Drama Masih Ada Rindu Episod 1 Hingga 16 ( Akhir ) Slot Akasia TV3

Drama Masih Ada Rindu Episod 1 Hingga 16 ( Akhir ) Slot Akasia TV3 | Salam Semua, sudah tamat drama Sabarlah Duhai Hati, drama terbaru di Slot Akasia kali ini, Drama Masih Ada Rindu sebanyak 16 episod semuanya. Drama ini adalah diinspirasikan dari novel hasil karya Mimie Afini. Pengarah dari Osman Ali. Barisan pelakon pun tak kurang hebatnya. Ada Farid Kamil, Mimi Lana dan ramai lagi pelakon lain. Untuk info lanjut korang boleh baca di bawah. 


Drama masih ada rindu


Info Drama Masih Ada Rindu

  • Bilangan Episod: 16 
  • Waktu Siaran : Isnin Hingga hingga Jumaat, 7:00 malam
  • Siaran TV : Slot Akasia TV3
  • Penulis Novel : Mimie Afini
  • Penulis skrip : Naza Manas
  • Pengarah : Osman Ali
  • Produksi : Nuansa Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Farid kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina, Nurulazia

Barisan Pelakon Drama Masih Ada Rindu 

  • Farid kamil sebagai Hadi
  • Mimi Lana sebagai Nurul Syafika
  • Halim Radzi sebagai Imran
  • Dayang Areeda sebagai Nasya
  • Fahmi Reza sebagai Badrul
  • Aishah Ilias sebagai Syazwani
  • Kuna Muzani sebagai Zaleha

Sinopsis Masih Ada Rindu 

Drama ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang disatukan tetapi masih dibayangi dengan hubungan yang lepas, apatah lagi isterinya hidup dalam memori indah bersama arwah suaminya. Bagaimanakah mereka mengharungi dugaan dalam melayari bahtera perkahwinan itu?

Nurul Syafika mendirikan rumahtangga bersama Lukman Hakim walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha. Namun kebahagian mereka hanya sekejap, Hakim pergi meninggalkan Syafika buat selamanya. Tanpa diduga, selepas pemergian Hakim barulah Syafika menyedari dirinya berbadan dua.

Kelahiran Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan ini dikongsi bersama ibu dan ayah mertuanya dan Luqman Hadi yang telah jatuh cinta pada adik iparnya itu.

Hadi menyatakan perasaan kepada Syafika. Namun, Syafika masih belum pasti perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam.

Suatu kejadian membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi.

Tonton Percuma Di WeTV

Drama Masih Ada Rindu boleh tonton percuma di WeTV Episod 1 Hingga 16 ( Akhir )

Post a Comment

Previous Post Next Post