Resepi Biskut Semperit Susu Sukatan Cawan Hanya 3 Bahan

Resepi Biskut Semperit Susu Sukatan Cawan Hanya 3 Bahan | Salam semua, biskut semperit susu memang popular ketika nak raya kan, dah nama biskut kan, biasanya biskut - biskut masa raya memang macam - macam jenis biskut keluar. Salah satunya biskut semperit. 

Tapi kan sekarang ni dah macam - macam nama dah biskut semperit, salah satu contoh biskut semperit unicorn. Bahan sama saja. Cuma ada warna yang letak macam warna unicorn tu. Bagi sis, semua asas dari biskut semperit susu juga. 

Biskut semperit susu

Kalau ikutkan, nak buat biskut semperit kena ikut mood. Nak menyemperit tu bukan mudah. Kena ada kekuatan tangan nak picit acuan semperit. 
Buat sendiri baru rasa bukan senang nak semperit doh. Tapi, bila dah sedap ni, nak tak nak kena buat jugak.

Macam mana la yang buat bisnes biskut semperit ni. Satu balang bukan murah harganya kalau jual kan. 

Ok lah kali ini, sis nak kongsi resepi biskut semperit susu 3 bahan saja ikut sukatan cawan. Sis buat tak letak warna dah sebab nak nampak putih susu.

Kalau nak warna - warna, korang tambah lah pewarna ya. Nak nampak naik seri biskut semperit tu letak lah coklat cip kat tengah - tengah. 

Biskut semperit susu


Kalau nak tengok cara buat biskut semperit susu gebu, sis ada up video kat youtube. Kalau nak tengok acuan macam mana sis guna jemput tonton ya. Biskut semperit susu ni rangup tapi cair di mulut.

Ada tips sebenarnya nak buat biskut semperit susu ni, kadang- kadang ramai yang baru pertama kali buat dah macam - macam masalah. Korang boleh baca sini ya.




Resepi Biskut Semperit Susu Hanya 3 Bahan Sukatan Cawan


Bahan - Bahan

5 cawan tepung jagung 
1 cawan susu pekat manis 
250 gm mentega 
Mini coklat cip secukupnya 

Cara - Cara 

1. Satukan mentega dan susu pekat manis. Kacau rata sampai sebati.
2. Kemudian masukkan tepung jagung sikit demi sikit sambil gaul rata. 
3. Sekiranya doh masih terlembik, boleh tambah tepung sikit - sikit sampai tak lekat di tangan.
4. Sedia untuk diterap dengan guna acuan semperit. 
5. Letak coklat cip sebagai perhiasan.
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C dalam masa 20 - 25 minit sampai nampak bawah keperangan sikit.
7. Sejukkan atas redai baru boleh simpan dalam bekas kedap udara. 

Nota 
Sediakan tepung jagung atau tepung kastard untuk stand by takut - takut doh terlembik ke apa boleh tambah

Jom cuba buat resepi biskut semperit tanpa telur. Rangup dan cair di mulut. I

2 Comments

  1. nampak mudah tapi ammi tak brani nak cuba. sejenis suka buat kek sbb masuk acuan sekali, bakar sekali. hahahah dasar pemalas betul mak org ni kan

    ReplyDelete
  2. Rajin ikut kelas buat biskut, tapi tak sanggup nak 'menyemprit' sendiri di rumah. Kalau biskut gentel-gentel simple tu bolehlah. Apa pun, biskut semprit memang sedap!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post