Tonton Drama Tercipta Satu Ikatan Di Slot MegaDrama Astro Ria

Drama Tercipta Satu Ikatan Tonton Episod 1 Hingga 20 ( Akhir ) Di Slot MegaDrama Astro Ria | Salam semua, Drama terbaru di slot Megadrama Drama Tercipta Satu Ikatan. Drama ini ditayangkan bagi menggantikan drama Biar Mereka Cemburu yang telah pun tamat siaran. Drama ini adalah adaptasi novel Tercipta Satu Ikatan hasil karya Laydee Amarfi. Yang dah rindu tengok Amani berlakon. Amani kembali lagi dalam drama Tercipta Satu Ikatan tapi watak pun dah lain lah ya. Drama ini ditayangkan di slot Mega Drama Astro Ria, 


Drama tercipta satu ikatan di Astro Ria

Untuk info, barisan pelakon dan sinopsis adalah seperti di bawah.

Info Drama Tercipta Satu Ikatan 

  • Bilangan Episod : 20 
  • Tarikh Tayangan : 29 Disember 2020
  • Hari Dan Masa  : Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam
  • Siaran TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
  • Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
  • Penulis Novel : Lady Amarfi
  • Pengarah : Pali Yahya
  • Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Aeril Zafrel, Hannah Delisha, Izzue Islam, Sophia Barakbah, Nadhir Nasar, Nadiyah Shahab, Esma Daniel, Nada Syuhada, Saharul Ridzwan, Fazira Shafinaz, Farah Wahida, Hairi Ghani, Fyda, Syed Irfan, Aqil Nahar, Damia Qaissarah, Mia Deen

Barisan Pelakon Dalam Drama Tercipta Satu Ikatan

  • Aeril Zafrel sebagai Daniyal
  • Hannah Delisha sebagai Leanna
  • Izzue Islam sebagai Zhafran
  • Sophia Barakbah sebagai Rissa
  • Nadhir Nasar sebagai Sirhan
  • Saharul Ridzwan sebagai Zainudin
  • Syed Irfan sebagai Daniyal
  • Aqil Nahar sebagai Sirhan
  • Damia Qaissarah sebagai
  • Mia Deen sebagai Intan

Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan 

Drama ini mengisahkan Leanna seorang anak usahawan yang berjaya iaitu Dato' Jeffery. Daniyal dan rakan-rakannya merancang dengan baik untuk membalas dendam kepada seseorang.

Dato’ Jeffery sangat berminat dengan Daniyal dan menemukan Daniyal dengan Leanna. Daniyal dan Leanna bersetuju ingin berkahwin. Tetapi sesuatu terjadi kepada Dato’ Jeffery.

Rissa yang sudah pulang dari luar negara ingin memastikan Daniyal kekal dengan tujuan utama dia. Daniyal mendapat tahu Zhafran cuba untuk mengagalkan rancangannya.

Leanna mula meragui tentang kematian bapanya selepas menerima satu mesej yang mencurigakan. Rissa dan Sirhan tidak puas hati apabila Daniyal cuba mengubah perancangan asal mereka.

Leanna mula menyiasat tentang syarikat bapanya kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan Daniyal. Daniyal dan Zhafran mula meragui antara satu sama lain. Daniyal menuduh Zafran meracuni fikiran Leanna.

Bagaimana pengakhiran drama ini, kena lah tonton ya. 

Sinopsis Novel Tercipta Satu Ikatan 

Siapa yang dah baca novel Laydee Amarfi ni ? Tak tahu akan sama ke tak jalan cerita di TV dengan novel. Kalau yang tahu untuk sinopsis boleh baca di bawah. Banyak yang jual online. Kat Shopee pun ada. 

Drama tercipta satu ikatan di Astro Ria

Bagi Leanna, mengahwini Daniyal bukan hanya sekadar memenuhi kehendak daddynya. Tapi dia memang jatuh cinta dengan lelaki itu. Polosnya Leanna kerana menganggap Daniyal juga sama sepertinya, melamar kerana cinta.

Dinginnya Daniyal tidak pernah membuat hatinya curiga. Malah dia sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik buat lelaki itu.

"Malam ni boleh tak you berlakon gentleman sekejap? " - Leanna 

"I kacak di mata you, tapi masih tak cukup gentleman?" - Daniyal 

Hidup mereka bahagia. Namun, satu pesanan ringkas yang diterima membuatkan hati Leanna bagai dihempas ke lantai. Hancur berkecai. Banyak persoalan mula timbul. 

"Kenapa you kahwin dengan I, Dan?" - Leanna 

"Because I love you, Ann." - Daniyal 

Jawapan Daniyal yang berulang kali menyatakan cinta sudah tidak mampu membeli hati Leanna. Dia pergi membawa diri. 

Vila yang besar tidak lagi memberi bahagia buatnya. 

"I bagi you dua pilihan. Balik dengan I, atau I move in tinggal dengan you." - Daniyal 

"Dua pilihan you akan end up dengan perkara yang sama." - Leanna

Memujuk Leanna bukan perkara yang mudah buat Daniyal. Lebih payah bila Risa muncul menuntut janji dan mengingatkan tentang tujuan asal mereka. 

"Sebab you dah sayangkan dia, you lupakan I dan lupa apa plan asal kita?" - Risa 

Apakah sebenarnya tujuan Daniyal menerima tawaran Jeffery untuk mengahwini Leanna? Kerana harta atau dendam? Apa yang berlaku sebenarnya tidak pernah melibatkan Leanna.

Tapi kenapa di akhirnya, dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?


Tonton Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 1 Hingga 20(Akhir )

Drama Tercipta satu ikatan di Astro Ria

Drama ini tengah tayang di Astro Ria dan Ria HD pada pukul 10 malam hari Isnin hingga Khamis. 

Buat peminat - peminat drama yang nak tahu update tentang drama - drama Malaysia boleh join group facebook ini ya. Klik Cerita Drama Malaysia. Jom ramai - ramai meriahkan group ini. Terima kasih. 

Post a Comment

Previous Post Next Post