Tonton Drama Kampung People 2 Episod 1 Hingga Episod 14 ( Akhir )

Tonton Drama Kampung People 2 Episod 1 Hingga Episod 14 ( Akhir ) | Salam semua, ramai yang menantikan drama Kampung People 2 kan. Semalam dah bermula di slot Lestary TV3 pukul 9 malam. Sis semalam terlepas 15 minit pertama. Episod pertama pun dah tak mengecewakan.


Itu baru episod pertama, nak hadap sampai 14 episod tak tahu lah macam mana. Buat yang terlepas untuk menonton drama Kampung People 2 ini, boleh tonton secara online percuma di laman web iQIYI. 


Drama yang telah menghiburkan hati bagi sesiapa yang menonton dari pengarah dan juga penulis skrip Wan Hazliza Wan Zainuddin. Sis tak pasti berapa episod sebenarnya. Tapi tengok update kat iq.com tu dalam 14 episod. Apapun sis akan update ya. 


drama kampung people 2

Drama Kampung People 2 

  • Bilangan Episod : 13
  • Tarikh Tayangan : 17 September 2020
  • Waktu Siaran : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
  • Siaran TV : Slot Lestary TV3
  • Penulis Skrip : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin, Baizura Kahar, Syakirin Supardi
  • Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin
  • Produksi : KL Motion Pictures
  • Pelakon:  Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Kamarul Eqifshah, Riena Diana, Hun Haqeem, Adibah Noor, Fizz Fairuz, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Shah Kimin, Haziq Fadhullah, Nazeri Md Isa, Shahril Sarjen, Lizart Rashid, Kismah Johar, Nam Ron


Sinopsis Penuh Drama Kampung People 2 

Selepas  musim pertama drama Kampung People 1 yang ditayangkan tahun lepas, kali ini drama Kampung People 2 musim kedua. Adakah tayangan nya boleh menghiburkan hati kita semua ? 

Kampung People 2 memaparkan kehidupan keluarga Razif lakonan Rashidi Ishak yang sudah kembali ke rutin hidup lama selepas Tuan Shuhaimi (Nam Ron) dipenjarakan dan Cengkih Manis dibubarkan.

Namun, kini Razif tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar. Razif mula merindui kehidupan di kampung.

Disebabkan rindu kepada Jaafar (Hun Haqeem) dan Laila (Riena Diana) berjaya meyakinkan bapanya untuk pindah semula ke kampung.

Demi memujuk isterinya Mona (Elly Mazlien), Razif berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis. Jadi, mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera.

Menariknya, bagi musim terbaharu ini penampilan Adibah Noor (Dona) sebagai ibu Mona, Haziq Fadhullah (Karim) dan Kismah Johar (Madamme Mah) menghangatkan lagi plot drama itu.


Pelakon Drama Kampung People 2 


Pelakon untuk drama Kampung People 2 masih mengekalkan pelakon - pelakon dalam drama kampung people 1 musim pertama. Kelainan untuk musim terbaru  drama Kampung People 2 ada beberapa watak baru yang muncul. Siapakah watak baru tersebut. 

  • Elly Mazlein sebagai Razif
  • Rashidi Ishak sebagai Mona
  • Riena Diana sebagai Laila
  • Kamarul Eqifshah sebagai Imran
  • Hun Haqeem sebagai Jaafar / Yummy
  • Haziq Fadhullah sebagai Karim
  • Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
  • Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
  • Shah Kimin sebagai Ismail
  • Nazeri Md Isa sebagai Tok Imam
  • Shahril Sarjen sebagai Badrul Bisu
  • Lizart Rashid sebagai Ejen I
  • Adibah Noor sebagai Dona
  • Fizz Fairuz seabgai Ejen Shukri
  • Kismah Johar sebagai Madame Mah
  • Nam Ron sebagai Tuan Suhaimi


Tonton Drama Kampung People 2 Secara Percuma Episod 1 Hingga Episod 14 ( Akhir ) 


drama kampung people 2

Episod pertama drama Kampung People 2 dah ada di iQIYI. Kalian boleh juga muat turun aplikasi iQIYI untuk menonton drama Kampung People 2. 

Dari semasa ke semasa sis akan update sini ya. Sejak ada iQIYI mudah sangat kalau terlepas nak tonton di TV. Sekurang - kurangnya kita boleh tonton secara online dengan percuma. 

Iklan pun dah tak ada macam tonton kat TV. Nak tahu apa yang seterusnya terjadi kepada keluarga Razif ni, Kecoh sakan satu famili ni.  Jangan lupa untuk menonton streaming di www.iq.com. Boleh klik pautan link di bawah ya. 

Kampung People 2 Episod 1


Kampung People 2 Episod 2


Kampung People 2 Episod 3


Kampung People 2 Episod 4


Kampung People 2 Episod 5


Kampung People 2 Episod 6


Kampung People 2 Episod 7


Kampung People 2 Episod 8


Kampung People 2 Episod 9


Kampung People 2 Episod 10


Kampung People 2 Episod 11


Kampung People 2 Episod 12


Kampung People 2 Episod 13


Kampung People 2 Episod 14 ( Akhir )


Tamat sudah drama Kampung People 2. 


Di Sebalik Tabir Kampung People 2 







2 Comments

  1. Tengok drama ni semalam. Best drama ni.

    ReplyDelete
  2. kampung people yang 1st best.yang kampung people 2 ni mcm xada mood pulak nakmtengok.Mungkin sebab dh set kat kepala biasanya lau sambungan version 2 ni dah xada aura cam yang 1st

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post