-->

Saturday, 2 January 2021

author photo

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) Di Slot Lestary  TV3 | Salam semua Drama terbaru di slot Lestary, drama Hadiah Dari Tuhan bagi menggantikan drama Sang Pewaris yang telah pun tamat siaran. Drama ini ada pelakon lama dan pelakon baru yang muncul, sis pun tak berapa kenal. Riena tu kenal. Drama Hadiah Dari Tuhan memang berbeza sikit jalan cerita dan lain dari yang lain. Itu yang asyik pulak sis tonton. Sebab drama ini mengisahkan realiti kehidupan semasa Covid - 19. Drama ini diarahkan oleh Fairuz Loy.


Drama hadiah dari tuhan


Di bawah adalah info, barisan pelakon dan sinopsis drama ini. 


Info Drama Hadiah Dari Tuhan 

  • Bilangan Episod : 13
  • Hari Dan Masa : Rabu hingga Sabtu pukul 9:00 malam
  • Siaran TV: Slot Lestary TV3
  • Penulis Skrip : PGRs Team, Janjira
  • Pengarah : Fairuz Loy
  • Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Syafi Tee, Riena Diana, Puteri Rafasya, Sophia AlBarakbah, Amy Mastura, Fezrul Khan, Izreen Azminda, Zazly Baginda, Dynas Mokhtar, Zaefrul Nordin, Fauziah Nawi, Ku Fridah, Ummar Dzariff, Aryana Amani

Barisan Pelakon Drama Hadiah Dari Tuhan 

  • Syafi Tee sebagai Qul
  • Riena Diana sebagai Ika
  • Puteri Rafasya sebagai Fatin
  • Sophia AlBarakbah sebagai Bella
  • Amy Mastura sebagai Jannah
  • Fezrul Khan sebagai Dr Zabidi
  • Dynas Mokhtar sebagai Khatty
  • Ummar Dzariff sebagai Adli
  • Aryana Amani sebagai Pika

Sinopsis Drama Hadiah Dari Tuhan 

Drama hadiah dari tuhan

Drama ini mengisahkan kisah pergolakan hidup tiga remaja dari latar belakang taraf kehidupan berbeza menempuh kehidupan suka duka ketika Malaysia berdepan dengan wabak Covid19.

Qul Fattah lahir dalam keluarga kategori B40, Ika Nabila lahir dalam keluarga kategori M40 dan Bella Roselina lahir dalam keluarga kategori T20.

Qul telah kematian ibu bapanya sejak lima tahun yang lalu disebabkan kemalangan jalan raya, dia selaku anak sulung lelaki adalah ketua keluarga kepada seorang adik perempuan yang bernama Qas Fatin yang masih bersekolah rendah.

Mereka tinggal bersama nenek bernama Siti Ainum yang kini terlantar sakit tua serta mengalami komplikasi pelbagai penyakit.

Sebelum wabak COVID-19 menular, Qul bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan menetap di rumah pangsa.

Ika pula anak tunggal kepada Jannah yang bertugas sebagai ketua jururawat di sebuah hospital kerajaan, Ika mempunyai bapa, tetapi kedua ibu dan ayahnya sudah bercerai ketika dia masih kecil.

Bella pula dilihat paling bernasib baik, dilahirkan serba mewah, mempunyai ayah dan ibu yang berpendapatan besar, serta lengkap mempunyai datuk dan nenek. Bella membesar di dalam rumah banglo mewah yang serba lengkap.

Apabila wabak COVID-19 menular, kehidupan Qul, Ika dan Bella berubah dan terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan dugaan.

Tonton Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) 

Drama hadiah dari tuhan

Sekiranya terlepas untuk tonton di TV, drama ini boleh tonton percuma di platform iQiyi. Nak lagi mudah, kalian download aplikasi iQiyi. Apapun sis akan kemas kini link di sini ya. Drama ni 

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1


Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 2


Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 3


Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 4


Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 5


Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 6


Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 7


Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 8


Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 9


Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 10


Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 11


Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 12


Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 13 (Akhir)


Buat peminat - peminat drama yang nak tahu update tentang drama - drama Malaysia boleh join group facebook ini ya. Klik Cerita Drama Malaysia. Jom ramai - ramai meriahkan group ini. Terima kasih. 






1 komentar:

avatar
marsha delete 2 January 2021 at 23:25

Tak pernah tengok lagi tapi sinopsis menarik. Nanti nak tengoklah ni. Thanks wani sharing!

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang