Tonton Drama Cinta Untuk Raf Episod 1 Hingga 26 ( Akhir ) Slot Bidadari TV1

Tonton Drama Cinta Untuk Raf Episod 1 Hingga 26 ( Akhir ) Slot Bidadari TV1 | Salam semua, drama adaptasi novel "Cinta Untuk Raf " ditayangkan di slot Bidadari di TV1. Drama ini menampilkan gandingan pelakon utama Luqman Hafiz dan Sasqia Dahuri. Novel Cinta Untuk Raf adalah hasil karya Rabihah Nur Ridhuan. Drama arahan Zek Zukry ini telah bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 3.05 petang. Nak tahu lanjut untuk info, barisan pelakon, sinopsis drama dan nak tonton kat mana, boleh baca di bawah. 

Drama cinta untuk raf

Info Drama Cinta Untuk Raf 

  • Bilangan Episod : 26
  • Tarikh Tayangan : 15 Februari 2021
  • Hari Dan Masa : Isnin hingga Jumaat pukul 3.05 petang
  • Siaran TV : Slot Bidadari TV1 (RTM)
  • Penulis Skrip : Adza Emie
  • Penulis Novel : Rabihah Nur Ridhuan
  • Pengarah : Zek Zukry
  • Produksi : Open Echo Communications Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Luqman Hafidz, Sasqia Dahuri, Tash Yong, Badrul Muhayat, Dilla Ahmad , Mustaqim Bahadon, Tina Rasid, Zarynn Min, Idris Md Diah, Ema Akma, Melissa Campbell, Kristina Vinokree, Dayana Jasmin, Shakira Stephen


Barisan Pelakon Drama Cinta Untuk Raf 

  • Luqman Hafidz sebagai Raf
  • Sasqia Dahuri sebagai Dr Orked Huwaina
  • Tash Yong sebagai Humaira / Tasya / Inara
  • Badrul Muhayat sebagai Raza
  • Dilla Ahmad sebagai Aqilah
  • Mustaqim Bahadon sebagai Noah Sulaiman
  • Tina Rasid sebagai Nadirah
  • Zarynn Min sebagai Lily
  • Idris Md Diah sebagai Ariz
  • Ema Akma sebagai Zaharah
  • Melissa Campbell sebagai Dr Kim
  • Kristina Vinokree sebagai Sherena Mona
  • Dayana Jasmin sebagai Humairah 12 tahun

Sinopsis Drama Cinta Untuk Raf 

Manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Impian yang dipendam selama dua tahun oleh Orked dan Raf akhirnya tercapai jua.

Raf anak tunggal yang suka dipujuk bukannya memujuk membuatkan Orked jadi keliru sendiri. Walau bagaimanapun, cinta Orked tetap kukuh buat Raf.

Namun sayangnya manisnya cinta mereka menemui penamatnya apabila kemunculan skandal di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya. 

Skandal itu menjadi titik permulaan kepada keruntuhan rumah tangganya kerana Tasya rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang dicarinya selama ini.

Raf dipaksa oleh ibunya, Puan Aqilah supaya menceraikan Orked apabila ibunya mengetahui pertalian di antara Tasya dengan Orked. 

Raf tidak mampu memilih. Orked pula tersepit. Tambahan pula Tasya menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) iaitu kecelaruan identiti. 

Kerana hati yang luka, Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi. Adakah Raf dan Orked mampu untuk menerima takdir yang ditentukan buat mereka?

Tonton Drama Cinta Untuk Raf Episod 1 Hingga 26 ( Akhir ) 

Drama cinta untuk raf

Buat kalian penggemar drama adaptasi novel, jangan ketinggalan untuk menonton drama ini ya. 

Baca Juga : 



Post a Comment

Previous Post Next Post