Resepi Singgang Daging Kelantan Mudah Dan Sedap

Resepi Singgang Daging Kelantan Mudah Dan Sedap | Salam semua, sebut jer singgang daging, memang sudah terbayang singgang daging Kelate dah. Tak terbayang pun singgang ikan sebab sis tak berapa makan singgang ikan.

Nak lagi, kalau musim raya korban, tengok daging asyik terfikir nak singgang jerr. Sebab ada kuah tu, makan pulak dengan nasi memang berselera sungguh hirup sekali dengan kuah. 

Tak pandang lauk lain dah. Sis kalau ada singgang daging cukup dah, tak boleh nak makan campur dengan lauk lain.

Resepi Singgang Daging Kelate Paling Senang Dan Sedap Sangat

Biasanya, menu ni kalau ada orang nak sembahyang hajat, ada majlis tahlil ke menu singgang daging memang akan ada. 

Orang dari luar Kelantan pun rasanya dah pandai masak singgang daging versi Kelate yang mudah ini.

Mungkin disebabkan sebab sekali masak terus tak ada main tumis bagai kiranya tak ada minyak lah ni ya. Penyediaan bahan tak ada lah banyak sangat pun. 

Bahan yang mudah dapat. Kalau nak gantikan dengan tulang pun boleh jugak. Yang ini pun rezeki orang bagi tapi ada campur dengan tulang yang ada isi la.

Baca sini : Resepi Daging Budu Yang Mudah, Resepi Nenek Paling Sedap

Jadi, terus nak buat singgang macam ni, menu mudah nak buat. Korang yang ada periuk tekanan tu, buat lah dengan periuk tekanan. 

Kalau tak ada pun boleh jugak, tapi lama lah sikit nak ambil masa empuk.

Resepi Singgang Daging Kelate Paling Senang Dan Sedap Sangat

Yang ini kita masak sekali harung terus guna periuk tekanan. Senang ke tak resepi ni, baca kat bawah. Senang jer tu, siapa - siapa pun boleh buat. 

Kalau korang nak kurangkan daging tu kurangkan lah ya, tak lah sampai 1/2 kg jugak nak buat pun, pandai lah nak agak - agak. 




Resepi Singgang Daging Kelate Paling Senang Dan Sedap Sangat

Bahan - Bahan
Anggaran 500 gm daging dihiris sederhana ( kalau nak gantikan dengan tulang pun boleh anggaran 1kg )
9 tangkai lada kering potong 2
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci lengkuas
6 - 7 tangkai lada burung
1/2 sudu besar ketumbar di sangai dan ditumbuk halus ( kalau malas sangai tumbuk jerr macam tu, tujuan sangai sebab nak suruh naik bau lagi harum )
3 asam keping
Garam secukup rasa
Belacan sebesar ibu jari
1/4 Gula melaka
3 cawan air

Cara - cara
1. Bawang merah dan bawang putih dihiris. Lengkuas dan halia dihiris batang mancis
2. Letakkan tulang dalam periuk kemudian masukkan ke semua bahan di atas sekali harung terus
3. Tekan HP dalam 40 minit dan tekan on, tombol ke pressure
4. Selepas bunyi beep, tekan off dan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap
5. Suai rasa sekiranya nak tambah garam boleh tambah
6. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas

Nota :

1.Rasa macam tak cukup kuah boleh jerr tambah air ya

2. Kalau masak guna periuk biasa, terus letak bahan - bahan semua dan letak atas dapur. Tunggu              lah sehingga daging tu empuk dan kuah pun mesra semua.

Baca sini : Resepi Dalca Daging Kelantan Terlajak Sedap

Untuk info - info menarik, korang boleh join channel Telegram ini

Info Ibu Hamil
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi
https://t.me/ResepiKampungku

Info Motivasi
https://t.me/mutiarakatacinta

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
https://t.me/bloggersmalaysia

3 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post