Ketahui 12 Tips Penting Untuk Menghasilkan Biskut Yang Rangup dan Sedap (Wajib Cuba!)

Salam semua! Bila sebut tentang biskut homemade, mesti ramai yang terbayang bau wangi mentega, tekstur yang rangup, dan rasa yang sedap. Tapi tak semua biskut menjadi seperti yang kita harapkan. Ada yang terlalu lembik, ada yang kembang pelik, dan ada juga yang tak berapa rangup.

Sebenarnya, nak hasilkan biskut yang rangup dan sedap bukan sekadar ikut resipi. Ada beberapa petua penting yang ramai tak tahu, terutama bagi yang baru berjinak-jinak dalam dunia baking.

Sis pun dulu selalu struggle doh lembik, terlebih pukul mentega, dan adunan jadi tak cantik. Tapi selepas belajar banyak tip dari dapur Kak Wan, barulah faham apa yang perlu diperbetulkan.

Jadi, jom sis kongsikan 12 tips penting yang membantu menghasilkan biskut rangup dan sedap, sesuai untuk beginner ataupun yang nak upgrade skill baking.

Pelbagai bahan baking seperti tepung, mentega dan telur bersama biskut rangup


12 Tips Penting Untuk Menghasilkan Biskut Yang Rangup dan Sedap

1. Pilih Mentega Berkualiti

Bahan asas untuk biskut mestilah mentega. Kalau nak rasa lebih sedap dan tekstur lebih cantik, guna pure butter seperti Tatura, SCS, Anchor atau sebarang mentega yang berlabel Pure Butter.

Lepa susu seperti Buttercup pun masih ok, tapi elakkan marjerin kerana ia beri rasa masin dan cepat berbau hamis.

2. Bakar Kekacang Terlebih Dahulu

Untuk biskut yang menggunakan almond, kacang tanah, hazelnut—seeloknya bakar atau goreng tanpa minyak dulu.
Ini bukan sahaja menjadikan biskut lebih rangup, malah lebih tahan lama.

Kecuali kekacang yang sememangnya berminyak seperti walnut, pecan, pistachio dan macadamia—bahan-bahan ini tak perlu dibakar.

3. Jangan Terlebih Pukul Mentega

Mentega dan telur mesti berada pada suhu bilik.
Pukul mentega dengan gula sekadar berkrim sahaja. Kalau terlebih pukul, adunan akan lembut dan menyebabkan biskut mengembang tak cantik.

Sis pun dulu pernah buat silap ni. Ingatkan lagi lama pukul lagi sedap. Rupanya… tak.

4. Rehatkan Doh Biskut

Lepas doh siap, simpan dalam peti sejuk 3–4 jam atau semalaman.
Ini menjadikan biskut lebih rangup dan stabil semasa dibakar.

Kalau doh jadi sedikit keras selepas direhatkan, tambah sikit mentega dan uli semula.

5. Tepung Tambahan Bantu Merangupkan Biskut

Antara rahsia biskut rapuh dan rangup ialah penggunaan tepung tambahan seperti:
1. Tepung jagung
2. Tepung kastard
3. Tepung ubi
4. Tepung kentang

Kalau tambah tepung-tepung ni, kurangkan sikit tepung gandum.
Serbuk Emplex atau shortening (Crisco) pun boleh digunakan, tapi ikut sukatan resipi ya.

6. Adunan Bijirin Perlu Lembut

Untuk biskut oats, nestum, cornflakes atau wheat pastikan adunan lembut.

Bijirin menyerap lemak dan mengeras selepas direhatkan. Kalau terlebih tepung, biskut akan menjadi keras.

7. Adunan Nozzle Mesti Lembut

Biskut yang dipicit menggunakan nozzle perlu doh yang lembut dan licin.
Gunakan piping bag yang tebal supaya mudah memicit adunan keluar.

8. Pilih Dulang Pembakar Yang Betul

Dulang pembakar bertinggi rendah membantu aliran haba yang sekata.
Ini menjadikan biskut masak elok dan tak cepat hangus.

9. Cara Uji Biskut Dah Masak

Tolak sedikit biskut dengan garpu.
Kalau biskut bergerak, tak pecah dan tak melekat pada dulang itu tandanya sudah masak.
Biskut memang lembut sejurus keluar dari oven, tapi akan mengeras selepas sejuk.

10. Simpan Biskut Dengan Betul

Pastikan biskut sejuk sepenuhnya sebelum disimpan.

Tips penyimpanan biskut:
  • Gunakan bekas kedap udara
  • Jangan campur pelbagai jenis biskut dalam satu bekas
  • Kalau biskut lembik, bakar semula pada 150°C selama 5–8 minit
  • Boleh juga bekukan biskut dalam freezer untuk tahan lama

11. Jangka Hayat Biskut

Tanpa pengawet, biskut boleh tahan sehingga 3 bulan.
Kalau ada pengawet seperti Potassium Sorbate atau Sodium Benzoate boleh tahan sehingga setahun.

12. Penggunaan Pengawet Dalam Resipi

Kalau nak guna pengawet, sukatan standard ialah:
10 mg (secubit) untuk setiap 1 kg bahan.
Tapi untuk kegunaan sendiri atau jual cepat—tak perlu pun guna pengawet. Alternatif lain:

  • Oxygen absorber
  • Anti-mold sticker

Boleh beli di kedai bahan kek.

Kesimpulan

Itulah 12 tips penting untuk menghasilkan biskut rangup dan sedap, sesuai untuk semua jenis biskut.
Nak biskut jadi sempurna, semuanya bermula daripada:

✔ bahan berkualiti
✔ teknik yang betul
✔ cara simpan yang betul

Kalau ikut langkah-langkah ini, insyaAllah biskut akan jadi sedap, rangup, dan tahan lama.

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat untuk yang suka baking di rumah!


Baca Juga : 





2 Comments

  1. waalaikumussalam. rindu pulak zaman bujang yg rajin buat biskut time raya. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post