-->

Thursday, 9 December 2021

author photo
Cara Nak Pilih Ayam Segar Supaya Tidak Terbeli Bangkai Ayam  | Rasanya masih ramai yang tidak tahu cara nak pilih ayam segar di pasar. Kita sebagai pembeli mesti kena berhati - hati. Risau, nanti bawa balik bangkai ayam. 

Kadang - kadang ada penjual jual ayam yang telah dibekukan. Jadi, kena ada ilmu sikit bila ke pasar nak beli ayam. 

Cara nak pilih ayam segar

Jangan terbeli bangkai sudah walaupun dah togel tak ada bulu. Walaupun dah kena sembelih. Risau betul kalau bab tu kan, jatuh haram dah makan.

Sebab itu sis kalau pilih bahan mentah, memang lama betul tilik satu - satu. Kita yang bayar kan, mestilah nak yang segar. Harga ayam segar sekarang bukan main mahal kan. 

Ramai yang beli ayam tanpa periksa keadaan ayam di pasar atau pasaraya. Kena peka tengok tanda ayam rosak macam mana. 

Mungkin disebabkan tiada pengetahuan. Sebagai umat Islam, apa yang dimakan akan menjadi darah daging dan apa yang dimakan akan dipersoal kelak.

Jadi hari ni, kita nak kongsi sedikit tips pilih ayam segar. 

Kenal Pasti Tanda Ayam Rosak


1. Perubahan warna

Periksa warna ayam terlebih dahulu sebelum dimasak. Ayam yang segar mempunyai warna merah jambu dan apabila ianya rosak warna tersebut akan bertukar menjadi pudar.

Selain itu, warna ayam yang rosak tidak akan menjadi putih walaupun dicuci dan dibersihkan.

2. Bau yang kuat

Bau yang kuat itu merangkumi bau yang busuk, masam dan juga bau amonia.

3. Berlendir dan melekit

Pada asasnya, ayam sememangnya mempunyai lendir dan lendir ini akan hilang setelah dicuci dan dibersihkan. 

Namun, lendir pada ayam yang telah rosak tidak akan hilang lendirnya walaupun dicuci dan dibilaskan air kepada ayam tersebut. Daging ayam terasa sangat melekit.

4. Ais yang berketul pada ayam yang dibekukan

Untuk ayam yang telah disimpan dan dibekukan, apabila terdapat lapisan ais yang tebal pada ayam tersebut menandakan bahawa ayam itu dalam keadaan tidak bagus dan tidak sesuai untuk dimakan. 

Ini juga boleh dikatakan masalah daripada segi cara penyimpanan ayam tersebut.

5. Bau ayam yang kuat ketika proses memasak

Bau ayam ketika proses memasak juga boleh menjadi tanda bahawa ayam tersebut dalam keadaan baik untuk dimakan atau sebaliknya. 

Ayam yang telah rosak akan mengeluarkan bau seperti telur busuk atau belerang ketika proses memasak dilakukan.

Sumber : https://siakapkeli.my/2020/08/21/5-tanda-ini-perlu-diperhatikan-jika-ada-daging-ayam-disimpan-tak-lagi-sesuai-dimasak-dimakan/
  

Cara Pilih Ayam Segar Supaya Tidak Terbeli Bangkai Ayam 

cara nak pilih ayam segar

Terdapat beberapa kriteria ayam yang dijual.

Melalui keadaan ayam, kita boleh lihat dan pilih ayam yang betul - betul mengikut hukum syarak.

Kalau nak pilih ayam, pastikan ikut 6 tips di bawah :

1. Bontotnya Putih

*Bontot putih – Ayam diproses selepas ayam betul - betul mati

*Bontot merah – Ayam diproses sebelum ayam itu mati, contoh cabut bulu masa masih hidup

*Bontot biru – ayam yang sudah mati baru sembelih (bangkai)

2. Tiada Tanda Lebam Atau Kebiruan 

Kalau pilih ayam yang siap dipotong pilihlah ayam bulat atau bahagian ayam tak ada tanda lebam atau kebiruan kerana ayam yang ada tanda tersebut memang ayam mati sebelum disembelih.*

3. Warna Ayam

Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah - merahan adalah ayam yang segar.

Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.

4. Tekstur Ayam 

Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.

Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.
Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin.

Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.

5. Darah Ayam 

Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. 

Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

6. Bau Ayam 

Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.

Cara Penyimpanan Ayam Segar Dengan Betul 

Bila dah tahu cara nak pilih ayam segar. Nak simpan dengan cara yang betul pun kena tahu jugak. Kalau beli saja yang segar tapi tak simpan dengan betul ayam tak jadi jugak. 

Kalau sebelum ni selalu beli ayam tak tahan atau selalu beli ayam, cepat dah bau walaupun letak dalam peti ais?  Di sini, ada tips cara penyimpanan ayam segar.

Ini cara caranya :

1. Sebaik saja membeli daging ayam, cuci segera dengan bersih kerana ayam yang dijual adalah terbiar tanpa ais.

2. Ada petua mencuci daging ayam menggunakan tepung atau asam jawa untuk mengelakkan bau hanyir.

3. Sebaiknya simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti ais.

4. Suhu simpanan ayam bagi bilik sejuk (cold room) ialah -15 darjah Celcius, Ikan -18 darjah celsius, Daging segar -5 darjah celcius.
 
5. Jika membeli ayam sejuk beku (frozen), pastikan ayam tersebut dibungkus rapi dan tidak mempunyai bahagian ayam yang telah lembut dan cair dari pembekuan.

6. Elak menyimpan kembali di dalam peti sejuk untuk pembekuan semula kerana proses ini menggalakkan pembiakan bakteria yang bahaya seperti salmonella akan menjadi sangat aktif apabila tiba-tiba suhu kepanasan berubah tinggi.

7. Jangan cairkan ayam beku pada suhu bilik (Room Temperature) iaitu membiarkan cair didalam sinki atau pun didapur. 

Kecairan (deforosting) perlu dilakukan didalam peti sejuk bahagian dingin (refrigerator).

8. Ayam yang segar perlu masak selepas 12 jam di sembelih dan dibersihkan.

9. Ayam segar sekiranya disimpan dalam peti sejuk perlu digunakan dalam tempoh dua hari saja.

10. Beli jumlah ayam yang hanya perlukan untuk masak. Jangan simpan ayam sejuk beku yang dibeli di pasar raya dalam keadaan lembut atau cair. 

Sekiranya ingin membeli untuk simpan, beli yang sedia telah dibekukan. 

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat mendidik diri kita dengan ilmu yang betul nak pilih ayam segar. Bukan mudah sebenarnya. Sis pun kadang - kadang ada juga lalai sikit. 

Yang penting beli ayam ikut keperluan. Beli buat simpan jadi stok ni risau, takut tak ingat dalam peti dah ada, lepas tu beli lagi. 

Baca Juga : 

This post have 3 komentar

avatar
Siti Awadah delete 29 May 2019 at 16:33

nice sharing... berebut2 gak... jgn main rembat je kan kak wani

Reply
avatar
Sunah Sakura delete 29 May 2019 at 23:22

wahh thanks wani! kadang2 bukan hari raya pun, kena pandai juga tengok ayam tu segar ke tak...

tapi kalo raya kat kedah, ayam da jadi kuning semua...hahahaha

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post