9 Resepi Biskut Semperit Mudah Dan Sedap Azlina Ina

9 Resepi Biskut Semperit Mudah Dan Sedap Azlina Ina | Salam semua, biskut semperit antara biskut yang wajib dibuat setiap kali tiba hari raya. 

Kalau tak buat macam tak kena, ada yang buat untuk biskut raya sendiri dan tak kurang juga biskut semperit banyak permintaan. 

Kenapa tinggi sangat permintaan biskut semperit. Biskut cair di mulut, bahan pun tak banyak dan bentuk bunga semperit yang cantik. Yang ini buat ramai yang jatuh hati dekat biskut semperit. 


Sis pun buat sendiri biskut semperit mudah. Cuma nak menyemperit tu lambat sikit. Sekarang pun dah macam - macam resepi biskut semperit. 

Tinggal nak buat saja. Orang yang berniaga biskut semperit pun tak kedekut nak kongsi resepi biskut semperit. 

Sama - sama nak dapat pahala kan. Kali ini sis nak kongsi dengan kalian semua 9 resepi biskut semperit raya mudah dan sedap dari Puan Azlina Ina.

9 Resepi Biskut Semperit Mudah Dan Sedap Azlina Ina 

Rasa ramai yang kenal kan Puan Azlina Ina. Di antara baker yang tak kedekut nak kongsi resepi walaupun buat niaga. 

Harga biskut semperit susu pun bukan murah kan sebekas. Boleh tengok resepi untuk cara buat biskut semperit susu gebu di bawah ya. 

1. Resepi Biskut Semperit Matahari Melting


Bahan - Bahan 
250 gm butter / marjerin
1 cawan susu pekat
1 biji kuning telur
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan susu tepung (yang ni pilihan nak sedap letak tak nak pun tak apa )
2 cawan tepung kastard
2 cawan tepung gandum( letak sikit - sikit ikut selesa doh yang boleh nak tekan)

Cara - Cara 
1. Satukan butter, telur dengan susu pekat dan kacau guna senduk.
2. Tambah tepung jagung kacau lagi. Kemudian campur 1/2 cawan susu tepung
dan 2 cawan tepung kastard. Kacau sebati.
3. Ok time ni boleh uli pakai tangan bile dah start tambah tepung gandum. Sambil tambah,sambil uli sikit.
4. Cara uli kaup balik dan lenyek pakai belakang tangan.
5. Guna acuan semperit pecah 15 atau tak kisah pecah berapa pun.
6. Sapu butter pada dulang ya atau letak baking paper,tekan sampai habis satu dulang.
7. Boleh letak coklat cip untuk hiasan atas bunga.
8 Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150  dalaam masa 20 minit atau ikut suhu oven masing - masing. Api atas dan bawah.

Nota 
Harus diingat semperit ni tak gunakan sebarang esen vanila sebab bau custard dan tepung jagung tu dah wangi asli dan tak guna pewarna sebab warna kastard dah cantik.


2. Resepi Biskut Semperit Rose Mudah 


Bahan - Bahan 
250 gm mentega 
1 biji kuning telur 
1 cawan susu pekat 
1 sudu besar perisa sirap ros dan sedikit pewarna pink
1/ 2 cawan susu tepung 
1 cawan tepung gandum 
4 cawan tepung jagung 

Cara - Cara 
1. Mentega, kuning telur dan susu pekat kacau rata sebati dengan senduk.
2. Kemudian tambah perisa sirap ros dan juga sedikit pewarna pink.
3. Kacau sebati. Kemudian boleh masukkan tepung dan gaul sebati.
4. Kemudian masukkan tepung jagung sikit demi sikit dan gaul sampai sebati. Jangan letak semua tepung jagung, guna 3 cawan dulu, 1 cawan terakhir ikut kelembutan doh untuk senang ditekan. 
5. Gaul hingga menjadi doh tak melekat di tangan. 
6. Guna acuan semperit, tekan atas loyang yang dah digris atau letak baking paper. 
7. Letak hiasan kalau suka.
8. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C dalam masa 20 minit api atas dan bawah. Ikut kesesuaian suhu oven masing - masing.


3. Resepi Biskut Semperit Marble Nutella Mudah 


Bahan - Bahan 
250 gm atau 1 cawan mentega / marjerin 
1/2 cawan susu pekat ( kalau nak manis boleh tambah ) 
1 sudu kecil esen vanila 
2 sudu besar tepung kastard 
1/2 cawan susu tepung ( kalau tak letak boleh tapi semperit kurang berlemak ) 
4 cawan tepung jagung 
1 sudu besar serbuk koko 
1 sudu besar nutella 

Cara - Cara 
1. Mentega, susu pekat dan esen vanila, Gaul sebati guna senduk.
2. Kemudian , masukkan tepung kastard. Gaul rata dan masukkan susu tepung
3. Kemudian, masukkan tepug jagung sikit demi sikit hingga doh tak melekat di tangan. 
4. Kalau doh masih melekat, tambah tepung jagung hingga doh licin dan rasa dah boleh picit lembut di tangan.
5. Bahagikan doh kepada 2 adunan. Satu bahagian letak serbuk koko dan nutella. Kacau rata. Kalau macam terlembik balik boleh tambah tepung jagung ikut kelembutan. 
6. Kemudian, ambil 2 doh yang berlainan tadi dan masukkan daam acuan semperit. Tekan buat sampai habis.
7. Pastikan, loyang digris atau letak baking paper.
8. Bakar dalam suhu oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C dalam masa 20 minit atau hingga masak.

Baca juga : 30 Resepi Kuih Tradisional Mudah Dan Cepat

4. Resepi Biskut Semperit Pandan Cair Di Mulut


Bahan - Bahan 
500 gm butter atau marjerin
1 cawan susu pekat
1 sudu kecil pewarna hijau apple
1 sudu besar perasa pandan coconut emulco
3 sudu besar susu tepung
2 cawan tepung gandum 
3 cawan tepung jagung ( standby lagi 1/2 cawan )

Cara - Cara 
1. Satukan mentega, susu pekat dan kacau rata guna senduk sampai sebati
2. Kemudian masukkan pewarna dan juga perasa pandan. Kacau rata.
3. Masukkan susu tepung, kacau rata baru masukkan tepung gandum.
4. Masukkan tepung jagung sikit demi sikit sambil gaul rata hingga menjadi doh. 
5. Sekiranya doh terlembik, tambahkan tepung jagung sehingga doh menjadi lembut, licin dan tak melekat di tangan. 
6. Masukkan sikit dalam acuan dan tekan. 
7. Letak coklat cip untuk hiasan dan bakar pada suhu 150 C dalam masa 20 minit ikut suhu oven masing - masing. 


5. Resepi Biskut Semperit Coklat 


Bahan - Bahan 
250 gm mentega
3/4 cawan gula halus
1 sudu kecil coklat emulco ( kalau nak warna lagi gelap tambah lagi )
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar serbuk koko, (kalau sukat membukit letak 2 sudu makan saja ok)
1 3/4 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung gandum, tambah sikit - sikit ikut kelembutan doh

Cara - Cara 
1. Mula - mula satukan butter, gula dan coklat emulco. Kacau sebati guna senduk.
2. Dah sebati, ,masukkan susu tepung, serbuk koko. Kacau lagi adunan sebati.
3. Kemudian masukkan tepung jagung kacau rata perlahan.
4.Terus masukkan tepung gandum sedikit - sedikitdan sambil gaul lembut dengan hujung jari hingga rata.
5.Tak perlu habiskan semua tepung gandum tu kalau doh lembut cantik dan dah tak melekat pada tangan dan bekas.
6.Kadang - kadang kena taburkan sikit lagi tepung gandum tu kalau doh masih lembik melekat pada tangan. Ikut kesesuaian. Tapi ingat, doh jangan keras sangat, nanti susah nak tekan dalam acuan semperit.
7. Dah siap doh bolehlah teruskan tekan dalam acuan semperit. Pastikan gris atau lapik loyang dengan kertas baking.
8. Nak lagi cantik letak hiasan kat tengah tu.
9. Panaskan oven dan bakar pada suhu 150 C, api atas dan bawah selama 20 minit. Ikut oven masing- masing.


6. Resepi Biskut Semperit Cheddar Cheese Melting


Bahan-bahan
250 gm butter / Marjerin
1 cawan susu pekat
Sedikit pewarna kuning
1sudu kecil emplex atau 1 sudu besar tepung beras
3sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
4 cawan ( 400 gm ) ( standy  dalam 1 1/2 cawan )

Cara - Cara
1. Satukan mentega dan susu pekat. Kacau guna senduk sampai sebati kemudian masukkan esen vanila, pewarna kuning, emplex dan tepung kastard.
2. Kemudian, masukkan 4 cawan lebih kurang 400g tepung jagung sambil uli dan standby lagi 1 cawan 1/2 (150 gm lebih kurang) untuk add on sampai doh jadi cantik. Jangan masukkan semua sekali nak elak doh keras.
3. Sediakan loyang yang dah digris atau lapik dengan baking paper. 
4. Guna acuan pecah 10. Kalau nak, boleh sapu sikit marjerin dalam acuan, baru tekan bunga semperit 5. Parut cheddar dan letak cheese, kalau nak ganti letak coklat chips pun boleh.
6. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150 C dalam masa 20 minit atau sehingga masak ikut oven masing - masing.

Baca juga : Senarai 10 Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah


7. Resepi Biskut Semperit Milo Coklat


Bahan - Bahan
250 gm majerin atau butter cup
1/2 cawan susu pekat
1sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar susu tepung ( optional tapi kalau guna marjerin lebih baik letak bau susu sedap ) 
1/2 sudu besar tepung beras 
4 cawan tepung jagung ( 400 gm ) ( standby untuk 1 cawan ) 
1/2 sudu besar serbuk coklat 
1 sudu besar milo 
1 sudu besar nutella ( optional ) 
1 sudu kecil coklat emulco

Cara - Cara 
1. Satukan mentega, susu pekat dan esen vanila. Kacau rata hingga sebati dengan senduk.
2. Kemudian, masukkan tepung kastard, susu tepung dan juga tepung beras. Kacau lagi hingga sebati. 
3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sampai doh licin dan tak melekat di tangan, boleh picit - picit tekan dah ok dah. 
4. Bahagikan kepada 2 adunan.
5. 1 bahagian letak serbuk coklat, milo, nutella dan juga coklat emulco. Kacau doh hingga sebati. Kalau terlembik boleh tambah tepung jagung, biasanya letak nutella, doh jadi lembik sikit. Boleh tambah tepung jagung ya. 
6. Sediakan loyang yang telah digris atau letak baking paper. Ambil sikit adunan coklat dan sikit adunan original, masukkan dalam acuan semperit dan tekan. 
7. Nak letak coklat cip sebagai hiasan pun boleh. 
8. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar pada suhu 150 C dalam masa 20 minit ikut oven masing - masing.


8. Resepi Biskut Semperit Susu 3 Bahan 


Bahan - Bahan 
125 gm mentega atau marjerin
1/4 cawan susu pekat dalam 7-8 sudu besar
270 gm tepung jagung lebih kurang 2 cawan +1/4 cawan lagi

Cara - Cara 
1. Masukkan butter dan kacau.Tambah susu pekat kacau rata.
2. Masuk sikit - sikit tepung jagung sambil uli pakai hujung jari sampai doh tak melekat di jari  Jangan tuang semua sekali pula tepung. Uli penting sampai doh tu licin maksud nya tak ada yang lekat di tangan.
3. Boleh guna acuan pecah 15.
4. Letak coklat chips sebagai hiasan kalau letak pink atau putih lagi cantik.
5. Bakar suhu 150 C,  masa 20 minit dalam oven yang telah dipanaskan ikut oven masing - masing.


9. Resepi Biskut Semperit Susu Bajet


Bahan - Bahan 
250 gm majerin pelangi
1 cawan susu pekat
3 sudu besar  tepung custard
1/2 ssudu besar esen creamy vanila
1/2 sudu besar  tepung beras
5 cawan +- tepung jagung(500g+-)

Nota 
Maksud +- tu masa uli tangan tambah sikit - sikit ikut keselesaan doh masa nak tekan dalam acuan semperit nanti.

Cara - Cara 
1. Satukan marjerin kemudian tambah susu dan esen kacau.
2. Masuk tepung kastard, ,tepung beras dengan tepung jagung sikit - sikit.
3. Gaul dan uli sikit. Uli bagi lama supaya bunga tak jatuh sampai doh tak lekat kat tangan tapi masih lembut.
4. Siap boleh sapu dalam acuan  dengan majerin sikit, baru tekan senang untuk bunga keluar.
5. Panaskan oven terlebih dahulu.
6. Bakar pada suhu 150 C dalam masa 20 minit atau sampai masak ikut oven masing - masing. 


Boleh juga cuba resepi biskut raya tradisional yang menggamit nostalgia dulu - dulu. 


Buat Bisnes Biskut Semperit Sampai Jadi 

Dah tengok kan resepi biskut semperit Azlina Ina ni kan. Cantik, bentuk bunga statik jer tak jatuh. Tak rugi buat bisnes bakeri. Memang permintaan tinggi terutamanya di musim perayaan. Tapi kalau tak musim hari raya pun ramai juga yang order. 

Sebekas biskut semperit bukan murah jualan sebekas RM 20 untuk 35 pieces. Kalau RM 35 50 pieces. Untung berganda - ganda tu. 

Sesiapa yang nak buat bisnes bakeri, kalau kalian rasa bisnes bakeri susah, kalian salah ya. Ada minat yang kuat dalam bakeri. Perlahan - lahan kalian boleh pergi jauh dalam bisnes bakeri. Tapi kena lah mantapkan ilmu bisnes bakeri. 

Tak kira kalian buat bisnes kek, roti ke, biskut ke. Dengan panduan ilmu yang betul, insyaAllah boleh pergi jauh. Banyak lagi ilmu yang kena korek dengan ebook Bisnes Bakeri. Tak rugi juga dapatkan satu. 

Kalian boleh klik gambar di bawah ya. 

                                              

Untuk info - info menarik, korang boleh join channel Telegram ini 

Info Ibu Hamil

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer 

Post a Comment

Previous Post Next Post