Friday, 20 July 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

tips untuk menghilangkan getah nangka

TIPS UNTUK MENGHILANGKAN GETAH NANGKA || Musim buah macam - macam jenis buah sekarang. Bersyukur lah di atas nikmat yang Allah bagi kan. Topik dah masuk petua dapur dah hii. Maklumlah kan musim buah sekaligus masak. Bercakap tentang buah nangka, bukan penggemar sangat. Lama dah tinggal makan nangka, entah kenapa dah macam alergik pun ada hii. Makan macam tu pun tekak tak boleh masuk. Kalau buat pengat pun tak makan jugak. :D.  Tapi kat rumah memang ada sepohon pokok nangka ni. Rajin juga pokok nangka yang satu ini berbuah, Setiap kali berbuah, memang bagi kat jiran - jiran. Memang tak habis nak makan lah. Ada peminat nangka tak  kat sini.

Tunjuk buah nangka di pokok. Ada sejengkal lagi nak mencecah kat tanah



Hari itu kebetulan nangka masak, abah terus ambil bila dah mula  bau tu, takut sempat monyet pula datang ambil nangka hii. Sekitar rumah memang tempat monyet bermain sebab belakang tu hutan. Selalunya, bonda lah yang bersihkan nangka. Nak ambil isi nangka ni bukan senang kan dah tahu getahnya tu bila mula melekat kat tangan habislah. Sebenarnya, baru tahu yang minyak zaitun boleh hilangkan getah nangka, getah cempedak pun boleh. Disebabkan, bukan peminat nangka tak berapa nak ambil tahu, haaa. Biasanya kalau nak hilangkan getah nangka ni,Wani guna minyak tanah jerr.

Tapi itu lah nak cepat guna minyak tanah, nak guna minyak masak tu boleh tapi lambat dan tak berapa nak hilang getahnya. Tapi minyak tanah tu baunya kuat sangat nama pun minyak tanah. Itulah susahnya sikit.

HILANGKAN GETAH  DENGAN MINYAK ZAITUN 
Masa hari kebetulan nak ambil isi buah cempedak, tangan terkena getah cempedak, Mula lah Wani tanya sudah lah bergetah dah tangan ni, masa tu lah bonda  cakap pergilah ambil minyak zaitun tu. hilang juga getah nangka tu, Kali pertama dengar macam tak percaya, tapi bila dah tonyoh semua di tangan, memang betul lah hilang getah cempedak. Minyak zaitun memang selalu dalam stok. Sekiranya korang ada minyak zaitun, boleh guna tips ini. Jarang - jarang sekali makan cempedak, bila musim dia memang berguna lah petua ini, daripada guna minyak masak tu, lagi bagus guna minyak zaitun. hii. Memang hilang getah. Berdasarkan pengalaman.

Guna minyak zaitun, ia tak lah macam berbau sangat macam minyak tanah, sihat pun sihat untuk kulit, sebab sambil mengurut  tangan kita sekali kan :D.

Ada lagi tak tips lain, nanti kalau korang tahu boleh kongsi. :)

This post have 5 komentar

avatar
Ciktie delete 20 July 2018 at 22:24

Oo..tak pernah tahu pun. Selalunya guna minyak masak je

Reply
avatar
Cik Renex delete 21 July 2018 at 01:50

Tips yg bagus. Thanks 4 sharing

Reply
avatar
At-Tarmizi delete 21 July 2018 at 19:21

terima kasih atas perkongsian =)

Reply
avatar
Farhana Jafri delete 22 July 2018 at 10:43

dari dulu guna minyak masak je kalau kena getah nangka

Reply
avatar
Warisan Petani delete 25 July 2018 at 21:49

Jarang2 ada stok minyak zaitun.
jadi gunakan minyak goreng aje.
Sebelum memotong buah nangka tu, sapukan minyak goreng pada pisau.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang