Cara Masak Sagu Biji Dengan Sukatan Air Yang Betul | Tutorial Bergambar

Cara Masak Sagu Biji Dengan Sukatan Air Yang Betul | Tutorial Bergambar | Salam semua, biji sagu banyak jenis dan ikut saiz juga dan bermacam warna. Selalu sis beli sagu yang jenis saiz kecil. Biasa buat sagu gula melaka guna sagu yang saiz bulat - bulat kecik. Sagu sebenarnya ada cara masak sagu yang betul. Nak pastikan tak terlembik dan tak tak keras. Dulu tak berapa pandai juga nak masak sagu. Lepas try and error,tips macam ini lah yang buat sampai sekarang untuk cara masak sagu biji.

Ada orang dia tak basuh sagu selepas masak. Terus tuang dalam bekas nak sejukkan. Kalau buat macam ini boleh jugak, tapi berlendir sangat lah. Lagipun, bila panas - panas nak sejukkan dalam bekas, biji sagu tu dah tak nampak dah. Ia jadi macam lembik. 

Kalau basuh dulu sagu sebelum tuang dalam bekas nak sejukkan biji sagu tu nampak cantik, lagipun yang lendir - lendir dia tu hilanglah dah kita basuh, sambil sejukkan biji sagu tu tak nak bagi terlalu kembang. Faham kan

Ok lah, ini tips mudah untuk masak sagu. Dah tahu tips  macam ini tak nak buat yang lain dah. Tak tahu lah takut kalian ada tips yang lain kan. Mana lah tahu.

Cara Masak Sagu Biji Dengan Betul 


Bahan - Bahan 
1 cawan sagu
3 cawan air
5 titis pewarna sirap ros ( kalau nak nampak merah tambah lagi ya )

Cara - cara boleh rujuk gambar - gambar di bawah : 

#Langkah 1 


Cara Masak Sagu Biji Dengan Sukatan Air Yang Betul

Untuk biji sagu,  sis memang tak basuh. Yang pertama kita buat dulu, sukatan air untuk masak sagu. Untuk  satu cawan sagu adalah 3 cawan air. Panaskan air sampai mendidih. Sebelum itu titiskan pewarna ros sirap.

Tutuplah periuk tu nak cepat didih kan. Selepas didih, buka tudung periuk, ambil senduk dan kacau putarkan air sambil tangan kiri pegang senduk sambil tangan satu lagi tuangkan sagu ke dalam periuk ( gambar tak ada sebab tak ada tukang yang nak ambil gambar )

Kenapa buat macam tu ? Sebab tak nak sagu tu bergentel. Sagu ni macam gam, sentuh air panas sikit dah melekat. Kalau buat cara macam ni. Sagu tu sekata tak melekat sebab masa kita masukkan dalam keadaan air memutar. Cakap dah macam eksperimen sains.  Kalau nak letak terus pun boleh lambat kacau, kekadang ia bergentel sana sini.

Gambar atas yang dah kacau, sagu tak nampak ya. Dah lah air merah, sis guna pewarna air sirap.

#Langkah 2 


Cara Masak Sagu Biji Dengan Sukatan Air Yang Betul

Cara rebus sagu supaya cantik kena lah kacau sekali -sekala. Tak nak melekat kat dasar periuk. Kena kacau jangan tak kacau dok diam dalam tu tak jadi kerja lah.

#Langkah 3 


Cara Masak Sagu Biji Dengan Sukatan Air Yang Betul

Yang ini sagu dah nampak, dah mendidih nampak pekat sambil- sambil kacau kan. Sagu ni ada orang suka nampak sagu mata ikan, ada orang tak suka. Bagi wani tak kisah, tapi untuk tips ini, bila dah nampak sagu mata ikan macam ni terus tutup api.

#Langkah 4 


Cara Masak Sagu Biji Dengan Sukatan Air Yang Betul

Ambil tudung periuk dan terus tutup periuk, kenapa tutup.? Sebab bila tutup haba kepanasan dalam periuk tu akan memasakkan lagi sagu. Nak mata ikan ke tak nak mata ikan juga pun boleh. Tapi wani tak syorkan lama-lama nak tutup, sebab takut sagu terlembik, tutup dalam 2- 3 minit dah ok.

Kalau nak tengok sambil -sambil buka tudung tu boleh jugak, sambil senduk buka kacau sekejap dan tutup balik. Sekiranya nak "masakkan" lagi lah. Bagi wani, dah nampak mata ikan pun ok lagi.

#Langkah 5 


Cara Masak Sagu Biji Dengan Sukatan Air Yang Betul

Ok kemudian, ini rupanya selepas tutup sekejap, tutup tu bukan api terbuka. Tutup tudung selepas tutup api. Baca balik arahan kat atas Ok. Pandangan dekat sikit kat senduk tu ada sikit-sikit jer yang jadi mata ikan tu.

Kalau kalian tanya nak masak sagu ni berapa lama. Itu bergantung kepada berapa cawan sagu guna dan api pulak ya. Sis, biasany masak ni tak adalah guna api besar. Masak guna api sederhana saja. 

#Langkah 6 


Cara Masak Sagu Biji Dengan Sukatan Air Yang Betul

Kemudian, kita nak alirkan air kat sagu, sagu tadi, tuangkan ke dalam penyejat macam ni. Penyejat ni lubang kecik, wani tak boleh  guna penyejat lubang besar, sebab sagu jadi  nak keluar dari lubang tu. Kecik sangat lubang kat penyejat tu ya.

Tak nampak gambar air lalu. Sebab tak ada orang nak ambil gambar.

#Langkah 7


Kemudian, sagu yang dah dialirkan air, kita alirkan air sampai kanji sagu tu keluar. Biar nampak biji - biji sagu macam ni. Kan cantik,  nampak berbiji- biji. Macam mutiara, yang nampak mata ikan pun ada jugak.Kalau nak hilangkan kanji dalam sagu baik basuh ya.

Cara Masak Sagu Biji Dengan Sukatan Air Yang Betul

Akhir sekali tuangkan masuk ke dalam bekas sebelum disejukkan di dalam peti. Boleh lah nak makan cara macam mana. Nak buat sagu gula melaka ke, macam - macam style orang makan sagu kan.

Ini sahaja tips masak sagu dari sis untuk cara masak sagu putih macam mana. Harap yang masih tak pandai masak sagu. Sis harap perkongsian ini dapat membantu.

Baca Juga : 

20 Comments

  1. Macam tu rupanya cara buatnya.. selalu tahu makan je sis.... hihi...

    ReplyDelete
  2. Ohhh ada tips dia juga ya nak buat ni. Mak jarang buat ni sebab anak2 tak suka sangat haha.

    ReplyDelete
  3. terima kasih wani kongsi tips, patut nampak cantik sangat sagu wani tu, kak ana jarang masak sagu, tapi kalau masak tu just letak terus dalam acuan lepas masak dalam periuk, patut dia melekit huhu :) rupanya bilas ye lepas masak, time aceh ye :)

    ReplyDelete
  4. Sedappnya..makan sejuk2 time thari..ohmaiiiibelesssss... Kekeke..

    Guna cara camni jgk masak sagu..tips dr mak..hehehe

    ReplyDelete
  5. Amboihh nampak yummy dah menyelerakan . Teringin nak buat^^

    ReplyDelete
  6. sedap kuih ni, one of my favorite

    ReplyDelete
  7. "Sagu tu wani tak basuh. Yang pertama kita buat dulu, panaskan air sampai mendidih.. tutuplah periuk tu nak cepat didih kan.. selepas didih , buka tudung periuk, ambil senduk dan kacau putarkan air sambil tangan kiri pegang senduk sambil tangan satu lagi tuangkan sagu ke dalam periuk ( gambar tak ada sebab tak ada tukang yang nak snap."

    1. Kenapa sagu tu tak di basuh terlebih dulu sebelum didih sagu tu?

    2. Kenapa kena pegang senduk semasa menuang sagu ke dalam periuk. Boleh tak kalau saya letak senduk tu di tempat lain masa tuang tu.

    ReplyDelete
  8. sedap kuih ni.. tapi tu la masih tak berapa nak pandai buatnye.. -.- insyallah ada masa boleh try nnti ni..

    ReplyDelete
  9. Tip yang bagus.
    Orang lelaki ni tau makan aje Wani.

    ReplyDelete
  10. Betahun2 masak sagu mencari cara tak nak bg kanji banyak. Akhirnya jumpa tips nya. Tq sharing

    ReplyDelete
  11. Betahun2 masak sagu mencari cara tak nak bg kanji banyak. Akhirnya jumpa tips nya. Tq sharing

    ReplyDelete
  12. Macam tu rupanya

    ReplyDelete
  13. Salam puan wani.. Sy telah mencuba cara puan.. Menjadi.. Tapi sagu saya kemudiannya jadi sedikit.. Td dah banyak..sampai tak ckup periuk.. Lepas saya basuh..dia telah jadi sebutir2.. Terus jadi mcm sikit.. Kenapa ya tu..

    ReplyDelete
  14. @Mohamad Afiq Md Yusof

    sebab sagu tu dah dibasuh, jadi kanji hilang ..sagu nampak banyak sebab ada kanji. nak lagi banyak sagu, guna sukatan lagi banyak ya :)/ air pun kena tambah

    ReplyDelete
  15. Kak wani,tumpang tanye,ade sukatan ke utk air dan sagu tu?misalnya secawan sagu mesti masak dlm secawan air ke..ke x kesah byk mana

    ReplyDelete
  16. Hi reena, biasanya 1 cawan sagu tu guna 3 cawan air, tapi bergantung atas jenis sagu sebab sagu ni ada saiz, ada kecik ada besar. harap membantu :)

    ReplyDelete
  17. Assalam wani..sy nak tanya..kenapa ya sy simpan dalam peti sagu gula melaka 1-2hari..sagunye jadi keras dan serap gula melaka..terimA kasih.

    ReplyDelete
  18. wassalam siti simpan tu sagu saja ke,,atau sagu sekali dgn gula melaka.. ..dalam 2 hari tu, kalau simpan sekali dengan gula melaka saya tak pernah pulak buat huu.. biasanya nanti nak makan baru saya letak gula melaka tu. kalau simpan macam tu sagu tu memang lama2 dalam peti ia jadi kembang,, sebab itu ia serap gula melaka tu

    ReplyDelete
  19. Brp bnyak nk kne ltak air n sagu utk dpt sedang2 je konsistensi sagu? X lembik n x keras sngt?

    ReplyDelete
  20. Jarang sangat makan sagu ni hehe apa2pun thank for sharing resepi

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post