-->

Friday, 11 December 2020

author photo

Drama Misteri Mona Tonton Episod 1 Hingga 8 ( Akhir ) Di Slot Samarinda TV3 | Salam semua, drama slot Samarinda di TV3 kali ini berjudul drama Misteri Mona menggantikan drama Beri Sedikit Waktu yang telah pun tamat siaran. Drama kali ini bukan drama dari adaptasi novel ya. Dengar nama tajuk drama pun dah macam berteka teki drama seram kah, misteri kah. Drama Misteri Mona yang mempunyai 8 episod ini diarahkan oleh pengarah Amor Rizan. Sis pun tertanya kenapa Slot Samarinda kali ini bilangan episod tu tak panjang yang biasanya sebanyak 15 episod.


Drama Misteri Mona slot samarinda TV3


Drama ini dilakonkan oleh Janna Nick, Redza Rosli, Elisha Sandha dan ramai lagi barisan pelakon lain. 


Info Drama Misteri Mona 

  • Bilangan Episod : 8 Episod
  • Tarikh Tayangan : 10 Disember 2020
  • Hari Dan Masa : Isnin hingga Selasa pukul 10 malam
  • Siaran TV : Slot Samarinda TV3
  • Pengarah : Amor Rizan
  • Produksi : Aquila Emas Sdn Bhd
  • Pelakon : Janna Nick, Redza Rosli, Elisha Sandha, Ruzana Ibrahim, Zizan Nin, Zarynn Min, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Syed Irfan, Alif Hadi, Syafi Tee, Siti Aishah Bujang, Amir Rahim

Pelakon Dalam Drama Misteri Mona Dan Watak 

  • Janna Nick sebagai Anom
  • Redza Rosli sebagai Dr Nadeem
  • Elisha Sandha sebagai Farah
  • Ruzana Ibrahim sebagai Mona
  • Zizan Nin sebagai Razlan
  • Zarynn Min sebagai Laila
  • Ainin Batrisya sebagai Anom
  • Duerra Mitilda sebagai Mona

Sinopsis Drama Misteri Mona 

Drama ini mengisahkan Anom ( Janna Nick ) seorang pesakit mental kronik yang telah memulakan kehidupan baru setelah berkahwin dengan Doktor Nadeem ( Redza Rosli ) yang pernah merawatnya. 

Sewaktu dalam usaha untuk mendapatkan kembali kehidupan yang normal, Anom terperangkap dalam garis halus antara realiti dan fantasi yang memaksanya untuk berhadapan kembali dengan kenyataan yang selama ini ditinggalkan. 

Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya.

Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sekian lama setelah tamat pengajiannya.

Pada mulanya Farah selesa menjaga Anom, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu.

Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian.

Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata, “Aku dah lepaskan Mona……”

Siapakah Mona? Adakah Dr Nadeem tahu kewujudan Mona di loteng selama ini? Mungkinkah Farah mangsa Dr Nadeem seterusnya?

Kalau nak tahu bagaimana kisah Mona nanti, jangan lupa untuk menonton drama Misteri Mona ya. 

Tonton Drama Misteri Mona Episod 1 Hingga 8 ( Akhir ) 

Drama misteri mona slot samarinda

Bagi kalian yang meminati drama bersiri genre psiko, jangan lupa untuk menonton di TV3 pada pukul 10 malam pada hari Isnin hingga Khamis. 

Bagi yang terlepas untuk menonton drama ini di TV3, drama Misteri Mona boleh ditonton di youtube channel TV3 Malaysia Official ataupun Drama Sangat Official. Apapun, sis akan kemas kini link dari semasa ke semasa ya. 

Drama Misteri Mona Episod 1

Anom dan Dr Nadeem merupakan pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak. Anom menghidap penyakit mental dan perlu diberi ubat mengikut masa.

Kerana Dr Nadeem seorang yang sibuk, dia memerlukan seorang ‘caregiver’ untuk menjaga Anom dan memastikan Anom sentiasa mengambil ubatnya.

Sementara itu, Farah seorang lulusan graduan yang masih tidak mendapat kerja dan terdesak mencari pekerjaan kerana hampir dihalau dari rumah sewanya.


Drama Misteri Mona Episod 2 

Anom sering diganggu oleh bayangan seorang wanita yang dia tidak kenal siapa. Setiap kali dia diganggu, dia akan mengambil ubat yang disediakan oleh Farah.

Anom melayan Farah yang baru bekerja di situ dengan baik, malah Anom turut mula bercerita tentang kisah silamnya pada Farah.

Namun, kerana satu kesilapan, Farah tidak memerhati Anom yang rupanya tidak mengambil ubat yang Farah beri, akibatnya Anom mengalami episode pada malam itu.

Keesokan harinya, Farah dimarah teruk oleh Dr Nadeem kerana tidak memerhatikan Anom dengan baik.


Drama Misteri Mona Episod 3 

Meskipun dimarah teruk oleh Dr Nadeem, Farah tetap bekerja di situ menjaga Anom kerana dia benar-benar perlukan wang.

Sifat Anom yang lemah lembut juga sering membuatkan Farah jatuh kasihan pada Anom dan berusaha menjaga Anom sebaik mungkin. 

Namun walaupun Anom tidak lagi meninggalkan ubatnya, Anom tetap diburu oleh bayangan misteri seorang wanita. Tetapi Anom seringkali lupa tentang wanita itu setiap kali dia sedar dari tidur.


Drama Misteri Mona Episod 4

Anom menjumpai gambar ultrasound di dalam kotak yang disembunyikan oleh Dr Nadeem. Anom mula merasakan bahawa dia sebenarnya pernah mengandung.

Anom cuba memberitahu Farah, tetapi Farah menjadi ragu dengan kata-kata Anom apatah lagi Dr Nadeem sentiasa berpesan pada Farah supaya jangan mempercayai kata-kata dan cerita kak Anom. 

Sementara itu, Anom juga sering terdengar bunyi-bunyi aneh di atas loteng seperti bunyi rantai besi dan juga suara-suara seorang wanita.


Drama Misteri Mona Episod 5 

Kerana sering terganggu dengan suara dan bunyi rantai di atas loteng, Anom pergi sendiri untuk memastikan apa yang ada di situ.

Farah yang ketika itu sedang memasak, berlari ke atas bila terdengar suara Anom menjerit memanggil seseorang.

Farah kehairanan bila mendapati Anom memberitahu yang dia baru ‘melepaskan’ seorang perempuan yang terikat di atas loteng, dan perempuan itu bernama Mona, dan Mona itu adalah kakak kandung Anom.


Drama Misteri Mona Episod 6 

Farah memberi contoh ubat Anom pada Ikmal, teman belajar Farah sebelum ini. Ikmal kini bekerja di hospital swasta dan bersetuju membantu Fara untuk memeriksa kandungan ubat itu.

Apatah lagi Ikmal sering skeptikal bila mendengar kisah tentang Anom dan Dr Nadeem dari Farah. 

Farah yang mulanya tidak mempercayai tentang Mona, terdiam bila akhirnya Anom menemukan Mona dengan Farah.


Drama Misteri Mona Episod 7

Mona mula berbual dengan Farah tentang kisah silam antara Mona dan Anom. Namun Farah cuma diam memerhati seolah ada sesuatu yang sentiasa bermain dalam fikirannya.

Sebelum Farah pulang, Mona sempat berpesan supaya tidak memberitahu sesiapa tentang dirinya.

Farah semakin rasa tidak selesa, apatah lagi bila Ikmal memberitahu ubat Anom itu mempunyai dos yang tinggi, malah Ikmal mula merasa nyawa Farah dalam bahaya.

Farah akhirnya memberitahu Ikmal bahawa Mona yang Farah jumpa sebenarnya adalah diri Anom sendiri. Rupanya Anom mengidap Dissociative Identity Disorder atau Split Personality.


Drama Misteri Mona Episod 8 ( Akhir ) 

Farah meminta bantuan Ikmal untuk memeriksa klinik tempat Dr Nadeem bekerja. Tetapi ketika Farah mendapat tahu segalanya, ia bagai sudah terlewat.

Mona mula menguasai diri Anom, malah Mona cuba untuk membunuh Farah. Anom masih tidak mempercayai yang Mona sebenarnya tidak wujud, dan yang dia nampak hanyalah dalam fikirannya semata-mata.

Rupanya Mona telah mati sejak kecil lagi, dan kerana peristiwa trauma yang Anom alami sejak kecil, dia mula mencipta Mona dalam dirinya sendiri.


Tamat sudah drama Misteri Mona. 

Itu lah saja sinopsis ringkas dan juga barisan pelakon yang terlibat tentang drama Misteri Mona.

Buat peminat - peminat drama yang nak tahu update tentang drama - drama Malaysia boleh join group facebook ini ya. Klik Cerita Drama Malaysia. Jom ramai - ramai meriahkan group ini. Terima kasih.

Baca 


This post have 2 komentar

avatar
NARDtheNERD delete 14 December 2020 at 22:13

nampak best.. tapi selalu terlupa nak tengok hehe

Reply
avatar
Unknown delete 17 December 2020 at 22:41

terbaik admin. best cite ni

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang