Gambar Sekitar Majlis Resepsi Ke 2 Mira Filzah Dan Wan Emir

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Ke 2 Mira Filzah Dan Wan Emir | Salam semua, blog dah jadi blog hiburan sekejap. Bila Malaysia 'sweetheart' ni kahwin dengan penuh meriah, apa salahnya kita kongsi kan. Rasanya ramai lagi nak tahu update buat pasangan sejoli ini. Selepas majlis akad nikah dan majlis resepsi yang pertama, semalam telah berlangsungnya untuk majlis resepsi yang kedua di A Park, Puchong.

Cantik busana yang dikenakan oleh kedua - dua mempelai. Mira Filzah dan suami Wan Emir, telah memilih warna biru lembut untuk tema pada majlis resepsi yang kedua. Sis perasan Wan Emir pakai lengkap baju melayu semasa akad nikah saja. Untuk kedua - dua majlis resepsi, Wan Emir segak dengan pakaian sut lengkap.

Mana tahu ada yang berkenan nak buat baju kahwin macam Mira Filzah pakai kan. Boleh jadikan idea untuk korang ya. Sis pun bukan apa, suka tengok baju kahwin yang cantik - cantik. Pandai Mira pilih warna biru lembut macam dalam cerita 'Frozen'. Cantik pulak warna biru lembut ni kan.

Oklah buat tatapan peminat Mira Filzah, kat sini ada beberapa keping gambar sekitar majlis resepsi yang kedua.

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Ke 2 Mira Filzah Dan Wan Emir

mira filzah dan wan emir

wan emir dan mira filzah

wan emir dan mira filzah

wan emir dan mira filzah

wan emir dan mira filzah

wan emir dan mira filzah

Kredit gambar : Facebook TV3 Malaysia

Baca : Gambar Sekitar Majlis Resepsi Mira Filzah Dan Wan Emir
Baca : Gambar Di Majlis Akad Nikah Mira Filzah Dan Wan Emir

1 Comments

  1. Geram nengok Mira yang bersahaja aja, memang perwatakan dia begitu kann...
    Sweet sangat majlis mereka, simple tapi meriah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post