-->

Tuesday, 15 December 2020

author photo

Drama Bidadari Salju Tonton Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) Di Slot Akasia TV3 | Salam semua, drama terbaru di slot Akasia kembali dengan drama Bidadari Salju bagi menggantikan drama Cinta Sekali Lagi yang telah pun tamat. Drama Bidadari Salju adalah drama dari adaptasi novel "Bidadari Salju hasil karya Mia Kiff. Gandingan pelakon utama dalam drama ini adalah Sweet Qismina dan Adam Lee. Drama ini juga turut dibantu oleh barisan pelakon lain Nazrief Nazri, Jasmine Suraya, Syazuwan Hassan dan ramai lagi. 


Drama Bidadari Salju


Drama Bidadari Salju adalah arahan Reza Badarudin. Bersiaran di slot Akasia pada pukul 7 malam hari Isnin hingga Jumaat. 


Info Drama Bidadari Salju

  • Bilangan Episod : 28
  • Hari Dan Masa: Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam
  • Siaran TV : Slot Akasia TV3
  • Penulis Skrip : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
  • Pengarah : Reza Badarudin
  • Produksi : A.Aida Production Sdn Bhd
  • Pelakon : Sweet Qismina, Adam Lee, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Jaja Iliyes, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Lisdawati, Lan Zailan, Silfeny Osman, Aqil Taqeeuddin, Siti Khadijah , Nizam Kama, Ainaa Azhari, Puteri A'teeqah, Damia Qaissarah


Barisan Pelakon Drama Bidadari Salju Dan Watak 

  • Sweet Qismina sebagai Kayra
  • Adam Lee sebagai Hariz
  • Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi
  • Zaki Azeman sebagai Aiman
  • Syazuwan Hassan sebagai Raqib
  • Fimie Don sebagai Naufal
  • Chacha Maembong sebagai Dania
  • Jaja Iliyes sebagai Anita
  • Aqil Taqeeuddin sebagai Hafizan
  • Siti Khadijah sebagai Marissa
  • Nizam Kama sebagai Asyraf
  • Puteri A'teeqah sebagai Athira
  • Damia Qaissarah sebagai Yaya

Sinopsis Drama Bidadari Salju

Drama ini mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari.

Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya.

Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya.

Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya.

Sinopsis Novel Bidadari Salju 

Drama Bidadari Salju


Kalau tak silap sis, novel Bidadari Salju adalah novel pertama Mia Kiff. Hasil carian di google memang novel yang tebal dan ada pembaca yang baca sampai 2 kali ulang. Ada yang dah baca tak ? Bila dah jadikan dalam bentuk drama, ramai yang tak sabar macam mana pengakhiran drama ini. Adakah berlainan dari novel ? Yang tu kena tonton lah nanti.

Bagi yang nak tahu Sinopsis untuk novel Bidadari Salju, jom baca di bawah. 

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan.

Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan.

Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri.

“Apa kata kalau aku jadi bapak ayam untuk kau, aku jual kau dengan harga seringgit. Buat apa mahal-mahal, bukan orang lalu pun tengok kau tu. Muka buruk macam ni, agaknya bagi free pun tak ada yang nak! Macam mana? Tak payah fikirlah, nama kau dah buruk, muka kau pun buruk, kau tak buat orang tetap tuduh yang kau buat!”.

Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu. Ya Allah, sampai bila aku harus bertahan? 

“Hei Kayra! Kau dengar sini, kalau kau cari pasal dengan aku lagi, aku boleh buat yang lebih teruk dari ini. Sampai kau dah malu nak hidup! Lagi pun, orang macam kau ni tak layak nak hidup, menyemakkan mata aku, menyusahkan hidup orang! Ingat amaran aku, kalau tak nahas kau! Tuihhh!” Hariz meludah muka Kayra dengan penuh benci dan jijik. 

“Hariz bin Azman, aku tak kan lupa hari ini sampai bila-bila. Aku tak akan maafkan kau sampai aku mati! Jangan kau sesekali lupa yang muka buruk ni kau pernah ludah Hariz!!! Allah, akan membalas segala perbuatan keji kau pada aku.Kau adalah manusia yang paling aku benci!!!

Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.


Tonton Drama Bidadari Salju Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) 

Drama Bidadari Salju

Bagi yang terlepas untuk menonton drama ini di TV, kalian boleh tonton secara percuma dan eksklusif di laman web wetv.vip/en selepas tayangan di TV3  atau pun kalian boleh tonton juga di aplikasi We TV. Boleh download secara percuma di Play Store ya untuk pengguna Andorid. Untuk Pengguna iOS di Apple Store. Apapun, sis akan kemas kini link dari semasa ke semasa di sini.

Drama Bidadari Salju Episod 1


Drama Bidadari Salju Episod 2


Drama Bidadari Salju Episod 3


Drama Bidadari Salju Episod 4


Drama Bidadari Salju Episod 5


Drama Bidadari Salju Episod 6


Drama Bidadari Salju Episod 7


Drama Bidadari Salju Episod 8


Drama Bidadari Salju Episod 9


Drama Bidadari Salju Episod 10


Drama Bidadari Salju Episod 11


Drama Bidadari Salju Episod 12


Drama Bidadari Salju Episod 13


Drama Bidadari Salju Episod 14


Drama Bidadari Salju Episod 15


Drama Bidadari Salju Episod 16


Drama Bidadari Salju Episod 17


Drama Bidadari Salju Episod 18


Drama Bidadari Salju Episod 19


Drama Bidadari Salju Episod 20


Drama Bidadari Salju Episod 21


Drama Bidadari Salju Episod 22


Drama Bidadari Salju Episod 23


Drama Bidadari Salju Episod 24


Drama Bidadari Salju Episod 25


Drama Bidadari Salju Episod 26


Drama Bidadari Salju Episod 27


Drama Bidadari Salju Episod 28 (Akhir)


Baca : 


Buat peminat - peminat drama yang nak tahu update tentang drama - drama Malaysia boleh join group facebook ini ya. Klik Cerita Drama Malaysia. Jom ramai - ramai meriahkan group ini. Terima kasih. 



1 komentar:


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang