Tonton Drama Pengantin Satu Malam Episod 1 Hingga Episod 28 ( Akhir )

Tonton Drama Pengantin Satu Malam Episod 1 Hingga Episod 28 ( Akhir ) | Salam semua, sebaik saja drama 7 Hari Mencintaiku 2 tamat, digantikan pula dengan drama Pengantin Satu malam. Kalau drama 7 Hari Mencintaiku 2 pun orang tak boleh move on, drama Pengantin Satu Malam pun sama. 


Drama yang telah ditayangkan di slot Akasia TV3 adalah dari pengarah Eoon Shuhaini. Drama ini diadaptasikan dari novel hasil karya oleh novelis Sophilea. 


Drama pengantin satu malam


Drama Pengantin Satu Malam 


  • Bilangan Episod : 28
  • Tarikh Tayangan : 18 Ogos 2020
  • Waktu Siaran : Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam
  • Siaran TV : Slot Akasia TV3
  • Penulis Novel : Sophilea
  • Penulis Skrip : Wan Mahani Binti Wan Hassan
  • Pengarah : Eoon Shuhaini
  • Produksi: A10 Alliance Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan Manen, Edika Yusof, Sanjna Suri, Sharifah Shahora, Norish Karman, Farisha Irwayu

Baca : Tonton Drama Bukan Kahwin Paksa Lakonan Hannah Delisha

Pelakon Drama Pengantin Satu Malam Dan Watak 


  • Nazim Othman sebagai Zahred Hadri
  • Amelia Henderson sebagai Zulaikha Nasreen
  • Fizo Omar sebagai Rasul Fadlan
  • Afifah Nasir sebagai Puteri Rihana
  • Edika Yusof sebagai Dato Haris
  • Norish Karman sebagai Datin Roziah
  • Mustapha Kamal sebagai Zakaria
  • Susan Manen sebagai Asiah
  • Sharifah Shahora sebagai Datin Asyikin
  • Farisha Irwayu sebagai Datin Sri Hartina

Sinopsis Penuh Drama Pengantin Satu Malam 


Mengisarkan mengenai Zulaikha (Amelia Henderson) yang tersepit antara menyelamatkan nyawa ibu atau maruah dirinya. Dugaan datang menimpa hidup Zulaikha apabila dia terpaksa berhenti kerja kerana perangai tidak senonoh majikannya.

Adli teman lelakinya pula memilih untuk memutuskan hubungan dan ibunya sakit serta memerlukan kos rawatan yang tinggi. Manakala Zahred (Nazim Othman) pula membenci wanita apabila cintanya dikhianati.

Zahred kecewa setelah mengetahui kekasihnya Balqis curang ketika dia berada di Jepun dengan menjadi isteri kedua ayahnya. Zahred juga membenci ayahnya kerana ayahnya telah mengkhianati dirinya dengan merampas kekasihnya.

Sejak itu Zahred menjauhkan diri dan tidak mahu bercakap lagi dengan ayahnya. Dato Haris (Edika Yusof) ayah Zahred sememangnya seorang playboy besar dan sentiasa mencari wanita jelita.

Ibu Zahred, Datin Roziah (Norish Karman) hanya mampu makan hati dengan sikap suaminya itu. Zulaikha memulakan pekerjaan baru di syarikat milik Zahred (Nazim Othman) dan temannya Rasul (Fizo Omar).

Kehadiran Zulaika telah mengingatkan Zahred kepada bekas kekasihnya, Balqis. Sejak dikecewakan oleh cinta lampau, Zahred yang membenci kaum wanita, sering mencari kesalahan dan membuli Zulaikha di tempat kerja.

Namun Rasul sentiasa mengambil berat dan melayan Zulaikha dengan baik. Suatu hari, Zulaikha yang terdesak perlukan duit untuk menyelamatkan nyawa ibunya, cuba meraih pinjaman RM100 ribu daripada Zahred. Malah Zulaikha sanggup mencagarkan rumah demi mendapatkan pinjaman daripada syarikat.

Walaubagaimanapun, Zahred menolak cagaran itu, sebaliknya apa yang dimahukan adalah supaya Zulaikha menjadi isteri ‘satu malam’ kepadanya. Adakah Zulaikha setuju? Apakah yang bakal dipilih oleh Zulaikh antara nyawa ibu dan maruah diri?


Sinopsis Novel Pengantin Satu Malam 

Drama pengantin satu malam

Zahred Hadri yang membenci wanita dan Zulaikha Nasreen yang terdesak.

Zahred ketawa sinis.
“Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred bertanya.

Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba dapatkan. Ini saja jalan yang dia ada.

“Saya janji tuan, atau tuan boleh potong lima puluh peratus daripada gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin.” Dia masih mengharapkan agar Zahred setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah kesuntukan masa.
Zahred diam seketika.

Wajah Zulaikha ditenung lama. Zulaikha serba salah.
“Maaf tuan, tapi saya benar-benar mahu buat pinjaman dari syarikat. Kalau tuan nak saya cagarkan rumah saya pada syarikat pun boleh.” Zulaikha masih berharap agar dalam hati Zahred ada sedikit belas kasihan padanya.

“Saya tak nak rumah awak.”
“Saya tak ada apa-apa lagi nak dicagarkan sebagai ganti pinjaman saya. Tanah di kampung bukan sepenuhnya nama ayah saya. Saya merayu tuan. Izinkan saya buat pinjaman dari syarikat.”

Dia benar-benar mengharap ihsan Zahred.
“A night with me… Dan seratus ribu akan jadi milik awak.”

Satulam yang merubah segalanya…
Antara nyawa si emak dan maruah diri…


Tonton Drama Pengantin Satu Malam Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) 


Drama pengantin satu malam


Seperti biasa, kalau kalian nak tonton drama ini dengan percuma, boleh tonton di www.iq.com. Sis memang rujuk sini dah kalau nak tonton drama. Lagi senang terlepas pun tak apa. Tak sampai 24 jam dah update di laman web iQIYI. 

Kalau nak muat turun aplikasi iQIYI  lagi mudah, boleh tonton secara online hanya di hujung jari. Untuk menonton sila klik pautan di bawah ya. 

Pengantin Satu Malam Episod 1


Pengantin Satu Malam Episod 2


Pengantin Satu Malam Episod 3


Pengantin Satu Malam Episod 4


Pengantin Satu Malam Episod 5


Pengantin Satu Malam Episod 6


Pengantin Satu Malam Episod 7


Pengantin Satu Malam Episod 8


Pengantin Satu Malam Episod 9


Pengantin Satu Malam Episod 10


Pengantin Satu Malam Episod 11


Pengantin Satu Malam Episod 12


Pengantin Satu Malam Episod 13


Pengantin Satu Malam Episod 14


Pengantin Satu Malam Episod 15


Pengantin Satu Malam Episod 16


Pengantin Satu Malam Episod 17


Pengantin Satu Malam Episod 18


Pengantin Satu Malam Episod 19


Pengantin Satu Malam Episod 20


Pengantin Satu Malam Episod 21


Pengantin Satu Malam Episod 22


Pengantin Satu Malam Episod 23


Pengantin Satu Malam Episod 24


Pengantin Satu Malam Episod 25


Pengantin Satu Malam Episod 26


Pengantin Satu Malam Episod 27


Pengantin Satu Malam Episod 28


Tamat sudah drama melayu bersiri Pengantin Satu Malam. 

Lirik Lagu Satu Malam OST Drama Pengantin Satu Malam



Penyanyi untuk Lagu OST Drama Pengantin Satu Malam adalah Qody. 

Hidup aku sudah ditentu
Seolah berpandukan peta
Biar duni-ya berputar pada paksinya
Namun kau tak diduga 

Maafkan kerana mengganggu 
Terpaksa ku luahkan niatku di sini 
Maafkan kerana menunggu 
Kan ku jelaskan rasa hatiku di sini 

Apa yang ku sangka benar tiada 
Semua berubah kerna satu malam 
Apa yang ku sangka cinta rasanya 
Hidup kini berbeza kerna satu malam 

Kau mengubah arah hidupku 
Bersaksikan awan yang biru 
Kau dan aku pasti ta-u jalan dituju 
Agar cinta bersatu 

Maafkan kerana mengganggu 
Terpaksa ku luahkan niatku di sini 
Maafkan kerana menunggu 
Kan ku jelaskan rasa hatiku di sini 

Apa yang ku sangka benar tiada 
Semua berubah kerna satu malam 
Apa yang ku sangka cinta rasanya 
Hidup kini berbeza kerna satu malam

Post a Comment

Previous Post Next Post