Cara Buat Homemade Pes Tomyam Thai Yang Sedap

Salam semua, pernah terlintas dalam fikiran nak buat sendiri homemade pes tomyam tak ? 

Sebelum ini, sis sendiri tak pernah nak buat sebab mudah dapat kat kedai dan senang tak adalah bersilat kat dapur semata - mata nak sediakan pes tomyam homemade

Tapi rasanya tak salah kalau kita nak cuba buat sendiri, mana tahu lagi sedap dari beli dalam botol yang dah siap.

Sekarang ni banyak juga pes tomyam di pasaran, terutamanya pes tomyam Thailand yang digemari ramai. 

pes tomyam

Dah lama cari resepi  homemade pes tomyam, akhirnya terbuat juga. Lama juga simpan dalam peti sebelum guna. 3 minggu ke tak silap. 

Lagi lama peram pes ni lagi sedap. Buat awal - awal simpan dulu bagi pes ni semua bahan sebati. Kalau sebelum ni beli jugak la pes tomyam. 

Biasa sis suka beli jenama Adabi ataupun Nona. Sebelum ni ternampak juga orang post pasal pes tomyam.  Hajat dalam hati nak buat sendiri. Tak sangka sedap. Sis dah buat tomyam guna pes. 

Nanti sis kongsikan entri akan datang. Memang sedap. Berbaloi buat sendiri. Kadang - kadang ada resepi, blend bahan lepas tu tumis terus pun ada. Macam - macam resepi tomyam. 

Tapi apapun, resepi tomyam bagi sis suka letak sekali harung lepas tu baru letak atas dapur. Tak ada tumis - tumis dah. 

Oklah ya jom semak resepi, resepi ni lupa dah dalam perkongsian group rasanya, terima kasih penyumbang resepi, panjangkan kat sini.mintak halalkan. 

Bila dah sekali buat ni dan nampak tomyam pun menjadi, sis rasa tak nak dah beli pes tomyam yang dah siap kat kedai.

Kalau rasa tak sibuk boleh la buat sendiri kan. Sis rasa homemade pes tomyam ni baik buat dulu dan simpan lama sikit sebelum guna. Biar semua bahan tumis tu mesra. Semua orang kata sedap.

Bagi sis, inilah resepi pes tomyam Thai paling sedap setakat ini. Tengok dalam resepi ni baru tahu apa rahsia pes tomyam yang sedap. 

Resepi ni korang boleh gandakan kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak. Kalau rajin buat tak payah dah nak guna perencah tomyam di pasaran. 

Cara Buat Homemade Pes Tomyam Thai Yang Sedap

Bahan - Bahan 
2 biji bawang besar ( tambah 1 labu )
4 biji cili merah ( guna lada burung )  
10 tangkai lada kering
2 inci lengkuas
4 batang serai 
2 sudu besar udang kering ( wani tambah )
6 helai daun limau purut 
2 inci belacan dibakar
Air asam jawa, gula dan garam

Cara - Cara 
1. Kisar semua bahan kecuali air asam jawa, gula dan garam bersama sedikit air.
2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.seimbangkan rasa masam, manis dan masin. Masak sehingga pecah minyak dan menjadi pes.
4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.perencah boleh disimpan. Kalau nak guna, keluarkan dari peti dan biar dalam suhu bilik sebelum guna.

Nota
Sis ada masukkan tambahan sos ikan secukup rasa  dalam pes. Masukkan sos ikan masa letakkan air asam jawa. Air asam jawa tu nak bagi masam, dalam resepi tak ada sukatan.

Jadi, pandai - pandai lah jangan terbanyak sangat, dan ada perah jugak jus limau nipis. Dah banyak tokok tambah dah bahan nak bagi sedap.

Tunggu apa lagi, jom cuba buat cara mudah buat pes tom yam homemade macam dalam botol  tu. 

Baca Juga : 















3 Comments

  1. senang kan wani, buat siap2 pes tomyam ni :)

    ReplyDelete
  2. Wow membantu sangat entri ni :) Syaza pun selalu beli je pes tomyam huhu. Bolehlah lepas ni buat sendiri. :) Terima kasih Cik Puan Wani Sukarno! love xx

    ReplyDelete
  3. wah menarik.. boleh cuba bila ada peluang nanti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post