-->

Sunday, 3 October 2021

author photo
Resepi Kek Strawberry Yogurt Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan | Salam semua, kek ni kalau pandai olah letak bahan apa pun tetap jadi kek jugak. Setiap kali bereksperimen buat kek letak itu ini, ada yang jadi dan tak jadi. Banyak jugak sis buat kek letak bahan yogurt. Bila letak yogurt dalam adunan kek, memang tekstur kek lembut sangat. Yogurt ni banyak jenis.

kek strawberry yogurt

 Ada sis beli tertukar ambil greek yogurt masam sangat. Jadi, terfikir nak buat kek. Maka terhasillah kek strawberry yogurt mudah dan sedap. 

Rasanya tak kisah korang nak guna yogurt perisa yang mana pun. Yogurt kan dah macam - macam perisa sekarang. Walaupun kek ni tak nampak berwarna merah jambu. Kalau letak pewarna nampak sikit rupa pink. Rupa kek lebih kurang macam kek butter. 

Tapi sedap sebab lembut tekstur kek ni. Selamat mencuba. 

kek strawberry yogurt

Resepi Kek Strawberry Yogurt Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan


Bahan - Bahan 
12 sudu besar mentega
1 cawan gula halus
3 biji telur (gred A) pada suhu bilik
1 sudu teh ekstrak vanila
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1 cawan greek yogurt ( strawberry flavored )
1/4 cawan madu

Cara - Cara 
1. Tepung gandum, baking powder , baking soda di ayak. dalam mangkuk berlainan, kacau yogurt dan madu.

2. Kemudian putar gula dan mentega sehingga nampak kembang dan pucat sikit. masukkan telur sebiji lepas tu sebijikk. Putar sampai nampak lagi kembang dan sebati. lepas tu masukkan vanila.

3. Masukkan tepung sikit sikit ya diselang - seli dengan campuran yogurt dan madu sampai habis. nampak adunan sebati, boleh stop.

4. Lapik dasar loyang 9 x 9 " inci dengan baking paper, tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 35 ke 40 minit. nanti cubalah cucuk dengan lidi satay, nampak clean tu dah boleh bawa keluar dari oven. kalau tak masak lagi tambah masa lagi.

5. Dah masak ,boleh bawa keluar dan sejukkan sekejap  dalam 10 minit sebelum telangkupkan atas redai untuk disejukkan.

Baca Juga : 

This post have 12 komentar

avatar
Ana Suhana delete 8 April 2017 at 21:28

Gebunya kek tu. Mesti sedap. Nyum nyum 😋😋

Reply
avatar
Ana Fatihah delete 9 April 2017 at 00:39

Gebusnyaaa nampak kek nih. Malam2 tengok makanan memang melelhlaa jawabnya.. Huhu <3

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 9 April 2017 at 09:43

ehhh sedapnyaa. thanks for resepi kak wani :)

Reply
avatar
Adam delete 9 April 2017 at 13:14

Saya nak cuba buat. Jadi atau tudak saya tak oeduli. First time nak cuba.

Reply
avatar
Izzati Haniff delete 9 April 2017 at 14:23

blh dop mso nk wt kek oyk, nk g mkn free. hahaha. trliur la, sdknyo :)

Reply
avatar
Seorang Syed delete 10 April 2017 at 16:19

Saya dah la suka yogurt. mesti sedap kek ni kan huaaaa nak rasa.

Reply
avatar
Unni anje delete 12 April 2017 at 12:00

SEDAPNYA POST SABAH PLZ...... hihihi

Reply
avatar
Nour Adieb delete 14 April 2017 at 19:24

Nampak sodap & menyelerakan 😍 kalau sy nak try buat, kena ada my mom di sebelah

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 18 April 2017 at 12:37

Lama tak masak kek.. teruja lak nengok kek wani nie.. gebu gebas..

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete 18 April 2017 at 13:23

aduhaaai.. lagi tergoda macam ni.. ehhee.. CT suka gak baking tapi
kemalasan mengatasi segalanya..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post