-->

Monday, 5 April 2021

author photo

Review Produk Kedai EcoTepung Segera Kek Coklat Kukus Noraini's, Sedap Ke | Salam semua, banyak sangat jenama - jenama tepung segera kek coklat moist di pasaran, sampai tak tahu mana nak dicuba dulu. Sis memang peminat kek coklat dan biasanya kalau baking kek coklat ikut resepi yang orang bagi. Kalau sedap di tekak sis memang itu lah resepi yang ulang kali akan buat. Dah sedap ikut tekak kita kan. Sebelum ini, tak pernah nak beli yang versi tepung kek coklat segera siap dalam pek atau dalam kotak. Orang kata lagi mudah sebab sekali dalam pek dah siap campur kan. Tak payah dah nak sukat bagai. 


Tepung segera kek coklat kukus


Jadi, baru - baru ini sis terjebak beli tepung kek kedai Eco, rasa ramai yang dah kenal kot tepung kek coklat segera kalau sebut kedai Eco. Mula - mula macam tak percaya jugak kedai Eco ada tepung kek coklat segera. Sebab biasanya tepung kek coklat harga pun boleh lah tahan. Tapi kedai Eco ada jual yang semua barang harga RM 2.10. Lagi satu ramai yang post di social media bagi tahu sedap tepung kek coklat kukus yang ini. 


Review Produk Kedai Eco Tepung Segera Kek Coklat Kukus Noraini's 


Tepung segera kek coklat kukus

Jenama Noraini kek coklat moist kukus, adunan tepung segera kek coklat. 3 pek sekali beli. Harga murah RM 2.10 itu yang sekali beli terus 3 pek. Lepas tu, 3 pek jugak sekali buat, malas nak simpan sebenarnya itu yang sekaligus terus buat. 


Ikut arahan belakang pek. Untuk satu pek guna 1 biji telur. Walaupun kat situ nyatakan guna air, sis saja tukar kepada susu nak guna susu cair pun ok juga. 


Atau nak guna susu kotak pun boleh. Tepung pun tak payah nak ayak dah. Sis ada buat video kalau korang nak tonton. 



Ramai yang memilih tepung kek coklat di kedai eco sebab murah kan. Nak buat pun tak renyah nak sukat bagai dah tepung. Cuma kena ikut arahan yang dia bagi untuk bahan tambahan lain macam gula, minyak, air atau susu. 


Disebabkan ini adalah tepung segera kek coklat moist kukus, jadi sis pun guna cara kukus juga. 3 pek sekali guna kena guna loyang empat segi 9 - 10 inci. Nasib baik nak guna loyang tu. Sis kukus dalam 1 jam jugak.


Hasilnya ! 

Selepas 1 jam kukus, sis perhati warna kek coklat tu, nampak macam ok gelap. Tapi bila potong baru nampak kurang warna coklatnya. Kek coklat ikut tekak sis, memang kena rasa betul - betul coklat. Baru sis panggil kek coklat. Tapi yang Noraini's, sis rasa macam kurang serbuk koko, sebab tak rasa sangat coklatnya. Ikut tekak sis lah ya, orang lain tak tahu, mungkin tekak mereka boleh terima. 


Tepung segera kek coklat kukus

Dalam gambar sebelum dan selepas dikukus 


Sis kena akui jugak harga pun RM 2.10, mampu milik nak expect lebih sebab harga pun dah murah kan. Rasa ikut cara semua macam betul dah, cuma tak berapa moist jugak. Nasib baik, sis rajin nak buat sos coklat untuk curah atas kek, baru boleh telan. Nak resepi sos coklat homemade yang sedap boleh baca sini


Sis bagi pandangan sendiri saja, Jadi, ada orang lain yang dah cuba tak Noraini kek coklat tepung segera ni ? Banyak lagi produk Noraini's yang lain. Dari semasa ke semasa sis nak cuba yang lain pulak. 


Tepung segera kek coklat kukus

Dalam gambar, kek coklat dipotong siap - siap sebelum dicurahkan coklat. Baru ke semua potongan kek disalut sos coklat. 


Baca Juga : 

1. Review Jus Dara Vogue Dengan 12 Ramuan Terpilih Untuk Wanita

2. Review Serum Dr Beau : Pengalaman Guna Untuk Kulit Berminyak Dan Jerawat

3. 10 Keistimewaan Kurma Ajwa Asli Madinah VIP Gred Premium

1 komentar:


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post