Resepi Pencuci Mulut Yang Sedap Dan Mudah , Oat Rangup Dengan Epal

Resepi Pencuci Mulut Yang Sedap Dan Mudah, Oat Rangup Dengan Epal | Entri yang diedit, teringinnya nak buat lagi resepi macam ni, memang mudah sangat kalau untuk pencuci mulut. Best makan baru keluar oven. Salam semua dah mula start cuti sekolah buat adik-adik semua semoga kegiatan pada musim cuti sekolah ini bermanfaat Buat ibu- ibu best la anak-anak dah boleh dok rumah kan.
Resepi Pencuci Mulut Yang Sedap Dan Mudah , Oat Rangup Dengan Epal

Oklah ya  dah lama tak post pasal resepi guna oat. Makan oat ni banyak khasiatnya, tapi macam sekejap suka sekejap tak, kalau time suka, suka pulak :D. Kadang- kadang, makan campur air panas je letak garam sikit dan makan, tak de tambah benda lain pun. Masuk mulut jugak. Kalau dulu kat blog ni pernah juga post resepi no bake granola bars tu, yang dibakar ada juga tapi lebih suka yang no bake.

Kali ini nak kongsi resepi pencuci mulut yang mudah dan sedap. Lebih kurang pencuci mulut lah ya, sebab sedap makan lepas keluar dari oven. Terasa nak masukkan watak epal dalam resepi oat tapi biasanya orang buat apple pie, tapi kita memang malas sangat nak buat " pie dough".

Baca sini >>> 7 Tips Penting Untuk Brownies Kedut Yang Memang Berkedut

Jadi, kita tukar plan lain buat yang ringkas, mudah dan cepat. Tak payah nak main uli uli tepung. Resepi ni lebih kurang apple crumble. Dulu pernah buat sekali masa tu baru nak belajar makan dessert orang putih ni, maklumlah kat negara sejuk sana bila saja musim epal tiba. Dan inilah salah satu resepi yang mereka buat.


Resepi Pencuci Mulut Yang Sedap Dan Mudah , Oat Rangup Dengan Epal

Oat ni banyak jenis tapi kita guna yang quick cooking bukan yang rolled oats. Terasa jakun juga bab jenis oat ni, kena pandai search kat internet nak kenal.

Oklah ya, kita kongsikan resepi kat sini. Untuk serdak oat tu dah menepati citarasa sendiri, sebab bila dah bakar dan masak, memang oat tu crispy memang kena hidang terus lepas keluar oven baru sedap.

Baca sini >>> Resepi Brownies Lapis Biskut Marie Yang Sangat Sedap

Tapi ada juga  hidang sejuk atas selera masing - masing. Bakar dalam ramekin kecik-kecik. Tapi dah terlebih serdak oat tu, kalau bakar dalam baking dish yang besar muat kot sebab sekali letak kan. Rugi tak letak menambun macam bukit sebab bila dah masak,  lapisan epal kat bawah tu turun.

Pencuci mulut sebelah sana ni memang mudah sangat nak buat nak lagi kalau digandingkan dengan buah bermusim sebelah sana. Cubalah ya resepi pencuci mulut yang sedap dan mudah.


Resepi Pencuci Mulut Yang Sedap Dan Mudah , Oats Rangup Dengan Epal

Resepi Pencuci Mulut Yang Sedap Dan Mudah ||  Oats Rangup Dengan Epal

Bahan - Bahan 

1 3/4 cawan oat ( kita guna quick-cooking kalau yang rolled oat pun tak apa )
2 sudu besar tepung gandum
2 biji limau kasturi ambil jusnya atau guna lemon atau limau nipis boleh asalkan  yang boleh membawa faktor masam
4 biji epal sederhana
1/2 cawan gula kastor + 2 sudu besar gula
1/8 sudu teh serbuk kayu manis ( kalau suka baunya lebihkan )
50 gm butter dari peti sejuk dipotong dadu
1 sudu teh esen vanila

Cara - Cara 

1. Epal dikupas kulitnya dan dipotong separa kasar.
2. Gaulkan epal yang dipotong tadi bersama dengan jus limau kasturi dan esen vanila. ketepikan
3. Sediakan mangkuk, campurkan oat, tepung gandum, gula castor, serbuk kayu manis dan juga        butter.
4. Gaul rata dan tekan dengan sudu atau senduk kayu supaya butter bergaul rata.. sehingga ia menjadi seperti serbuk roti  nampak semua oat tu lembap sikit.
5. Untuk bakar, sediakan loyang atau ramekin letak campuran epal tadi dan akhir sekali letak campuran oat dengan rata ke atas lapisan epal.
6. Bakar dalam 30 minit ke 40 minit ke dalam oven yang telah dipanaskan atau sehingga permukaan tu nampak berbuih tanda dah masak.. kalau nampak macam browning sangat kat atas tu, boleh tutup dengan aluminium foil.

NOTA: Dalam 15 minit terakhir,  ada letakkan ketulan butter sikit kat atas lapisan oat dan sambung proses bakar sampai permukaan tu nampak berbuih tanda dah masak.


Baca sini >>> Resepi Brownies Cheese Kukus Yang Mudah Dan Sedap






10 Comments

  1. hai wani..wow, buat apple crisp..nampak sedap tu wani.bleh minta satu x?

    ReplyDelete
  2. npak sedap bila tgk gambar yg tgh dok cedok tu...

    ReplyDelete
  3. Salam Wani..
    kecur liur tengok apple crisp tu...is is...tak tahan..

    ReplyDelete
  4. wuuu..terrornya kak wani ni. Kalau dekat mau menyinggah dah

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wani...salam kunjung wah menggoda sungguh apple crisp tu..kalau dapt yumyum...saya follow...jika ader kesudian silalah intai2 ke blog saya...tkasih...
    http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. memang nampak sedap yakmat kak wani. boleh la try ni. hehe

    ReplyDelete
  7. Resepi yg menarik.. Terima kasih kerana berkongsi 👍👍👍

    Boleh tnya sikit, ni post lama atau baru ye.. Sbb nmpk komen yg bertarikh 2013. Tp dkt home duduk feed yg atas..

    ReplyDelete
  8. post lama ni dik, akak revert balik and edit balik entri hii.. :). banyak lagi ni entri lama2 nak edit.. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post