Drama Covid Oh Covid Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) Di Slot Lestary TV3

Drama Covid Oh Covid Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) Di Slot Lestary TV3 | Salam semua, drama terbaru di slot Lestary drama Covid oh Covid bagi menggantikan drama Romantika 4 Hari 3 Malam. Drama yang telah mulakan tayangan pada 2 April 2021. Sis dah lama tak tengok Adibah Noor berlakon lepas drama Kampung People 2. Ramai lagi barisan pelakon hebat yang lain antaranya Datin Paduka Umie Aida, Nora Danish, Syafiq Kyle. Drama yang bergenre komedi famili memang ada babak - babak yang mencuit hati. 


drama covid oh covid

Untuk info drama, sinposis drama, barisan pelakon, boleh baca di bawah ya. 


Info Drama Covid Oh Covid 

  • Bilangan Episod : 13
  • Hari Dan Masa : Rabu Hingga Sabtu, 9:00 malam
  • Siaran TV : Slot Lestary TV3
  • Penulis Skrip : Eirma Fatima
  • Pengarah : Jet Li, Izuan Mokhtar
  • Produksi : Rumah Karya Citra
  • Barisan Pelakon : Adibah Noor, Tony Eusoff, Umie Aida, Nora Danish, Syafiq Kyle, Tiz Zaqyah, Yusof Hashim, Nabila Huda, Amar Asyraf, Nasir Al Aydrus, Fathia Latiff, Nazrief Nazri, Nafiz Muaz

Barisan Pelakon Dan Watak Dalam Drama Covid Oh Covid

  • Adibah Noor sebagai Habsah
  • Tony Eusoff sebagai Tuan Ariffin
  • Umie Aida sebagai Tok Wan
  • Tiz Zaqyah sebagai Safura
  • Nabila Huda sebagai Salmiah
  • Nora Danish sebagai Suhaila
  • Nasiruddin Alaydrus sebagai Shazrul
  • Fathia Latiff sebagai Riana
  • Yusof Hashim sebagai Adam
  • Nafiz Muaz sebagai Zafrin

Sinopsis Drama Covid Oh Covid 

Drama ini mengisahkan satu keluarga dalam situasi pandemik Covid. Pengumuman sambungan PKP amat meresahkan rakyat Malaysia termasuklah Villa Angrani yang dihuni oleh Tuan Ariffin (Tony Eusoff), mak mertuanya Tok Wan (Datin Paduka Umie Aida), isterinya Habsah (Adibah Noor) dan anak-anaknya Safura (Tiz Zaqyah), Salmiah (Nabila Huda), Suhaila (Nora Danish), dan Shazrul (Nasiruddin Alaydrus). 

Hanya Suhaila dan Shazrul yang belum berkahwin tinggal bersama dengan Tuan Ariffin. Walaubagaimanapun, mereka sebuah keluarga yang rapat dan anak-anak selalu berkumpul di situ. 

Tuan Ariffin menyediakan bilik untuk semua anak-anaknya termasuklah Safura yang sudah berkahwin kecuali Salmiah yang seperti anak terbuang kerana perkahwinannya yang tidak direstui.

Adik-beradik bersepakat mahu merapatkan semula hubungan Salmiah dengan Habsah.

Tok Wan mengidap Alzheimer dan selalu membuat suasana jadi huru hara dengan perangainya. Tuan Ariffin mempunyai hubungan dengan Riana (Fatiya Latiff), seorang janda yang rumahnya berdekatan dengan masjid. 

Apabila masjid ditutup, Tuan Ariffin resah sebab tak dapat jumpa dengan kekasih hati. Habsah yang sangat fobia dengan Covid-19 sangat tegas dan tak suka anak-anak keluar rumah tanpa sebab. 

Dia sangat mematuhi SOP. Hubungan antara Tuan Ariffin dan Riana dapat dihidu oleh Shazrul. Dia berpakat dengan Suhaila untuk menggagalkan hubungan ayah dan janda itu.

Safura bergiat aktif dalam kerja amal, menghantar barang dan makanan kepada warga seni yang kurang berkemampuan. 

Setelah PKP dilanjutkan, Safura ingin mengadakan konsert secara maya bagi mengumpul dana. Suhaila pula resah dengan majlis perkahwinan yang akan diteruskan dengan pematuhan SOP. 

Sebagai seorang influencer, Suhaila kongsikan video persiapan perkahwinannya untuk tatapan peminat. Suhaila terkejut apabila suaminya, Zafrin mengambil keputusan untuk tidak hidup menumpang di Villa Angrani. 

Bagaimana Suhaila menyesuaikan diri? Tambahan lagi, Suhaila memang tidak gemar membuat kerja rumah dan tidak pandai memasak.

Kredit : https://www.myinfotaip.com/2021/03/covid-oh-covid.html

Tonton Drama Covid Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) 

drama covid oh covid

Bagi yang terlepas tonton di TV3, korang boleh tonton percuma di www.iq.com selesai saja tayangan di TV. 

Post a Comment

Previous Post Next Post