Wednesday, 4 March 2020

author photo
Resepi Udang Goreng Nestum Simple Dan Sedap | Sebut sahaja nak masak apa dengan udang, kadang - kadang yang paling mudah buat sambal udang, kalau tak pun goreng kunyit dengan bawang. Sis jarang nak buat gulai dengan udang, melainkan kalau gulai udang nak dimakan dengan nasi dagang. Kalau udang buat jenis berkuah macam gulai, memang tak berapa nak makan. Sebab sedap digoreng. Lagi sedap kalau buat udang goreng nestum simple.

Resepi Dan Rahsia Udang Goreng Nestum Simple, Rangup Dan Sedap

Dulu, sis macam gagal sikit nak masak udang nestum, sebab jadi melekat pelik nestumnya. Lepas tu cari lah juga, tips macam mana tak nak bagi nestum tu melekat pelik. Jadi, sis dah jumpa dah tips macam mana. Sebab bila guna bahan rahsia tu, nestum berderai cantik dan tak melekat.

Menu udang macam ni rasanya, ramai juga yang buat untuk sahur kan. Nak masaknya pun simple sangat dengan bahan pun tak banyak cuma kena beli nestum  lah.

Banyak - banyak resepi, resepi yang ini berkenan jugak sebab tak letak bawang putih, lagipun dah banyak kali dah guna resepi ni. Nestumnya yang rangup dan nampak berderai tu kita suka, memang a keeper lah resepi ni. Seingat dulu, kali pertama buat, nestum tak nampak cantik macam ni ia jadi melekit.

Terfikir la kenapa jadi macam melekit nestum nya, selepas jumpa resepi ini baru tahu ada bahan rahsia nak jadi nestum tu berderai dan rangup jerr. Rupanya ada susu tepung, itu lah bahan rahsianya ya.

Resepi Dan Rahsia Udang Goreng Nestum Simple, Rangup Dan Sedap

Kalau udang goreng macam ni, bagi kita sedap ratah tapi makan dengan nasi pun sedap juga. Buat siapa yang tak ada idea menu sahur untuk hari - hari seterusnya, boleh lah rancang masak udang goreng nestum.

Rasa pun dah cukup masin, manis, lemak dari susu dan pedas. Nestum pun rangup jerr. Memang memikat selera kalau nak buat untuk menu sahur.

Kalau boleh guna udang besar isi pun banyak sikit nak gigit, tapi nak guna udang sederhana boleh jerr. Selamat mencuba. Kalau nak tonton video kat bawah dulu silakan. Jemput subscribe dan support channel sis ya. Terima kasih.


Resepi Udang Goreng Nestum Simple, Rangup Dan Sedap

Bahan - Bahan

10 - 12 ekor udang saiz XXL ( guna udang saiz besar )
1/2 dari 1 biji telur yang telah dipukul
Garam
Serbuk lada putih
3 sudu besar tepung jagung
2 tangkai daun kari
2 tangkai lada burung merah dihiris serong
1 cawan nestum
3 sudu besar susu tepung
1/2 sudu teh gula halus
3 sudu besar butter

Cara - Cara

1. Mula - mula sekali,siang udang buang segala najis belah butterfly, nanti goreng cantik. Kemudian basuh dan sejatkan.
2. Kemudian dalam satu mangkuk, masukkan tepung jagung, garam secukup rasa, serbuk lada putih. Masukkan udang tuang kan telur yang telah dipukul, gaul rata dan perap sekejap.
3. dalam mangkuk lain, satukan nestum, susu tepung dan juga gula halus. Kacau rata ketepikan sekejap.
4. Goreng dengan minyak banyak udang sampai garing sebab suka garing.
5. Dalam kuali lain, masukkan butter, setelah butter cair masukkan daun kari dan juga lada burung.
6. Dengan api kecil, kacau sampai daun kari naik bau dan nampak crispy.
7. Masukkan campuran nestum dan terus kacau sampai nampak keemasan dan rangup.
8. Kemudian, baru masukkan udang dan gaul rata.
9. Siap dan boleh hidangkan terus.

Sesiapa yang dah cuba udang goreng nestum simple tu, jom komen sini.

Baca Sini : Resepi 30 Hari Menu Berbuka Puasa
Baca Sini : Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yang Mudah Dan Sedap Untuk Juadah Berbuka Puasa
Baca Sini :  10 Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah

This post have 7 komentar

avatar
ray delete 6 May 2019 at 12:12

ok ni first time dengar. this is so newwwwww. i wish i could try.

selamat berpuasa kak wani

Reply
avatar
Sis Lin delete 6 May 2019 at 13:10

Waaaa shedapnyaaa....hari pertama sahur memang kena meriah macam ni, baru semangat sikitkan ....
Selanat berpuasa Wani ..

Reply
avatar
Ninja Blogging delete 6 May 2019 at 13:59

Terliur tengokkkk. Tak pernah terpikir langsung idea undang goreng campur nestum ni hehe. Thankyou share resepi ni.

Saya follow sini!♡
[Jemput blogwalking blog saya] :)

Reply
avatar
Sunah Sakura delete 6 May 2019 at 19:04

menyelerakan sungguh menu sahur ni..hari2 wajib bangun sahur kalo camni..hahaha

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 8 May 2019 at 13:25

Tak reti buat. ritu try buat kelaut hasilnya. hmm nak try resepi kak wani lak

Reply
avatar
Lea Azleeya delete 21 May 2019 at 22:32

ooo hooohoiiiii sedapnye wehhh!!

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 12 March 2020 at 15:53

Sedapnya.. Nampak menarik untuk dicuba..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang