10 Tips Dan Panduan Percutian Bajet Ke Jepun

10 Tips Dan Panduan Percutian Bajet Ke Jepun | Sis pasti kalian semua ada impian untuk bercuti di luar negara. Percutian di luar negara memang best. 

Tapi, ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum kita bercuti di luar negara. 

Perancangan sangat penting supaya aktiviti kita di sana ketika tengah bercuti tidak terganggu. Bayangkan kalau kalian terhad seminggu untuk bercuti di luar negara.

percutian bajet

Sekiranya jadi apa - apa tanpa dirancang amat menyusahkan lah ya. Kalian ingin merasa bagaimana hidup di dalam arus teknologi yang canggih dan semakin membangun? 

Apa kata anda pilih untuk melancong ke Jepun. Jepun adalah sebuah negara yang mempunyai empat musim. Pastinya, ada orang suka bercuti ketika musim bunga, ada yang musim sejuk. 

Walaupun selalunya pengalaman orang lain mengalami masalah komunikasi dengan bahasa Jepun.

Tapi itu tidak menjadi halangan untuk menjadikan negara jepun sebagai tempat percutian menarik.  

Buat orang Malaysia macam kita yang belum pernah nikmati percutian ke negara yang ada 4 musim memang terlalu teruja. 

Seperti yang kita ketahui Jepun merupakan salah satu negara yang termaju di dunia dan masih berkerja keras untuk menandingi negara-negara yang lain.

Disebalik kesibukan negaranya, tersembunyi pelbagai tempat yang menjadi tarikan pelancong dari setiap pelosok dunia. 

Walaupun teknologi masih berkembang, Jepun masih mengekalkan budaya dan warisannya seperti Geisha dan Kyoto. 

Tidak lupa juga kepada sajian makanan Jepun seperti sushi, bento, oden dan banyak lagi.

Jadi hari ini sis akan kongsi beberapa tips untuk anda buat persiapan kalau kalian ingin melancong ke Jepun. 

Ramai yang kata percutian ke Jepun akan menelan belanja yang agak mahal. Memang tidak dapat dinafikan kerana penduduk di Jepun juga menanggung kos sara hidup yang tinggi. 

Tetapi jika kalian bijak, kalian boleh menikmati percutian bajet untuk bercuti ke sana.

Diharapkan sedikit sebanyak info yang sis dapat kongsikan kepada anda mengenai persiapan untuk melancong ke Jepun.

percutian bajet

Panduan Percutian Bajet Ke Jepun 

1. Pilih Tiket Penerbangan Yang Sesuai Dengan Bajet

Tiket penerbangan adalah satu perkara yang perlu dititik beratkan jika kalian mempunyai bajet yang sederhana. Cuba pertimbangkan airline yang masih didalam bajet anda. 

Anda boleh memilih Scoot Flight dengan cuba mendapatkan Scoot Flight Promotion dari Traveloka. Cuba bandingkan harga flight supaya anda dapat mencapai harga seperti di dalam bajet anda.

Di web Traveloka tu juga anda boleh memilih ke pelbagai destinasi yang lain contohnya Singapore to Penang jika anda dari Singapore. 

Ini kerana Traveloka menjaga kualiti perkhidmatannya di setiap negara.

Berikut disenaraikan beberapa panduan yang boleh digunakan untuk book tiket penerbangan.

1. Lakukan carian tiket flight pada waktu tengah malam dan bukan waktu peak-hour.
2. Kerap lakukan carian bagi mendapatkan harga promo atau harga yang lebih murah.
3. Tempahan tiket yang lebih awal adalah digalakkan. Sekurang-kurangnya 6 bulan awal.

2. Pemilihan Penginapan di Jepun

Terdapat banyak pilihan penginapan yang tersedia di Jepun dan antaranya ialah hotel 5 bintang, hotel kapsul, dorm atau guest house. 

Kebanyakan tempat penginapan ini adalah menjadi tumpuan pelancong lebih-lebih lagi di bandar Tokyo.

Jika anda ke Jepun secara solo atau partner, sis cadangkan anda untuk menginap di hotel kapsul sahaja.

Kalau anda mempunyai bajet yang lebih untuk penginapan, anda boleh cuba menginap di hotel. 

Tetapi jika anda bergerak dalam group, saya lebih cadangkan untuk anda pertimbangkan menginap di guest house. Jadi anda boleh memasak bagi mengurangkan kos untuk makanan.

Bagi yang membuat keputusan untuk menginap di hotel kapsul, anda perlu bersedia untuk keluar dari comfort zone anda kerana hotel kapsul mempunyai bilik yang kecil dan katil. 

Anda perlu kongsi bilik air dengan pelancong yang lain.

3. Makanan Halal di Jepun

Mesti ada yang tertanya susah tak nak cari makanan halal di Jepun ?. Makanan di Jepun bagi satu hidangan dewasa boleh mencecah Rm70-80. 

Jika anda pandai untuk mencari yang murah, anda mungkin boleh dapat serendah Rm40/hidangan/pax.

Tapi saya cadangkan supaya anda masak sahaja di guest house atau makan berat di restoran sehari sekali sahaja.

Ini kerana anda boleh mendapatkan makanan yang lebih murah di 7E, Family Mart atau convenient store yang tersedia di sana. 

Pemilihan makanan anda tak perlu risau kerana kebanyakan makanan nya adalah sama seperti yang makanan Jepun yang dijual di Malaysia. Sedap, lebih murah, banyak pilihan dan mengenyangkan.

Untuk pelancong muslim, makanan halal juga mudah untuk dijumpai. Jadi tiada masalah untuk anda mendapatkan restoran yang menjual makanan halal.

percutian bajet


4. Pengangkutan Di Jepun

Majoriti rakyat Jepun hanya menggunakan keretapi laju dan berjalan kaki sahaja untuk ke mana-mana. Disebabkan itu, sistem ketibaan train di setiap stesen adalah kerap dan menepati masa. 

Jika anda ingin melancong lebih dari satu daerah di Jepun, apa yang anda boleh lakukan ialah untuk membeli Japan Rail Pass bagi memudahkan perjalanan anda. 

Penggunaan pas ini adalah tidak terhad. Anda boleh gunakan berapa banyak yang anda suka.

Ataupun anda boleh dapatkan Pasmo jika ingin berjalan di dalam satu daerah sahaja. Fungsi Pasmo ini adalah sama seperti kad touch and go yang ada di Malaysia. 

Ia akan memudahkan lagi perjalanan anda kerana anda tidak perlu beratur untuk membeli tiket.

5. Jangan Ambil Teksi 

Terlalu mahal. Pilih pengangkutan yang lain seperti bas dan kereta api.

Ada beberapa tips tambahan lain yang perlu diambil kira seperti di bawah :

6. Sediakan Destinasi Yang Ingin Dituju Dalam Bahasa Jepun

Orang Jepun kebanyakannya ada yang tidah fasih dalam bahasa inggeris. Mereka banyak berkomunikasi dalam bahasa Jepun. 

Jadi, ini amat penting untuk memudahkan kalian ke sana nanti. Kalau kita "print" dulu beberapa maklumat penting seperti hotel, restoran atau tempat yang ingin dituju, dapat menjimatkan masa.


percutian bajet


7. Belajar Beberapa Ayat Lazim Dalam Bahasa Jepun

Cuba belajar beberapa perkataan mudah dalam bahasa Jepun. Senang bila nak berkomunikasi dengan orang Jepun walaupun perkataan mudah. 

Sekarang ini dah boleh belajar online, google sahaja untuk mencari beberapa perkataan mudah. Ataupun muat turun aplikasi yang ada pembelajaran online untuk bahasa Jepun

8. Bawa Botol Kosong 

Ini kerana air paip di Jepun adalah selamat di minum. Bawa botol kosong adalah untuk memudahkan untuk isi air minuman. Jimat duit belanja kan.

9. Sentiasa ingat cara untuk berdiri semasa menaiki lif. Kosongkan bahagian kiri bagi mereka yang ingin cepat

Lain negara, lain budaya kan. Di Jepun, orang Jepun memang berdisiplin dalam setiap perkara. Mereka mempunyai etika yang tertentu yang belum bagi kita terasa nak buat. 

Tapi masyarakat Jepun di sana sudah biasa.

Ini termasuklah nak gunakan lif. Dinasihatkan jangan jadi orang pertama masuk lif. Masuk lif jadi orang pertama, nanti kalian akan jadi "kapten"lif dan kena berdiri berdekatan dengan panel kawalan.

Kena jadi tukang tekan panel sampai lah orang habis keluar dan kalian yang terakhir kena keluar.

10. Pemilihan Jenis Plug 2 Pin Leper Menegak Dan Power Voltage 100 V

Ini lagi satu tips penting sebelum kalian melancong ke Jepun. Setahu sis, penggunaan plug ada setengah negara tak sama dengan Malaysia dan ini termasuklah negara Jepun. 

Di Jepun, plug 2 pin berbentuk leper menegak.

Jadi sebelum ke Jepun, boleh beli terlebih dahulu plug converter ataupun universal adapter. Plug ini boleh didapati di mana - mana kedai hardware atau pasaraya.

Tidak kira lah kalian seorang backpaker atapun bercuti bersama dengan keluarga. Diharapkan ke semua tips ini dapat membantu untuk kalian merancang percutian ke Jepun dengan lebih tersusun.

Baca Juga : 

4 Comments

  1. dalam wishlist tapi tak tahu bila dapat melancong ke jepun. btw nice sharing sis :) |♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
  2. nice sharing dan semuanya membantu untuk merancang perjalanan ke Jepun..

    ReplyDelete
  3. nak pergi japan jugak tapi tak tahu lagi bila nak pergi.tu just my wishlist

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post