29 Jun 2019

author photo
Cafe Hostel Pantai Menyediakan Menu Masakan Thai Original Yang Pastinya Sedap Dan Memikat Selera || Salam semua, baru - baru ini, kita ada pergi jalan - jalan cari makan di satu cafe yang namanya "Cafe Hostel Pantai". Jarang sangat kita buat review pasal makan - makan kat tempat sedap kan.

cafe hostel pantai

 Kebetulan jer ni, adik balik mengidam nak makan macam - macam dia, dah la balik lambat nak beraya kat kampung. Dia ada cerita la yang Cik Epal tu ada jalan - jalan kat Kelantan. Siap tunjuk - tunjuk video Cik Epal pergi makan kat mana.

Siapa peminat Cik Epal kat sini. Mesti ramai ini, Entah lah adik kita sorang ni minat sangat dengan Cik Epal :D. Makan kat sini sebab review daripada Cik Epal la ni. Sedap ke tidak. Jom sama - sama baca review ikhlas dari kita ya.

Nama Cafe Hostel Pantai ni tak sure jugak kenapa, tapi drive lalu nak masuk ke cafe ni ternampak hostel pantai. di sebelah cafe ni. Memang kalau orang tak biasa dengan jalan memang sesat, sebab cafe ini tersorok dalam sikit, dah la dari jalan utama, masuk jalan - jalan kampung pulak.

cafe hostel pantai

Cafe Yang Full House Penuh Orang 

Cafe ni kalau ikutkan buka pukul 3.30 petang. Itu pun pergi lewat sikit, sampai - sampai cafe dah penuh orang. Terkejut den. Itu lah sepatutnya kena bertolak awal sikit, kalau tak nak tercari - cari meja. Ini pun nasib ada meja kosong muat lah dalam 4 orang duduk. Kat sebelah tu pasangan suami isteri dan anak kecil.

Beranikan diri nak tanya, kot ada orang, sekali si suami tu cakap tak ada orang, dia siap pelawa duduk lagi. Allah syukur sangat. Full house sungguh cafe ni, Masa nak parking, mata ni dah jeling- jeling sebab perasan macam ramai sangat kot tak ada meja nak duduk huu.

Sebab ada yang parking sebelah kami macam pergi sekejap kat cafe tu kemudian datang balik kat kereta, kemudian drive pergi. Alhamdulillah kali ini ada rezeki kami.

Pandang sekeliling, orang tengah khusyuk makan. Kecik sungguh cafe ini ingatkan, luas tak padan dengan orang tak putus - putus datang. Atap pun zink, bermandi peluh sekejap walaupun kipas ada tapi jauh sikit. Kita duduk kat tempat yang open ni, tapi tak tahu lah kot sebelah dalam ada lagi.  Orang sanggup datang sini dah dengar menu pun sedap - sedap kan.

cafe hostel pantai

Menu - Menu Yang Diorder Di Cafe Hostel Pantai 

Ohh sebelum terlupa ya, cafe ini memang terkenal dengan menu masakan thai. Nak tahu sejauh mana autentik ke tidak menu - menu ini semua. Nanti baca :D.

Menunggu pun tak lama duduk sekejap,ada adik datang bawa menu yang nak diorder. Baca ke menu semua sedap - sedap tak tahu mana nak pilih. Di sini memang terkenal dengan daging harimau menangis. Walaupun banyak menu lain yang sedap - sedap, ada 5 menu sahaja yang kami pilih.  Nak tahu apa yang kami order di cafe ini.

1. Udang Goreng Telur Masin 
2. Daging Bakar Harimau Menangis 
3. Seafood Goreng Mabuk 
4. Tom Yam Merah Camput
5. Miang Talapia Goreng

cafe hostel pantai

Makanan pun cepat sampai tunggu sekejap jer, faham dengan ramai orang ni nak siapkan masakan tu ambil masa juga, ingat kan takut lambat sebab nampak macam ramai orang. Ambil bau pun dah tahu bau thai sangat hii. Tak boleh nak pilih rating mana satu menu yang paling sedap, ke semuanya sedap. 

Jom nak perkenalkan menu. Tanya jugak adik tu menu apa yang paling famous kat sini yang biasa orang order, dia cakap la Miang Talapia goreng, tak ingat dah masuk miang tu apa, ni bukan makan "miang" satu lagi tu ya :D. 

cafe hostel pantai

1. Miang Talapia Goreng 

Cantik sungguh presentation miang talapia goreng ini dalam dulang. Nampak green penuh dengan ulam, ikan talapia memang digoreng garing dan ada juga dipping sauce iaitu sos pencicah hijau yang sangat sedap, kita syak mesti ada letak daun ketumbar juga dalam tu. Dengan rasa masam, masin dan manis dan pedas bila cicah dengan isi ikan talapia memang meletup - letup dalam mulut. Terlajak sedap weh !. Memang direkomen untuk korang cuba ya. 

cafe hostel pantai

2. Daging Bakar Harimau Menangis

Dulu - dulu dengar daging bakar harimau menangis, terfikir - fikir sedap tahap mana ni, orang viral kata sedap sangat. Sebaik saja sampai daging bakar harimau menangis depan mata, drooling habis dah ni tak sabar nak  cicah, Sos pencicah tu nampak menarik sangat kemerahan sebab ada letak serbuk lada, dan pekat sikit sebab ada letak beras sangai tumbuk.

Rasanya sudah tentu masakan Thai kan kena ada elemen masam, masin, manis dan pedas.  Terbayang - bayang dah ni,  kena repeat ke macam mana ni. hii

cafe hostel pantai

3. Tom Yam Merah Campur

Tom yam pekat molek, dengan rasa yang seimbang, memang sedap lah. Kalau orang Kelantan panggil, "nyakut molek". Tom yam ni ada seafood dan ayam. Bertambah makan nasi kalau ada tom yam

cafe hostel pantai

4. Seafood Goreng Mabuk

Tengah cari menu yang sedap, terpandang lah menu seafood goreng mabuk. Bila dengar nama menu ni dengar perkataan mabuk tu terfikir mabuk macam mana :D. Not bad jugak sedap, lebih kepada bau daun selasih banyak dan ada biji lada hitam segar diketuk rasanya lada hitam dah tu. Masakan Thai kan tak lari kena ada daun limau purut.

cafe hostel pantai

5. Udang Goreng Telur Masin

Udang telur masin sedap weh, makan ratah gitu jerr. Secukup rasa.

Itulah sedikit sebanyak review yang ikhlas, dengan menu yang diorder. Total berjumlah RM 90 3 orang makan, itupun dah kenyang perut rasa kena tambah untuk 4 orang makan. Alhamdulillah kenyang perut, menu ke semua sedap, pastinya yang menu lain yang tak cuba lagi mesti sedap jugak.


Tak apa nanti lain kali kita repeat pulak. Persekitaran okay cuma ramai orang sikit ni, kena pergi awal - awal, kalau tak pun tunggu la sekejap pelanggan sudah makan ke. Tempat parking pun luas.

Layanan okay, sebab ni bawak budak kecik banyak kerenah sikit.

Cafe Ditutup Pada Hari Selasa 

Cafe ditutup pada hari Selasa ya, ingat tu, takut salah datang, tengok kedai tutup. Tuan kedai nak berehat jugak.

Lokasi Cafe Hostel Pantai 

Buat sesiapa yang nak jalan - jalan di Kelantan nak cuba makan di Cafe Hostel Pantai, berdekatan dengan Kem Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

Ini link facebook page Kafe Hostel Pantai >>> kafe hostel pantai

Jemput tonton video di bawah ya. Jeliro sungguh menu - menu. :). satu meja hari tu penuh dengan seafood. Nak rasa masakan thai original, jemput datang sini, semestinya korang akan teruja nak makan.


Baca sini >>> Kota Bharu Lunch Box Delivery Dengan Pelbagai Menu Western Dan Korea Yang wajib Dicuba ( Murah & Sedap )
Baca sini >>> Perisa Flavoured Milk Tea Dari Cool Blog Sangat Sedap, Patut Cuba
Baca sini >>> Nikmati Sarapan Pagi Nasi Lemak Sambal Strawberry Di Abang Strawberry Cafe Di Cameron Higlands.html

This post have 2 komentar

avatar
Nadia Johari delete 14 Julai 2019 2:33 PG

miang talapia tu nampak sedapp..kat kelantan ke

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram