-->

Tuesday, 22 December 2020

author photo

Cara Tukar Lagu Copyright Claim Guna Lagu Audio Library Youtube | Salam semua, entri yang lepas sis ada kongsi cara nak tahu lagu yang kita letak dalam video terkena copyright atau tidak selepas upload di youtube ? Kali ini nak kongsi dengan korang cara nak tukar lagu yang terkena copyright claim pulak. Sis ingat, video di akaun youtube tak ada terkena copyright claim. Tiba - tiba terasa nak cek tengok di bahagian copyright. Sekali klik keluar ada 3 video yang lagunya terkena copyright claim. Dulu - dulu tak ada ilmu sangat. 


Cara tukar lagu copyright claim


3 video yang terkena copyright claim itu pun yang buat pada tahun 2018. Tapi bulan lepas baru dapat amaran. Lagu dalam ketiga - tiga video tu ambil dalam aplikasi video editing yang sedia ada. Tak boleh harap sangat lagu yang diambil dalam aplikasi ni, kita tak tahu lagu dalam tu bila - bila masa boleh terkena copyright claim. 


Nasib baik bila terkena copyright claim macam ni akaun youtube kita masih ok ya, ramai youtuber risau takut kena copyright strike. Sebab copyright claim macam ni kita guna lagu orang lain yang dimasukkan dalam video kita. Kalau pemilik lagu tersebut tak rela nak bagi, memang dia hantar amaran dekat kita. Kena cek balik tengok video awal - awal upload dulu, sebab banyak guna lagu dalam aplikasi video editing yang sedia ada. 


Nak selamat, korang ambillah lagu - lagu yang muzik percuma di audio library di youtube. Tak payah pening kepala nak fikir. Kalau lagu yang kita ambil luar dari audio library di youtube ni belum tentu selamat. Tengok kes macam video sis, video tahun 2018 lagi, bulan lepas baru sampai surat cinta, katanya guna lagu yang pemilik asal. 


Cara Tukar Lagu Copyright Claim 

Dulu, sis fikir bila lagu terkena copyright claim, nampak nya kena private video atau delete sebab dah guna lagu orang kan. Sedang elok tengah monitize, terkena copyright claim. Ruginya kalau kena private atau delete. Rupanya, lagu yang kena copyright claim boleh tukar. Macam mana cara nak tukar tu ? Ini lah sis nak cerita langkah demi langkah cara nak tukar lagu yang kena copyright claim. 


Tentang lagu tak payah fikir nak ambil kat mana. Sebab lagu free music boleh diambil dari audio library di youtube. Nasib baik pihak youtube nak buat macam ni kan. Memudahkan youtuber untuk tukar lagu hanya klik - klik saja. 


Ok, ini langkah demi langkah macam mana nak buat untuk tukar lagu. 


1. 

Cara tukar lagu copyright claim



Mula - mula sekali pergi di dashboard youtube, scroll bawah sikit klik "copyright" 


2. 

Cara tukar lagu copyright claim

Di sini biasanya kalau tak ada apa - apa amaran memang kosong kat sini. Sebab kat ruangan copyright kita boleh semak tengok takut ada channel lain ambil video kita pergi upload di channel dia. Sis pun dah lama tak semak sebenarnya.


Bila klik, baru tahu ada orang ambil upload video sis punya. Dah la dia upload tu penuh. Tak apa kita tunggu sekejap kes ni, sis nak tunjuk cara yang nak tukar lagu dulu. 


Di sini, klik "video list".


3. 

Cara tukar lagu copyright claim

Bila dah klik "video list", akan keluar seperti gambar di atas. Sebenarnya ada 3 video, satu video sis dah tukar sebab nak tengok macam mana. Jadi, sekarang tinggal 2 lagi. Tengok lah kat situ nak monetise pun tak boleh dah ya. Video dah lama tahun 2018, baru sekarang pemilik lagu nak tuntut balik. Ini lah sis cakap tak boleh nak harap sangat lagu yang diambil luar dari audio library di youtube ni. Takut jadi kes macam ni. 


4. 

Cara tukar lagu copyright claim

Kemudian, pergi ke "copyright" akan keluar arahan dan klik "see details"


5. 

Cara tukar lagu copyright claim

Ini lah dia details lengkap kenapa video kita kena copyright claim. Di sini lah boleh tengok semuanya. Seterusnya, klik "select action".


6. 

Cara tukar lagu copyright claim

Di sini ada 2 cara untuk kita keluarkan lagu copyright dari video. Sama ada nak tukar lagu "replace song" atau nak mute kan lagu. Nak mute kan tak berapa best sebab tak ada lagu keluar dalam video kita. Nanti penonton tonton pun rasa boring.

Sis ambil keputusan nak pilih untuk tukar lagu dan pilih "replace song". Lagipun lagu yang dipilih pun dalam audio library yang youtube sediakan.

7. 

Cara tukar lagu copyright claim
Selepas klik akan keluar senarai lagu yang percuma. Di sini, boleh pilih mana - mana lagu kegemaran.


8.
 
Cara tukar lagu copyright claimLagu boleh dengar terlebih dahulu yang mana berkenan. Pastikan nak pilih lagu kat sini, biar cover semua lagu yang terkena copyright. Video sis keseluruhan kena copyright dalam masa 2:11 minit. Sis pilih lagu Piano Trap Beethoven walaupun lagu agak panjang dalam 3:14, tapi tak apa panjang asalkan jangan kurang dari 2:11.


9. 

Cara tukar lagu copyright claim

Kemudian klik atas lagu akan keluar "add". Klik add.


10.
 
Cara tukar lagu copyright claim

Lagu yang kena copyright berwarna merah tadi terus bertukar warna kelabu. Tandanya dah ok dengan lagu yang cukup. 


11.
Cara tukar lagu copyright claim

Bila dah keluar macam ni, langkah seterusnya klik "save"

12. 
Cara tukar lagu copyright claim

Bila dah klik save akan keluar macam ni untuk proses bertukar lagu. Ambil masa sikit.


13. 
Cara tukar lagu copyright claim

Akhir sekali bila dah siap, tengok ikon dekat monetisation dah bertukar warna hijau. Maknanya video ini dah boleh untuk dimonetasi balik. 

Ok, faham semua, harap faham ya. syukur rasanya bila ketiga - tiga video dah dapat dimonetasi balik. Dah banyak views tu. Kalau dapat amaran macam ni untuk copyright claim untuk lagu jangan risau ya, sebab boleh tukar lagu. 

Pesan sis cuma satu jer, kalau nak selamat, ambil lagu bebas copyright di audio library youtube ya. 

Baca Artikel Lain 


This post have 2 komentar

avatar
Dunia Zumal delete 22 December 2020 at 11:29

Nice sharing... Pernah jugak kena copyright tapi dulu zumal delete je la video tu

Reply
avatar
Ana Jingga delete 22 December 2020 at 12:36

kak ana pun selalu kena tukar gak wani bila music dapat noti copy right macam ni :)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post