PKP 2.0 : Bermula 13 Hingga 26 Januari, 10 Info Penting Yang Perlu Anda Tahu

PKP 2.0 : Bermula 13 Hingga 26 Januari, 10 Info Penting Yang Perlu Anda Tahu | Salam semua, sejak virus Covid 19 menular masuk Malaysia awal tahun lepas, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi mengekang wabak covid 19. Yang pertamanya Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ), memang masa tu payah nak diterima rakyat Malaysia sebab ramai yang degil, tengok ke yang kena kompaun hari - hari ada yang kena. Setelah setahun berlalu, masuk 2021 dari kes hanya puluh, sekarang dah cecah ribu - ribu sampai ke 3K. Sis rasa macam tak percaya, sebelum ini dengar berita  negara lain yang kes sampai cecah ribu  - ribu. 


Perintah kawalan pergerakan PKP 2.0


Siapa lah yang tak risau dengan kes yang dah beberapa minggu asyik ribu - ribu. Itu pun yang kat luar negara di Amerika sampai 4,000 sehari ramai yang mati akibat Covid 19. Minta dijauhkan. Setiap kali keluar update untuk kes Covid di Malaysia, apa yang sis terkesan tengok yang jumlah kematian. Kerisauan tu tetap ada bila setiap kali kemas kini tentang jumlah kematian akibat Covid 19. Walaupun kes sembuh memang tinggi dari jumlah kematian. 

Sebelum in,i terfikir juga betul ke tak nak buat PKP dah ? Akhirnya untuk permulaan tahun 2021 ini Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 malam Rabu ini, hingga 26 Januari, 2021. Rasanya rakyat pun dah bersiap sedia nak hadap balik.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya, langkah itu perlu diambil memandangkan pada ketika ini, fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tidak mampu untuk menampung peningkatan sehingga 2,000 kes baharu setiap hari.

10 Info Penting Daripada Pengumuman Perdana Menteri


1. Enam negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) ialah : 

  • Selangor
  • Pulau Pinang
  • Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan)
  • Melaka
  • Johor
  • Sabah.

2. Enam negeri yang dikenakan Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat ( PPKB ) ialah : 

  • Pahang
  • Perak
  • Negeri Sembilan
  • Kedah
  • Terengganu
  • Kelantan.

3. Dua negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ialah : 

  • Perlis
  • Sarawak.

4. Semua aktiviti sosial melibatkan perkumpulan beramai-ramai di negeri kategori PKP dan PKPB adalah tidak dibenarkan.

5. Aktiviti sosial di negeri PKPP dibenarkan dengan syarat pematuhan SOP yang ketat.

6. 
Pergerakan rentas negeri di seluruh negara tidak dibenarkan sama sekali.

7. Pergerakan rentas daerah di negeri PKP tidak dibenarkan sama sekali.

8. Pergerakan bagi rakyat di negeri PKP hanya dibenarkan dalam radius 10 kilometer sahaja.

9. Hanya dua anggota isi rumah dibenarkan keluar membeli barangan keperluan menaiki kenderaan yang sama.

10. Individu yang melanggar arahan PKP boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

Kena ingat tu tarikh PKP 2.0 bermula 13 hingga 26 Januari, sama - sama kita putuskan rantaian covid 19. Jaga lah SOP kata mana - mana pun. Kasihan lah kat pasukan barisan hadapan yang berjuang nak mengekang wabak Covid untuk kesejahteraan sejagat. 

1 Comments

  1. kak ana dapat rasakan pkp di selangor ni akan bersambung lagi... :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post