Tonton Percuma Dan Eksklusif Filem Tempatan Malaysia Secara Online Di Kinidia.com

Tonton Percuma Dan Eksklusif  Filem Tempatan Malaysia Secara Online Di Kinidia.com | Salam semua, era baru dalam penstriman video secara atas talian sekarang telah memudahkan penonton untuk menonton filem tempatan dengan percuma. Semua dah di hujung jari kan. Lagipun, sekarang terdapat banyak platform online yang boleh tonton percuma, cumanya sis macam susah nak cari filem tempatan klasik yang pernah sis tonton dulu - dulu. 

Tonton percuma filem tempatan Malaysia secara online di Kinidia.com

Rasanya peminat - peminat filem klasik saja yang faham macam mana. Kadang - kadang tonton banyak kali pun terasa nak tonton lagi sekali. Hasil carian di google, akhirnya jumpa juga di laman web KiniDia.com. Sebaik saja masuk laman web KiniDia, scroll atas dan bawah ternampak pelakon kegemaran Erra Fazira dan Fazura.


Mengundang nostalgia sungguh bila tengok balik poster filem tu. Filem yang pernah popular zaman tu. Ada juga filem - filem  yang lain sekitar tahun 2002 hingga 2012. Kira dah lama juga tu. Ada juga filem yang sis tak pernah tonton lagi. 


KiniDia : Sebuah Laman Web Video-On-Demand Untuk Filem Tempatan 

Tonton percuma filem tempatan Malaysia secara online di Kinidia.com

Untuk korang yang masih tertanya - tanya apa KiniDia sebenarnya. KiniDia adalah laman web Video-On-Demand di mana korang boleh tonton filem - filem klasik dan juga filem baru. Dan pengasas untuk KiniDia adalah Justin Wong. Filem yang boleh ditonton di KiniDia hanya filem buatan Malaysia saja ya.

Sis ingatkan memang ada filem klasik saja, tapi rupanya ada juga filem baru yang boleh ditonton di laman web ini tapi kena beli tiket terlebih dahulu sebelum menonton. Bagi sis, bagus juga ada platform online macam ni kumpulkan ke semua filem klasik yang ada. Mudah nak cari. 

Tonton Filem Klasik Secara Percuma 

Buat masa sekarang ini, ada 12 filem klasik yang boleh ditonton secara percuma. Filem - filem tersebut adalah : 

1. Soal Hati
2. Soalnya Siapa
3. Helah
4. Kelibat 
5. Qaisy & Laila
6. Sumolah
7. Emperor
8. Los Dan Faun 
9. Kinks
10. Jalan Pintas 
11. Berani Punya Budak
12. Pontianak vs. Orang Minyak 

Tonton Filem Baru Hanya RM 9.90 

Sekarang ini, di rumah pun dah boleh jadi macam panggung wayang. Untuk korang yang nak menonton filem baru di KiniDia, buat masa sekarang ini ada 5 filem baru yang boleh ditonton. Filem tersebut adalah : 

1. Garang 
2. M.O.X : Misi Operasi X
3. Nota
4. The Spiral. 
5. Enjin No. 9

Bayaran dikenakan hanya RM 9.90 untuk satu filem. Dah murah dah tu apatah lagi filem yang ada di KiniDia pun masih baru. Apa yang bestnya di sini sebelum nak pilih filem mana yang berkenan nak tonton, korang boleh tonton trailer terlebih dahulu. 

Mesti ada yang tertanya - tanya, macam mana nak beli tiket nak tonton filem baru di KiniDia. Senang jer. Ikut langkah di bawah :  

1. Klik di  "Pro" dan pilih filem yang berminat. 

Tonton percuma filem tempatan Malaysia secara online di Kinidia.com



2. Kemudian, klik " Buy Now".
Tonton percuma filem tempatan Malaysia secara online di Kinidia.com


3. Akhir sekali akan keluar "checkout" untuk buat pembayaran secara online. Ikut arahan di sini  sebelum nak buat bayaran.  
Tonton percuma filem tempatan Malaysia secara online di Kinidia.com


KiniDia : Tonton Filem Qaisy & Laila Dan Jalan Pintas Secara Percuma 

Kebetulan masuk di KiniDia, ada filem kegemaran yang pernah tonton dulu - dulu. Jadi, sis nak rekomen untuk korang kalau berminat. Sis suka filem Qaisy & Laila sebab jalan ceritanya menarik. Pelakon utama Fazura dan Jehan Miskin. Nampaknya boleh tonton sekali lagi di sini. Tak ingat jalan cerita dah.

Tonton percuma filem tempatan Malaysia secara online di Kinidia.com



1. Sinopsis Filem Qaisy & Laila 

Kisah mengenai cinta dan pengorbanan gadis Malaysia, Laila yang menyertai Malaysian Relief Team dan jatuh cinta dengan pemuda Afghanistan, Qaisy.

Kisah ini bermula apabila Qaisy terpaksa menamatkan pengajiannya di Malaysia untuk menjaga adik perempuannya apabila ahli keluarganya yang lain terbunuh semasa Amerika Syarikat melancarkan peperangan ke atas Afghanistan.

Di sana dia berjumpa dengan Laila yang menyertai pasukan perubatan Malaysia. 


Tonton percuma filem tempatan Malaysia secara online di Kinidia.com

2. Sinopsis Filem Jalan Pintas 

Lagi satu filem Jalan Pintas lakonan Auf Razak, Bront Palarae, Sharifah Amani dan Zahiril Adzim. 

Filem ini merupakan sebuah cereka yang berkisar tentang watak Bakar seorang pemuda lepasan ijazah dalam jurusan kejuruteraan , juga seorang anak lelaki tertua dalam keluarga (yang tidak lagi berbapa), yang datang ke Kuala Lumpur dari kampung, untuk mencuba nasib demi menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga –ibu dan seorang adik perempuannya.

Melalui Jalan Pintas, kita melihat watak seorang pemuda yang biasa, yang boleh kita jumpa di mana-mana, yang menjadi mangsa kepada janji-janji delusi Kuala Lumpur.

Menelusuri perjalanan yang Bakar tempuhi dalam ruang waktu satu hari – dari pagi ke petang, hanya dengan tujuan untuk menghadiri sesi temuduga; kita sebenarnya tanpa sedar sedang melihat sebuah kehidupan seorang manusia, yang terperangkap antara harapan dan beban, hingga akhirnya, disebabkan kenyataan, angan-angan berubah menjadi dendam.

Bila boleh tonton percuma di sini rasa macam lega sikit sebab susah sebenarnya nak cari filem - filem yang pernah popular dulu - dulu. Harapnya KiniDia sentiasa kemas kini dan tambah lagi filem -filem klasik untuk masa akan datang. Boleh tonton di sini bila - bila masa. Sebabnya ramai tau peminat filem klasik ni. 


4 Sebab Kenapa Perlu Tonton Di KiniDia.com 

Tonton percuma filem tempatan Malaysia secara online di Kinidia.com


Nak tahu kenapa sis rekomen sangat korang kena tonton filem tempatan di KiniDia. Ini di antara sebabnya.

1. Tonton Di Mana Jua 

Dengan menggunakan gajet yang ada, korang boleh menonton filem di KiniDia samada menggunakan
 

#Komputer 

#Tablet 

#Telefon Pintar

#Android TV


Tiada alasan dah kalau cakap payah nak tonton filem.Yang paling mudah dan nak tonton guna telefon pintar. Ada data internet bila - bila masa boleh tonton dan di mana saja. Nak lagi tengok dengan jelas, tonton guna Android TV. TV.  Yang ini kalau beli tiket untuk filem PRO memang sesuai sangat tonton di Android TV. 


2. Koleksi Filem Semakin Besar 

Dari semasa ke semasa KiniDia akan menambah filem - filem yang boleh ditonton secara percuma dan juga berbayar. Untuk filem baru, harga yang dikenakan dah murah. 


3. Tiada Komitmen

Satu lagi yang sis suka dengar, korang jangan risau sebab di KiniDia tak ada langganan subscription pun, kontrak jangka panjang pun tak ada ya. 


4. Tidak Payah Muat Turun Aplikasi 

Yang bestnya, di KiniDia, korang tak payah nak fikir muat turun aplikasi, cukup hanya ada browser app seperti Google chrome, korang dah boleh melayari laman web KiniDia dan terus tonton filem - filem kegemaran. 

Untuk mengetahui segala filem  - filem tempatan terkini yang sentiasa dikemas kini di KiniDia, boleh layari di laman web dan media sosial rasmi KiniDia di bawah. 


Laman Web  | Facebook Page Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post