Apa Itu Kutu Babi, Ketahui 9 Cara Cabut Kutu Babi Dengan Mudah

Apa Itu Kutu Babi, Ketahui 9 Cara Cabut Kutu Babi Dengan Mudah | Salam semua, dengar nama kutu babi, rasa geli pulak. Kutu babi atau nama lain tempiras, cengkenit, kalau orang Kelantan sini dah panggil "pirah". Kita dulu masa budak - budak geram tengok tempiras ni kat lembu atok.

Biasalah budak kampung kan, gigih pergi cabut kat telinga lembu banyak sangat kena gigit kat situ, kasihan tengok lembu. Ganas time budak - budak ke lembu pun tak takut.

Dah lah binatang tu lepas hisap darah, jadi besar dan gemuk. Geram sangat. 

Masa tu tak terlintas langsung dah kot ada yang terlepas pandang, kutu babi ni merayap masa kita tak perasan mana lah tahu. Budak - budak kan.

apa itu kutu babi

Apa itu Kutu Babi ? 


Kutu babi atau sengkenit adalah binatang parasit yang biasa ditemui di persekitaran kita. Kutu babi adalah arakanid kecil dalam keluarga Ixodoidea dalam kelompok hama.

Ia merupakan ektoparasit ( parasit luaran ) yang hidup dengan menghisap darah pada mamalia burung dan juga manusia.


Pengalaman Sendiri  Digigit Kutu Babi 


Sebelum ni, dengar cerita orang jer yang mana pernah gigit kutu babi. Macam tak sangka pulak diri sendiri pun terkena jugak digigit kutu babi.

Buat kali yang pertama kena, biasanya kalau digigit kutu babi ni kita memang tak akan perasan, mesti ingat sakit lain, memang tak terlintas langsung rupanya ada kutu babi tengah gigit.

Sebelum ni kan adik yang terkena, dia sendiri cakap memang tak terlintas langsung dalam kepala, dia cakap ada berasa sakit, bila tidur baring sakit jer bahagian belakang. Rupa - rupanya ada kutu babi.

Kutu babi ni memang jenis spesis leper kalau tak kenyang lagi, halus sangat kalau nak nampak pun.

Boleh bergerak dengan angin, tapi sekali ia jumpa mangsa dan gigit di kulit memang melekat susah nak cabut melainkan ada caranya.

Bercakap tentang pengalaman sendiri  terkena dengan gigitan kutu babi. Tak pernah seumur hidup kena gigit dengan kutu babi. 

Mungkin faktor persekitaran di rumah kot, dikelilingi hutan sikit, jiran sebelah rumah tu jauh jugak tapi ada bela kambing.

Memang tak terlintas langsung sebab sakit kat bahagian atas siku sikit, semasa mandi sentuh - sentuh berasa pelik kenapa sakit, ingat takut jerawat badan, malam nak tidur tu, terlintas nak tengok betul - betul.

Oii rupanya kutu babi. Kutu babi ni halus sangat, sekali dah gigit kat tempat dia nak, memang melekat kat situ, kita pun tak perasan, bila badan dia dah nampak gemuk sikit, baru kita perasan.

Terus gelabah, takkan nak tidur sekali dengan kutu babi huu. Kita ambil minyak panas, sapu kat tempat kutu babi gigit. 

Ingat tak lama kutu babi tu nak jatuh, tapi tak jatuh - jatuh lagi. Degil sungguh ya.

Ambil keputusan tarik terus, entah mana lah datang berani tu, orang kata kutu babi tak boleh cabut terus sebab, dia dah gigit mencengkam masuk dalam kulit dah. 

Kalau tarik cabut, nanti taring dan giginya tu tercabut dan tertinggal bawah kulit.

Tapi kita cabut jugak dah terpaksa rela huu. Tarik terus, terus ambil lenyek, suka hati nak hisap darah orang kan.

apa itu kutu babi

Bagaimana Kesan Selepas Digigit Kutu Babi ? 


Lepas cabut buang, jangan kata tak ada kesan ya, lepas gigit. Ada kesannya, bekas tempat digigit tu seminggu rasa macam kebas macam kena cucuk.

Lenguh semacam jerr. Memang lama berasa sakit dan juga rasa gatal - gatal asyik nak menggaru jer. Bisa tak bisa  kutu babi ni.

Kalau ada yang lebih teruk sampai ada yang demam digigit kutu babi ni. 

Kutu babi ni biasanya tempat yang dia suka gigit di celah - celah, contoh dalam telinga, tepi bahagian mata sikit, tempat - tempat tersorok.

Itu sebab orang tak perasan kan, tak terlintas langsung sakit apa, rupanya kena gigit kutu babi.Kena gigit hari tu nasib atas kat lengan sikit. 

Andai kata tak perasan sakit celah mana - mana lagi haru huu,

Apakah 9 Cara Untuk Cabut Kutu Babi Dengan Mudah ?


Sebenarnya ada 9 cara mudah untuk cabut kutu babi. Ingat ya, kutu babi ni sekali dia gigit memang mencengkam kuat.

Dan ada cara dengan mudah nak cabut kutu babi ni. Sekiranya dah tak ada jalan lain, kutu babi tu degil sangat, boleh jumpa doktor ya.  

Jom kita baca apa cara yang mudah. Harap - harap salah satu item yang disebut di bawah ada kat rumah korang ya.

Point utama nak bagi kutu babi tu melepaskan gigitan dari kulit. Kena tunggu sehingga ia jatuh atau boleh juga cuba kita kuis sikit, kot tertanggal dengan mudah. 

Tapi kena perhati jugak sebaik saja jatuh terus bunuh kutu babi jangan bagi hidup.

Kena hati - hati sekiranya bahagian kutu babi gigit tu di celah - celah seperti dalam telinga, tepi mata ke. Tidak kira orang dewasa ataupun kanak - kanak. Kalau tak pun, boleh jumpa doktor.

1. Tembakau

Ambil sedikit tembakau dan lembapkan dengan sedikit air kemudian tekapkan pada tempiras atau kutu tersebut lebih kurang 20 saat hingga tempiras tertanggal atau mati. 

Boleh juga rendam tembakau dan titiskan air tembakau pada tempiras.

apa itu kutu babi

2. Minyak cap kapak

Letak sedikit minyak cap kapak pada kapas kemudian sapukan pada badan tempiras tersebut dan apabila tempiras tersebut rasa panas dia akan keluar atau mati.

3. Minyak gamat

Letak sedikit minyak gamat pada kapas kemudian sapukan pada badan tempiras tersebut.

4. Penyembur racun serangga

Sembur racun serangga seperti Ridsect/Shiedtox pada putik kapas kemudian letakkan pada kutu tersebut.

5. Minyak Tanah

Sapukan minyak tanah pada tempiras dan tunggu sehingga serangga tersebut melepaskan gigitannya.

6. Cuka makan

Sapukan cuka pada tempiras dan tunggu sehingga serangga tersebut melepaskan gigitannya.

7. Air Garam

Rendam bahagian yang digigit tempiras dalam air garam sehingga serangga tersebut melepaskan gigitannya.

8. Kapur Sireh 

Sapukan kapur sireh di tempat bahagian yang digigit kutu babi dan tunggu sehingga ia jatuh.

9. Bawa ke klinik atau hospital

Ini adalah cara terakhir jika keadaan terlalu kritikal. Kebiasaannya pihak hospital akan merujuk pada pakar telinga dalam masalah tempiras di dalam telinga. 

Doktor akan sembur sejenis cecair kedalam telinga dan menarik keluar tempiras tersebut.

Biasanya kalau dengar cerita jenis yang tak perasan, dah seminggu sakit, baru jumpa doktor.

Ibu bapa yang ada anak - anak, kena berhati - hati sentiasa pantau keadaan anak, sekiranya ada gejala seperti anak mengadu tak selesa di bahagian tertentu di badan, selalu asyik garu - garu, sakit bila sentuh. Sila lah tengok - tengok kot ada yang melekat.

Selalunya mesti rasa gatal - gatal, tapi kita dulu kena tak berasa gatal pun pelik huu, tiba - tiba rasa sakit.

Dan jangan lama - lama di badan, takut nanti kutu babi tu beranak pinak pulak. Maaf tau kalau gambar - gambar di atas nampak menggelikan. 

Lepas ni kena jaga - jaga, kalau berasa gatal - gatal, kena tengok check takut kutu babi.

Harap tak kena dah, seram pulak bila dah terkena sekali. Terima kasih sudi baca blog ini dan jangan lupa untuk follow blog ini ya.

Baca Juga :















11 Comments

  1. besar mana eh kutu babi ni? Lebih kecik dari ladybird dan kumbang kan? hehehe soalan tintong sikit.

    Jom baca https://www.rinazul.com/2019/07/kisah-obses-pueraria-mirifica-akhirnya.html

    ReplyDelete
  2. Nice tips. salam kenal dari syaza follower #709 :D

    ReplyDelete
  3. Kalau dekat ayam, biasanya guna air tembakau aje.

    ReplyDelete
  4. anak pernah kena gigit dgn pirrah ni. mmg sakit. bawa dia ke klinik 1malaysia. mujur buleh cabut pirrah tu!

    ReplyDelete
  5. Boleh saya tahu .bengkak dia tu biar je ke??brapa lama ehh bengkak dia akan hilang

    ReplyDelete
  6. dia memang lambat nak hilang bengkak dia tuu.. huu

    ReplyDelete
  7. hritu kene gigit, saya cabut je..skrg tmpt gigit tu jadi gatal² dan merah..boleh tahu cara nak hilangkan?

    ReplyDelete
  8. Saya kene gigit kmarin… brasa sakit… smlm mitak wife tgkkan… dia kata kutu babi hutan… sy mitak dia tlg cabut… hrini masih lagi terasa sakit… adkah taring dia masih kat dlm kulit sy? Kutu babi tu gigit atas baju kiri saya… skrg tgh sakit2 lg… pedih2… tp wife dah lenyek dah smlm…

    ReplyDelete
  9. bekas gigitan sengkenit ni memang ambil masa kalau nak sembuh. gatal tu memang dah biasa. Kalau cabut terus gtu memang taring dia tu masih lagi ada sebab kita cabut dalam keadaan paksa.

    ReplyDelete
  10. Baru first time kena kutu babi ni. Mula-mula rasa sakit ingatkan tersalah urat. Rupanya kena kutu babi. Makin sakit pula tu 😭 Singgah sini sebab nak cari cara cepat cabut kutu babi tu. Tough betul kutu babinya. Haihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak boleh cabut terus tau, nanti taring dia melekat dalam isi.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post