susu sejat dan daun pandan.
4. Tutup dan masak di atas api sederhana hingga nasi masak.
5. Apabila nasi masak sepenuhnya, titiskan 4 - 5 titik pewarna makanan pada nasi dan kacau dengan garpu.
6. Keluarkan dan hiaskan dengan bawang goreng, kacang gajus dan kismis.
7. Hidangkan dengan ayam masak merah.

Ayam Masak Merah

Bahan - Bahan

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji buah keras
50 gm cili kering direndam di dalam air panas, dibuang biji dan toskan
5 cm lengkuas
5 cm halia
1 ekor ayam ( lebih kurang 1.5 kg )
200 ml minyak masak ( 3/4 cawan )
2 sudu teh serbuk kunyit
5 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 batang serai dititik
2 sudu besar pes / sos tomato
105 ml susu sejat / pati santan ( 2/5 cawan )
Garam dan gula secukup rasa

Cara- Cara
1. Kisar bawang besar, bawang putih, buah keras, cili kering, lengkuas dan halia. Ketepikan.
2. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.
3. Panaskan minyak di dalam kuali.
4. Goreng terendam ayam hingga perang dan masak. Angkat dan toskan.
5. Tinggalkan 4 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga dan serai.
6. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
7. Masukkan ayam goreng, pes / sos tomato, susu sejat / pati santan dan renehkan hingga kuah pekat sedikit.
8. Perasakan dengan garam dan gula.
9. Hiaskan dan hidangkan dengan nasi hujan panas.

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

9. Nasi Ayam Hainan 

Bahan - Bahan 
1 sudu besar minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
2 sudu teh halia diparut
800 gm beras butir panjang dicuci dan toskan
3 helai daun salam
1.25 liter air rebusan ayam ( 5 cawan )
1 ekor ayam ( lebih kurang 1.5 kg ) dicuci dan toskan
4 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh garam
Minyak masak untuk menggoreng
Timun jepun secukupnya
Daun bawang secukupnya

Cara - Cara 
1. Panaskan 1 sudu besar minyak bijan di dalam kuali. Goreng bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Elakkan dari menggoreng hingga hangus agar nasi tidak akan berbintik - bintik coklat.
3. Masukkan beras dan kacau selama 3 minit.
4. Tambah daun salam dan pindahkan ke dalam periuk.
5. Masukkan air rebusan ayam. Didihkan dan masak hingga nasi masak.
6. Satukan kicap cair, kicap pekat, 2 sudu besar minyak bijan, serbuk lada putih dan garam.
7. Sapukan pada ayam dan perapkan dalam 30 minit.
8. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng terendam ayam hingga masak dengan mencurahkan minyak di atasnya sesekali.
9. Kemudian, potong ayam dan letakkan di atas pinggan.
10. Hiaskan dengan timun jepun dan daun bawang. Hidangkan dengan sos cili, dan sos halia bawang merah.

Sos Cili

Bahan - Bahan 
5 tangkai cili merah dibuang biji
1cm halia
6 ulas bawang putih
60 ml air rebusan ayam ( 1/4 cawan )
Jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Cara - Cara 
1. Kisar cili, halia dan bawang putih hingga halus.
2. Tambah air rebusan ayam, jus limau nipis, garam dan gula. Hidangkan.

Sos Halia Bawang Merah 

Bahan - Bahan 
4 sudu besar minyak masak
2 sudu besar halia dicincang
2 ulas bawang merah dicincang
Kicap cair atau garam secukup rasa

Cara - Cara
1. Panaskan minyak di dalam kuali hingga berasap.
2. Tuangkan minyak panas ke atas halia dan bawang merah.
3. Tambah kicap cair atau garam secukup rasa. Hidangkan.

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

10. Nasi Keju Bakar Ala Hong Kong 

Bahan - Bahan 
250 gm dada ayam didadu
3 sudu besar minyak masak
320 gm nasi
1 biji bawang besar dipotong baji
3 biji lada benggala hijau, kuning dan merah dihiris
3 biji tomato didadu
50 gm kacang pis
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili manis Thai
1 sudu besar Worcestershire
2 sudu teh kicap cair
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula perang
 Garam secukup rasa
1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1 1/2 sudu besar air 
180 gm keju cheddar diparut
Daun ketumbar dihiris

Bahan Pemerap 
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh kicap cair
1 sudu besar tepung jagung

Cara - Cara
1. Perapkan ayam dengan bahan pemerap selama 30 minit.
2. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumiskan ayam hingga warna keperangan. Campurkan dengan nasi dan ketepikan.
3. Panaskan baki minyak di dalam kuali yang sama.
4. Tumiskan bawang besar hingga layu.
5. Tambah lada benggala dan tumis hingga wangi. Masukkan tomato, kacang pis, air dan kacau rata.
6. Tambah sos tomato, sos cili manis Thai, sos Worcestershire, kicap cair, serbuk lada putih dan gula perang.
7. Didihkan, kemudian kecilkan api dan renehkan selama 10 minit. Perasakan dengan garam dan pekatkan sos dengan bancuhan tepung jagung.
8. Masukkan adunan nasi dan ayam ke dalam pinggan kalis panas. Tuangkan so s di atasnya.
9. Taburkan dengan parutan keju cheddar dan bakar pada suhu 180 C selama 15 - 20 minit atau ikut suhu oven masing - masing hingga keju cair dan warna perang.
10. Hidangkan segera dengan daun ketumbar.

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

11. Nasi Kabsa 

Bahan - Bahan 
600 gm beras basmati dicuci dan direndam dalam 30 minit
1 liter air panas ( 4 cawan )
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah kabsa
Safron secubit
1 ekor ayam dipotong 4 ( lebih kurang 1.5 kg )
1 biji tomato dicincang
2 sudu besar puri tomato
1 biji lada benggala merah didadu
1 batang lobak merah dihiris
1 biji Lemon hitam / kering dicucuk bahagian tengahnya dengan pisau
60 gm kismis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 liter air ( 4 Cawan )
2 tangkai cili merah dibelah 2 memanjang

Sos 
3 biji tomato
2 tangkai cili hijau dibuang biji
2 tangkai daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa

Cara - Cara
1. Rendam beras basmati dengan air panas selama 15 minit. Toskan.
2. Panaskan minyak masak, minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
3. Masukkan rempah kabsa, safron, ayam, tomato, puri tomato, lada benggala dan lobak merah.
4. Kacau rata, kemudian tambah lemon kering, kismis, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Masukkan beras dan air. Tutup periuk dan biarkan mendidih selama 15 minit hingga airnya habis diresap.
6. Masukkan cili merah dan kacau nasi dengan garpu. Tutup periuk dan masak selama 10 minit lagi di atas api kecil.
7. Sementara itu, satukan bahan - bahan sos dan kisar hingga halus. Hiaskan nasi dan hidangkan panas bersama sos.

12. Nasi Keladi Berudang Kering Dan Ayam 

Bahan - Bahan 
4 sudu besar minyak masak
6 kaki cendawan cina kering direndam dengan 1/2 cawan air, ditoskan dan disimpan air rendaman
50 gm udang kering direndam dengan 1/2 cawan air. Air rendaman disimpan
300 gm dada ayam / paha tanpa tulang dipotong besar
400 gm beras dicuci dan toskan
500 ml air rebusan ayam ( 2 cawan )
400 gm keladi dipotong kiub dan digoreng terlebih dahulu hingga perang muda

Bahan Perasa 
1 1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/4 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Cara - Cara 
1. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali atau periuk.
2. Masukkan cendawan dan goreng selama 2 minit.
3. Masukkan udang kering dan goreng selama 2 - 3 minit.
4. Alihkan daripada api dan ketepikan.
5. Goreng ayam di dalam periuk yang sama hingga hampir masak, kemudian tambah beras.
6. Terus goreng selama 2 - 3 minit. Tambah perasa dan kacau rata.
7. Masukkan air rebusan ayam dan 250 ml ( 1 cawan ) air rendaman tadi.
8. Didihkan, tambah keladi yang digoreng dan kecilkan api.
9. Tutup periuk dan teruskan masak selama 10 - 15 minit lagi. Hidangkan panas.

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

13. Nasi Mangga Dengan Ayam Dan Bunga Kantan

Bahan - Bahan
300 gm dada ayam dihiris
2 sudu besar pes tom yam
1 sudu besar sos tiram
Gula dan serbuk lada putih secukup rasa
1 1/2 sudu besar minyak masak
20 gm udang kering direndam dan toskan
4 helai daun limau purut dihiris
1 batang serai dihiris
500 gm beras dicuci dan toskan
1 liter air ( 4 cawan )
5 ulas bawang merah dihiris
1 kuntum bunga kantan dihiris

Bahan Hiasan 
5 tangkai cili padi merah dan hijau
100 gm magga muda dihiris
2 ulas bawang merah dihiris

Cara - Cara 
1. Perapkan ayam dengan pes tom yam, sos tiram, gula dan serbuk lada putih selama 15 minit.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan udang kering hingga wangi.
3. Tambah ayam yang diperap, daun limau purut dan serai. Goreng selama 2 - 3 minit.
4. Satukan bahan - bahan yang dimasak dengan beeras dan air di dalam periuk.
5. Masak di atas api sederhana hingga nasi masak.
6. Gaulkan nasi dengan bawang merah dan bunga kantan.
7. Hiaskan dengan cili padi, hirisan mangga dan bawang merah. Hidangkan.

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

14. Nasi Goreng Petai Dengan Ikan Panggang

Bahan - Bahan
5 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh belacan
Minyak masak secukupnya
2 sudu besar marjerin
125 gm ikan sardin segar dibakar, ambil isi dan disiat
Garam secukup rasa
Kicap manis secukupnya
2 papan petai dibelah 2
640 gm nasi

Bahan Hiasan
2 tangkai cili merah

Cara - Cara
1. Kisar cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus.
2. Panaskan miinyak dan marjerin di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan isi ikan sardin dan garam sambil kacau selalu hingga rata.
4. Tambah kicap manis dan petai. Kacau rata.
5. Apabila petai setengah masak, masukkan nasi dan gaul rata.
6. Hiaskan dengan cli merah dan bawang goreng.
7. Hidangkan bersama sambal belacan.

Sambal Belacan

Bahan - Bahan
5 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi
2.5 cm belacan
1/2 sudu teh gula
1 - 2 biji limau kasturi diambil jusnya

Cara - Cara 
1. Tumbuk kasar cili merah dan cili padi. Tambah belacan dan gula.
2. Tumbuk hingga halus. Tambah jus limau kasturi
3. Kacau sebati dan hidangkan.

Nota : 
Gantikan limau kasturi dengan setengah biji mangga muda yang dikupas, diracik dan digaulkan ke dalam sambal belacan

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

15. Nasi Goreng Nanas Thai

Bahan - Bahan
1 biji sederhana nenas di belah 2 memanjang
4 sudu besar minyak masak
2 sudu besar udang kering direndam dan toskan
3 ulas bawang putih dihiris
3 ulas bawang merah dicincang kasar
1 tangkai cili merah
1 sudu besar serbuk kari ikan
150 gm udang dibersihkan
450 gm nasi putih
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar kicap cair
1 sudu teh gula
Daun bawang secukupnya dicincang kasar
Daun ketumbar secukupnya dicincang kasar

Cara - Cara
1. Potong keliling isi nenas, keluarkan isinya dan potong menjadi dadu. Simpan kulit nenas.
2. Di dalam kuali, panaskan 2 sudu besar minyak. Masukkan udang kering dan goreng hingga garing.
3. Keluarkan udang kering dan ketepikan. Masukkan baki minyak ke dalam kuali dan panaskan.
4. Tambah bawang putih dan tumiskan hingga perang keemasan.
5. Kemudian, masukkan bawang merah, cili, serbuk kari, nenas dan udang. Kacau rata.
6. Masukkan nasi dan gaul rata. Perasakan dengan sos ikan, kicap cair, gula dan kacau rata.
7. Tambah daun bawang, daun ketumbar dan udang kering.
8. Kacau dan terus goreng hingga sebati.
9. Masukkan nasi goreng ke dalam kulit nenas, hiaskan dengan cili dan daun bawang.

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

16. Nasi Beriani Udang Berlapis 

Bahan - Bahan 
400 gm beras basmati dicuci dan toskan
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
600 ml air ( 2 2/5 cawan )
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar daun pudina dicincang kasar
2 sudu besar daun ketumbar dicincang kasar
300 ml yogurt biasa ( 1 1/4 cawan )
2 - 3 sudu teh jus limau nipis
Garam secukup rasa
500 gm udang besar dibersihkan
3 biji tomato dipotong baji
3 biji ubi kentang dipotong 4 dan digoreng hingga masak

Cara - Cara 
1. Di dalam periuk, campurkan beras, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih dengan air.
2. Masak hingga nasi hampir masak. Tuskan.
3. Satukan minyak sapi, daun pudina, daun ketumbar, dadih, jus limau nipis dan garam di dalam mangkuk.
4. Masukkan udang, tomato, dan ubi kentang. Kacau hingga sebati dan perapkan selama 30 - 60 minit.
5. Sudukan selapis udang yang diperap di atas beras di dalam periuk.
6. Selang - selikan dengan satu lapisan beras dan satu lapisan udang hingga semua beras dan udang habis digunakan.
7. Tutup periuk dengan ketat.
8. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 C selama 3o minit atau masak di atas api kecil hingga masak.
9. Hiaskan dan hidangkan panas.

Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

17. Nasi Arab Berempah 

Bahan - Bahan 
8 keping paha ayam
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2.5 cm halia*
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
Kulit kayu manis
1/2 sudu besar lada hitam biji
1 kiub stok ayam
2 sudu besar serbuk kurma
1.25 liter air ( 5 cawan )
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi
1/2 biji bawang besar dihiris
1/2 cawan puri / sos tomato
600 gm beras basmati dicuci, direndam selama 20 minit dan toskan

Bahan yang bertanda * ditumbuk kasar

Cara - Cara 
1. Di dalam periuk, satukan ayam, bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam biji, stok ayam, serbuk kurma, air, garam dan gula.
2. Renehkan hingga ayam empuk. Keluarkan ayam dari sup.
3. Tapiskan rempah dan bahan tumbuk daripada sup dan kisarkan bersama 250 ml ( 1 cawan ) sup. Ketepikan.
4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan masukkan hirisan bawang besar. Tumiskan hingga layu.
5. Masukkan bahan kisar dan tumis selama beberapa minit lagi.
6. Tambah 750 ml ( 3 cawan ) sup dan puri / sos tomato, garam, dan gula secukup rasa.
7. Biarkan mendidih dan ketepikan.
8. Masukkan beras basmati ke dalam periuk nasi. Selang - selikan lapisan beras dengan lapisan ayam.
9. Ulangi hingga semua beras dan ayam digunakan.
10. Tambah baki sup dan masak nasi seperti biasa.
11. Hiaskan dengan daun pudina. Tambah bawang goreng jika suka.

Resepi - resepi nasi ini semua, adalah hasil air tangan Chef Zam. Siapa kenal beliau, tak kenal lagi tak tahu lah. Chef Zam tulis dalam satu buku yang bertajuk " Segalanya Nasi". Banyak lagi resepi nasi lain sebenarnya. Tapi sis yang ambil yang mudah sahaja. Boleh la korang cuba nanti ya. Mana tahu dapat idea nak masak nasi kat sini untuk buka puasa.

Resepi nasi seperti nasi beriani kurma daging, nasi beriani ayam india, nasi kerabu eksotik dan macam - macam lagi. Siapa yang nak makan menu nasi mudah selain daripada nasi putih boleh lah cuba resepi menu nasi untuk berbuka puasa. Harap korang tak buntu lagi nak cuba menu resepi nasi simple.


















This post have 2 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang