Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) Slot LestaryTV3

Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) Slot LestaryTV3 | Salam semua, drama terbaru di Slot Lestary menggantikan drama Semua Salahku yang telah pun tamat. Walaupun drama Semua Salahku itu adalah drama ulangan yang pernah siar di TV3 sebelum ini. Drama kali adalah drama adaptasi novel Romantika 4 Hari 3 Malam hasil karya Wizana Emilia. Gandingan pelakon dalam drama slot Lestary kali ini adalah Sean Lee dan juga Amelia Henderson. Amelia Henderson nama pernah naik dengan drama Pengantin Satu Malam yang telah ditayang pada tahun lepas. 


Untuk drama ini tak pasti sama jalan cerita sama dengan novel ke tak ? Kalau yang dah baca novel Romantika 4 Hari 3 Malam mesti dah tahu pengakhiran cerita macam mana. 

Drama Romantika 4 hari 3 malam


Untuk info, barisan pelakon, nak tonton di mana ? Kalian boleh baca di bawah ya. 


Info Drama Romantika 4 Hari 3 Malam 

  • Bilangan Episod : 13
  • Tarikh Tayangan : 10 Mac 2021
  • Hari Dan Masa : Rabu hingga Sabtu, 9:00 malam
  • Siaran TV : Slot Lestary TV3
  • Penulis Skrip : Wizana Emilia
  • Pengarah : Nizam Zakaria
  • Produksi : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Nynaa Harizal, Wafariena, Zila Bakarin, Sahronizam Noor, Lisdawati, Aida Aris, Oshin Ahmad, Daniesh Suffian, Dottie, Izzendra, Jesse Lim

Barisan Pelakon Drama Romantika 4 Hari 3 Malam 

  • Amelia Henderson sebagai Lana Analia
  • Sean Lee sebagai Amar
  • Syafi Tee sebagai Hisham
  • Nynaa Harizal sebagai Aida Safia
  • Wafariena sebagai Raina
  • Oshin Ahmad sebagai Nia Erlina
  • Daniesh Suffian sebagai Baim
  • Dottie sebagai Zeti
  • Izzendra sebagai Azlinda
  • Jesse Lim sebagai Encik Masri
  • Aida Aris sebagai Cik Norsira
  • Lisdawati sebagai Mak Salmah
  • Sahronizam Noor sebagai Dato' Zahid

Sinosis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam 

Drama ini mengisahkan Lana Analia memang menjadi impiannya untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date. 

Janji temu demi janji temu diatur. Setiap kali itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna. 

Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi. Psiko pun ada! Menerusi artikelnya disampaikan setiap kekecewaan itu. 

Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai.

Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. 

Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.

Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. 

Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja. Lana putus harap.
 
Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan.

Lana penat dan hampir berputus asa. Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. 

Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. 

Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali?

Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) 

Drama romantika 4 hari 3 malam

Peminat drama genre romantis , Drama ini boleh ditonton di TV3 Slot Lestary pada pukul 9 malam pada hari Rabu hingga Sabtu. Terlepas tonton ?. Kalian boleh tonton percuma drama Romantika 4 Hari 3 Malam episod 1 hingga akhir  di https://wetv.vip/en. Sebaik saja habis tayangan di TV3, akan kemas kini di WeTv. 

Baca Juga : 





Post a Comment

Previous Post Next Post