Tonton Filem Selamat Hari X Jadi Di Astro First

Tonton Filem Selamat Hari X Jadi Di Astro First | Salam semua, pengarah Dato' Professor Dr A. Razak Hj. Mohaideen telah mengarahkan satu filem baru yang bakal ditayangkan di saluran 480 Astro First iaitu filem Selamat Hari X Jadi. Sis memang peminat drama dan filem seram dan misteri. Tengok ke trailer yang berdurasi selama 1 minit  macam seram. Filem ini boleh ditonton pada 25 Februari 2021 nanti. Siapa ada Astro first tu boleh lah langgan. 

Filem selamat hari x jadi di astro first

Untuk info, sinposis dan barisan pelakon boleh baca di bawah. 

Info Filem Selamat Hari X Jadi 

  • Tarikh Tayangan : 25 Februari 2021
  • Siaran TV : Astro First 480
  • Penulis Skrip : Azlan Syah Rashid
  • Cerita Asal : Keoh Chee Ang
  • Pengarah : Dato’ Professor Dr. A. Razak Hj. Mohaideen
  • Produksi : Multimedia Film Productions Sdn Bhd

Barisan Pelakon Dalam Filem Selamat Hari X Jadi 

  • Janna Nick
  • Issey Fazlisham
  • Zalif Sidek
  • Nasz Sally
  • Danial Zaini
  •  Aaron Aziz
  • Nasha Aziz
  • Eyka Farhana

Sinopsis Selamat Hari X Jadi 


Sekumpulan pelajar kolej yang diketuai oleh Hani dan rakan-rakannya Aiden, Parpu, Boboi dan Didi yang terkenal dengan perangai nakal mereka dengan menghasilkan rakaman video ‘prank’ rakan-rakan lain di kolej. 

Segalanya berubah apabila Puteri yang menjadi mangsa ‘prank’ Hani dan rakan-rakan, hampir membunuh diri akibat berasa malu. 

Hani yang tiada langsung perasaan bersalah dan menganggap perbuatannya itu semata-mata ‘trending’, mula diganggu oleh pembunuh misteri selepas kejadian ‘prank’ Puteri.

Setelah beberapa insiden menakutkan berlaku di rumah Hani, akhirnya pembunuh misteri tersebut muncul dan berdepan dengan Hani dan rakan-rakan lain pada ketika Hani bakal menyambut hari jadinya yang ke-25.


Baca Juga : 



1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post