Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 1 Hingga 40 (Akhir) Slot Megadrama Astro Ria

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 1 Hingga 40 (Akhir) Slot Megadrama Astro Ria | Salam semua, akhirnya drama yang ditunggu - tunggu oleh ramai peminat, drama Rindu Awak Separuh Nyawa adaptasi dari novel hasil karya Siti Rosmizah. Meletup - letup nama novelis Siti Rosmizah sejak tamatnya drama 7 Hari Mencintaiku 2. Drama Rindu Awak Separuh Nyawa watak hero masih sama Syukri Yahya tapi untuk watak wanita utama dibawakan oleh Uqasha Senrose. Rasanya makin meletup jugak drama ni. Drama ini ditayangkan di slot Megadrama saluran Astro Ria HD ( 104 ) dan Astro Ria ( 124 ). Episod drama kali ini panjang ya hingga 40 episod. 


drama rindu awak separuh nyawa


Drama ini terbitan syarikat SR One Sdn Bhd dan di bawah pengarah Along Kamaludin. Untuk info, drama, barisan pelakon dan juga sinopsis drama boleh baca di bawah ya. 


Info Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

  • Bilangan Episod : 40
  • Tarikh Tayangan : 23 Mac 2021
  • Hari Dan Masa : Isnin hingga Khamis, 10:00 malam
  • Siaran TV : Slot MegaDrama Astro Ria & Ria HD
  • Penulis Skrip : Rozie Rashid & Amka Ahmad
  • Penulis Novel : Siti Rosmizah
  • Pengarah : Jamal Khan, Along Kamaludin
  • Produksi : SR One Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Fizo Omar, Marsha Milan, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Norreen Iman, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya


Barisan Pelakon Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

  • Syukri Yahaya sebagai Nazril Nazim
  • Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara
  • Marsha Milan sebagai Nurul Huda
  • Norreen Iman sebagai Qistina
  • Fizo Omar sebagai Aidil
  • Aida Khalida sebagai Puan Norida
  • Khairil Anwar Aman sebagai Datuk Raqib
  • Rahim Jailani sebagai Dato Halim
  • Fiza Thomas sebagai Sally
  • Norkhiriah sebagai Kak Munah
  • Aleza Shadan sebagai Esah
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Jah Kelip
  • Ikhlas Jalil sebagai Izudin
  • Fiza Thomas sebagai Sally
  • Fauzi Nawawi sebagai Kasim
  • Aleza Shadan sebagai Esah

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa 

Drama ini menigsahkan Maisara menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib, kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil, anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya.

Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.

Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. 

Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. 

Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. 

Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.

Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda, gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. 

Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. 

Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. 

Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.


Lagu Tema Rindu Awak Separuh Nyawa


Drama ini ada lagu tema sendiri yang berjudul Rindu Awak Separuh Nyawa sama juga dengan tajuk drama. Nyanyian duet yang dibawakan oleh Naqiu dan Vanessa Reynauld.  Vanessa Reynauld nama baru dalam bidang nyanyian sebab tak pernah dengar. Sis tengok tuan badan sendiri baru sis kenal. Macam pernah tengok jer tapi kat mana ya. 

Untuk lirik Rindu Awak Separuh Nyawa. 

Terpisah kita... 
Angkara dusta... cinta 
Luluh jiwa dan raga
Saat dikau tiada 

Di kala... rindu ini membara
Ku pandang bintang
Wajah menjelma

Andai dikau tiada
Ku rindu separuh nyawa
Kata cinta penawar duka
Sayang jika kau pergi
Separuh jiwa ku mati
Nafas bagai terhenti
Rindu kamu separuh nyawa

Ku pandang bintang
Wajahmu menjelma

Andai dikau tiada
Ku rindu separuh nyawa
Kata cinta penawar duka 
Sayang jika kau pergi 
Separuh jiwa ku mati 
Nafas bagai terhenti 
Rindu kamu separuh nyawa
 
Andai dikau tiada 
Ku rindu separuh nyawa 
Kata cinta penawar duka 
Sayang jika kau pergi 
Separuh jiwa ku mati 
Nafas bagai terhenti 
Rindu kamu separuh nyawa
 
Nafas bagai terhenti 
Rindu kamu separuh nyawa 

Duhai nyawa...

Kalau yang berkesempatan nak tonton drama ini jangan lupa pukul 10 malam, Isnin hingga Khamis di Astro Ria dan juga Astro Ria HD. 

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post