Drama Bougainvillea Tonton Episod 1 Hingga 15 ( Akhir ) Di Slot Samarinda TV3

Drama Bougainvillea Tonton Episod 1 Hingga 15 ( Akhir ) Di Slot Samarinda TV3 | Salam semua, drama terbaru di slot Samarinda Drama Bougainvillea yang bersiaran di TV3. Berbelit lidah nak sebut nama tajuk drama. Drama terbaru ini menggantikan drama Misteri Mona yang telah pun tamat siaran. Drama kali ini pun bukan dari adaptasi novel. Barisan pelakon pun dah lama rasanya tak keluar TV. Drama kali ini sebanyak 15 episod. Lain macam poster untuk drama kali ini. Dah boleh agak siapa yang watak antagonis. 


Drama Bougainvillea Slot Samarinda

Drama ini di bawah arahan Ayie Mustafa. 

Info Drama Bougainvillea 

  • Bilangan Episod : 15
  • Tarikh Tayangan : 28 Disember 2020
  • Hari Dan Masa : Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam
  • Siaran TV : Slot Samarinda TV3
  • Penulis Skrip: Raja Azidah Raja Jaafar, Lynnda Sharudin
  • Pengarah : Ayie Mustafa
  • Produksi : Sha's Media Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish, Hanna Aqeela, Wan Nor Azlin, Kirana Batrisyia, Mior Darwish, Ameerul Asyraf, Ziema Din, Jasper Supayah

Barisan Pelakon Dan Watak 

Barisan pelakon yang tidak asing lagi gandingan Beto Khusyairy, Nora Danish dan juga Intan Ladyana. 

Beto Kusyairy sebagai Adrian
Intan Ladyana sebagai Aryanna
Nora Danish sebagai Mimie
Hanna Aqeela sebagai Hazira
Kirana Batrisyia sebagai Alisha
Mior Darwish sebagai Azief
Ameerul Asyraf sebagai Ali
Ziema Din sebagai Bibah (Mak Ngah)
Jasper Supayah sebagai Ilyana

Sinopsis Drama Bougainvillea

Adrian dan Aryanna adalah sepasang suami isteri yang sangat bahagia bersama 2 anak. Aryanna telah mengambil keputusan untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Manakala Adrian seorang arkitek yang berjaya. Hazira adalah kawan rapat Aryanna.

Mimi pula seorang jururawat dan tinggal bersama Mak Ngah nya. 

Takdir berubah setelah Aryanna terlibat dalam kemalangan yang menyebabkannya terlantar koma. 

Adrian telah mengupah Mimi untuk menjaga Aryanna di rumah sebagai jururawat peribadi. 

Rupa rupanya Mimi mempunyai obsesi yang mendalam terhadap Adrian. Bagaimana kesudahan cerita ini nanti ? Adakah Mimi akan merampas Adrian dari hidup Aryanna. ? 

Tonton Drama Bougainvillea Episod 1 Hingga 15 ( Akhir )

Drama Bougainvillea Slot Samarinda


Mula - mula tonton episod pertama sis ingat macam selit babak lucu pun ada. Tengok ke watak Mimi boleh dikatakan Mimi ni minat lelaki kaya yang boleh menyenangkan hidup dia. Mimi seorang jururawat dan kerja pun kerja kontrak. Bagaimana kesudahan cerita ini nanti, kalian tonton sampai habis.

Untuk sesiapa yang terlepas menonton drama ini, kalian boleh tonton percuma dan eksklusif di https://www.iq.com/ sebaik sahaja selesai tayangan di TV. Kalian boleh juga tonton di aplikasi iQiyi. Apapun sis akan kemas kini link dari semasa ke semasa ya. 

Drama Bougainvillea Episod 1


Drama Bougainvillea Episod 2


Drama Bougainvillae Episod 3


Drama Bougainvillae Episod 4


Drama Bougainvillae Episod 5


Drama Bougainvillae Episod 6


Drama Bougainvillae Episod 7


Drama Bougainvillae Episod 8


Drama Bougainvillae Episod 9


Drama Bougainvillae Episod 10


Drama Bougainvillae Episod 11


Drama Bougainvillae Episod 12


Drama Bougainvillae Episod 13


Drama Bougainvillae Episod 14


Drama Bougainvillae Episod 15 ( Akhir ) 


Buat peminat - peminat drama yang nak tahu update tentang drama - drama Malaysia boleh join group facebook ini ya. Klik Cerita Drama Malaysia. Jom ramai - ramai meriahkan group ini. Terima kasih. 







Post a Comment

Previous Post Next Post