-->

Tuesday, 1 December 2020

author photo
Resepi Kari Ikan Nyonya Paling Sedap Guna Ikan Kembung | Sebenarnya pelbagai resepi kari ikan yang ada di Malaysia. Nak lagi sedap makin banyak lah rencahnya. Tapi itu lah kadang- kadang sis masak pun yang paling simple nak lagi sedap ada lah bahan tokok tambah kena tambah. Untuk ikan yang diguna tak kisah ada guna ikan kembung, ikan tenggiri, ikan jenahak asalkan nama ikan. 

Resepi kari ikan nyonya

Kari ikan ada yang letak santan ada yang tak letak. Terpulang atas masing - masing. Kalau nak rasa berlemak letak lah santan. Yang kari ikan ini memang letak santan. Penggunaan halba campur tu yang menaikkan lagi rasa kari ikan. 

Serbuk kari ikan yang mana kegemaran korang ya. Sis guna ni tak kisah yang jenama Adabi, jenama kampung pun semua dah cuba guna. Asalkan nama serbuk kari ikan. 

Nak cuba resepi kari ikan nyonya yang sedap, jom cuba resepi di bawah ya. Tak semestinya ikan mahal - mahal, guna ikan kembung pun boleh. 

Resepi Kari Ikan Nyonya Paling Sedap Guna Ikan Kembung


Bahan - Bahan
4 ekor ikan kembung disiang dan dicuci bersih
8 ulas bawang merah dikisar
2 inci halia dikisar
2 batang serai dikisar
1 biji tomato dihiris kasar
5 tangkai daun kari
2 kuntum bunga kantan dibelah 4
6 biji bendi
3 biji tomato dibelah 4
2 camca besar halba campur ( jintan manis, jintan putih, halba dan biji sawi )
4 camca besar serbuk kari ikan
1 camca kecil serbuk kunyit
1 camca besar serbuk cili
2 tangkai cili hijau dibelah 2
3 keping asam gelugur
500 ml santan pekat
300 ml air asam jawa
50 ml minyak masak
Garam secukup rasa

Cara - Cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dam daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan halba, serbuk kari ikan, serbuk kunyit dan serbuk cili. tumis seketika sehingga wangi.
3.Masukkan sedikit air, asam gelugur, bunga kantan, bendi dan tomato. Apabila mendidih, masukkan ikan, santan, air asam jawa dan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan bendi dan cili hijau. Jika terlalu pekat, tambahkan air.

Baca : Petua Masak Asam Pedas, Kuah Tak Cair Dan Tak Pekat










This post have 6 komentar

avatar
Amie delete 3 June 2013 at 15:50

Sedapnya buat lauk makan tengahari ye Wani... dah cukup lengkaplah tu siap dengan tomato & bendinya sekali, tak yah dah cari lauk lain.

Reply
avatar
Qhaifa Nur delete 3 June 2013 at 16:18

hari-hari makan pun tak kisah he..he..
sedapnya kari...

Reply
avatar
Sweet red cherry delete 3 June 2013 at 18:33

salam wani..

sedapnya lauk..kalau makan ni memang tambah nasik..heheh..

Reply
avatar
suryabil delete 4 June 2013 at 00:20

Dappp nya kari tu...menguda je..:-)

Reply
avatar
rahel delete 4 June 2013 at 16:13

Salam Wani...
Kalau yg namanya hidangan kari tak kira la kari ayam ke kari daging k kari ikan k semua kita suka...cepat laku...hihi

Reply
avatar
fizalinolie delete 1 December 2020 at 13:22

3 in 1 dah tu. Satu menu lengkap nutrisinya. Terliur pulak tengok lagi² Fiza sejenis yang suka makan menu kari ikan. Nanti boleh try resepi wani ni. Thanks kerana berkongsi resepi.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang