Resepi Dan Rahsia Cornflakes Madu Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Dan Rahsia Cornflakes Madu Yang Rangup Dan Sedap | Salam semua, setiap kali menjelang raya, cornflakes madu adalah biskut raya yang memang wajib buat. Dah macam berhantu kan. Kalau tak buat memang tak lengkap jer nak sambut raya. Biskut  cornflakes merupakan pilihan ramai orang nak buat sebab senang sangat nak buatnya. Bahan - Bahan pun tak banyak. Cornflakes pun mungkin ada yang beli di kedai bakeri tak pun beli yang sekotak jenama nestle tu. Ada yang 250 gm kan dan ada juga yang sekotak besar 500 gm.

Cornflakes madu ni rasanya dah boleh masuk kategori biskut sebab macam biskut letak dalam kertas cawan comel kan. Macam - macam versi resepi biskut cornflakes madu, terpulang atas kreativiti masing- masing. Bagi sis, kalau boleh nak paling simple dan mudah nak buat. Asalkan rangup bila gigit ok dah tu. Sis pun tak nak lama - lama kat dapur. Masa gaul senang jer sekali harung. Masa nak letak dalam kertas cawan comel - comel yang macam malas sikit.

Tapi itulah nak makan sangat, sila buat sendiri. Harga sebalang tempah dengan orang pun bukan murah kan. Baru tahu susah senang nak buat cornflakes madu. meh, sis nak kongsi resepi biskut cornflakes madu rangup dan mudah.

Resepi Dan Rahsia Cornflakes Madu Yang Rangup Dan Sedap

Resepi ini untuk resepi cornflakes madu sekotak 250 gm dan juga resepi cornflakes madu 500 gm. Ada anak - anak kat rumah tu, boleh ajak bantu sekali. Sis guna jenama nestle, beli yang sekotak econo pack 500 gm terus. Kalau nak buat separuh pun tak apa dulu untuk 250 gm.
Resepi Dan Rahsia Cornflakes Madu Yang Rangup Dan Sedap
Apa Rahsianya Nak Bagi Rangup ? 

Jadi, apa rahsia nak buat cornflakes madu ni rangup. Ada rahsianya, sis pun baru tahu jugak ni. Nak buat tutorial bergambar, video dah ada kat bawah, nanti tonton lah video ya.

Resepi Dan Rahsia Cornflakes Madu Yang Rangup Dan Sedap
Rahsianya, biar mendidih naik buih - buih dan kacau sampai pekat. 

Resepi Dan Rahsia Cornflakes Madu Yang Rangup Dan Sedap
Gaul dengan cornflakes setelah campuran mentega tadi dah suam suam ya. Jangan gaul terus tengah panas nanti lembik cornflakes. Itu lah rahsianya nak bagi kekal rangup. 

Resepi Dan Rahsia Cornflakes Madu Yang Rangup Dan Sedap
Letak dalam kertas cawan - comel -comel. 

Resepi Dan Rahsia Cornflakes Madu Yang Rangup Dan Sedap
Biarkan sejuk dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. 


Resepi Dan Rahsia Cornflakes Madu Rangup Dan Mudah | Resepi Biskut Raya

Resepi Untuk 250 gm cornflakes

Bahan - Bahan
125 gm mentega
250 gm cornflakes
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar madu
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

Resepi Untuk 500 gm cornflakes

Bahan - Bahan
1 kotak cornflakes yang berat 500 gm
3/4 buku buttercup ( 250 gm )
1/2 tin susu pekat
5 sudu besar madu
5 sudu besar gula ( kalau nak kurangkan manis boleh kurangkan )
1/2 sudu teh esen vanila

Cara - Cara 
1. Pertama sekali, cairkan mentega dengan api kecil
2. Padamkan api, kemudian masukkan susu pekat, gula, madu dan esen vanilla.
3. Buka api dan kacau rata hingga mendidih berbuih -buih sampai jadi pekat. Boleh rujuk gambar di atas tu ya.
4. Tutup api dan sejukkan sekejap. Tak boleh letak terus cornflakes takut cornflakes jadi lembik.
5. Dah suam suam, masukkan cornflakes dan gaul rata hingga ke semua bersalut.
6. Sudukan dan letak dalam kertas cawan comel - comel.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C ( ikut oven masing - masing ) dalam 8 - 10 minit. Tak boleh lama nanti jadi terhangus.
8. Nak tahu, bila boleh angkat keluar dari oven, tengok bila dah nampak gelembung buih kat cornflakes tu boleh keluarkan dari oven.
9. Sejukkan sekejap sebelum simpan dalam bekas kedap udara.

Nota 
1. Selepas keluarkan dari oven nampak cornflakes tak melekat sebab ia masih dalam keadaan panas. Nanti, lepas cornflakes sejuk, ia melekat.

Resepi cornflakes madu kali ini sis buat kosong jer, tak masukkan pun letak ceri kat atas tu ke, letak bijan ke. Kalau korang nak letak, boleh saja. tak ada masalah.

Mudah tak. harap menjadi biskut raya korang untuk beraya hanya guna cornflakes. Nak makan sekejap, nak boleh ke buat bukan senang. Tapi puas hati sebab buat sendiri. Jom lah cuba resepi biskut cornflakes madu rangup dan mudah ini.  Nanti simpan resepi ini untuk raya ya. Nak tonton video, korang boleh klik video di atas ya.

Artikel Yang Lain
1. Resepi Tart Nenas Paling Gebu Dan Sedap
2. Senarai 10 Resepi Biskut Raya Moden Dan Mudah 2020

8 Comments

  1. Wah! Dah nak puasa ni, tak lama lagi raya... cornflakes madu wajib dalam list kuih-muih raya. Tapi tahun ni tak tahulah macamana kalau PKP masih diteruskan sampai raya nanti.

    ReplyDelete
  2. antara kuih paling senang nak buat. now i miss all those cooking time dengan my sisters. huwaaa

    ReplyDelete
  3. selalu takut nak buat sebab lembik tu lah hahhaha pernah dengar orang masuk dalm oven sekejap bagi dia garing

    ReplyDelete
  4. cornflakes ni fav anak-anak jadi dia org jer yg tukang buat atau order jer dgn Liez hehe

    ReplyDelete
  5. owh dapppnya. tqq sharing kak wani. puasa ni boleh buat la

    ReplyDelete
  6. Biskut cornflakes tak boleh buat awal nanti cepat habis, hehehe

    ReplyDelete
  7. rangup makan depan tv, tak sedar ni. kiki

    ReplyDelete
  8. sedap..ni tak buat..dkt rumah ni hari tu buat hari sama juga lah boleh habis sebalang. hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post