-->

Tuesday, 14 December 2021

author photo
Cara Buat Gulai Kawah Daging Sama Macam Tempat Kenduri | Salam semua, siapa yang rindu nak makan gulai kawah macam tempat kenduri, korang patut cuba lah resepi ni. 

Setiap kali pergi ke kenduri kahwin, menu gulai kawah daging memang wajib. Macam lain kalau tak ada gulai daging kat tempat kenduri. 

gulai kawah

Kelainan untuk gulai kawah, ada rempah gulai kawah khas untuk masak. Kalau korang pernah pergi ke kenduri kahwin di Kelantan. Biasanya gulai kawah ada masukkan umbut kelapa. 

Kadang - kadang ada yang masukkan buah ara. Pernah makan tak ? Gulai kawah kat tempat kenduri rasanya lebih sedap sebab cara masak tu dicampurkan dengan daging dan tulang lembu. 

Kadang - kadang campurkan semua dengan perut, limpa dan hati lembu. Sebab tu lah rasanya lagi sedap. 

Kalau buat sendiri secara homemade ni, mungkin rasa agak lari sikit. Ya lah nak cari mana tulang lembu kan. Kalau tak ada stok, guna lah daging saja. Kalau ada tulang lembu lagi sedap.

Lagi bagus guna daging lembu segar. 

Yang sis buat daging gulai kawah, sis ada campur dengan barang dalam seperti hati lembu. Rempah pun guna rempah gulai darat. 

Rempah gulai darat tu kalau nak cari, cari lah di Shopee. kalau nak rasa nasi gulai kawah macam mana, korang cuba lah buat gulai kawah ni. 

Resepi Gulai Kawah Daging Kelantan Sama Macam Tempat Kenduri 


Bahan - Bahan 
Daging cincang 1/2 kg ( guna daging yang dihiris sederhana besar ) 
Santan pekat 1 cawan
Air masak secukupnya
2 labubawang merah besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
5 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
5 tangkai cili kering
2 sudu besar rempah gulai darat
1 sudu kecil rempah kerutup
Air asam jawa
Nise 1 - 1 1/2 keret (sama fungsi dengan gula merah/gula melaka. kalau takde gula biasa pun boleh)
garam buku

Cara - Cara 
1.Daging cincang direbus hingga empuk. Bawang merah dan bawang puteh dicincang halus. Cili
kering direndam kemudian dimesin dengan halia, lengkuas, kunyit hidup dan serai.

2.Tumis bawang merah dan bawang puteh. Bila dah agak kekuningan dan wangi, masukkan bahan yang dimesin.

3. Masak sampai sebati dengan minyak. Kemudian masukkan rempah gulai darat serta rempah kerutup tadi. Kacaukacau biar jangan hangit.

4. Masukkan sedikit air untuk mesrakan kesemuanya.

5. Biar rempah betul betul masak dan bertukar warna jadi agak gelap sedikit baru masukkan daging beserta dengan air rebusan daging. Masak dengan api yang kecil.

6. Masukkan santan. Tidak lama lepas tu masukkan air asam jawa. 

7. Terus memasak dengan api yang kecil. Akhir sekali perisakan gulai dengan nise serta garam. Alhamdulillah dah siap pun gulai kawah.

Kredit resepi : matahati-mama.blogspot.com

Baca Juga : 

This post have 2 komentar

avatar
Unknown delete 11 October 2014 at 19:54

Salam wani aduss tengok gulai ni mmg best sngt macam2 ada dlm gulai ni kan

Reply
avatar
Amie delete 11 October 2014 at 20:01

Waduh enaknya! Nak bawak larik semangkuk!

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post