Cara Return Barang Shopee Guna J&T Secara Percuma

Cara Return Barang Shopee Guna J&T Secara Percuma | Salam semua, Kalau dah nama kaki Shopee memang ada jer barang sampai rumah. Kalau dulu sis tak berapa nak membeli sangat kat Shopee. 

return barang shopee


Bila dah mula shopping kat Shopee, memang tak boleh berhenti. Sudah. Tapi tak adalah membazir, sis beli barang yang memang nak guna.

Lagipun, jadilah pembeli yang bijak, sebab selalu Shopee buat masa - masa tertentu untuk kos penghantaran percuma kan. 

Sis memang selalu tengok - tengok kat free shipping tu ada apa. Jadi kalau nak beli sesuatu barang. Cari awal -awal terus masuk troli. Tak adalah gelabah time nak check out nanti.

Sebelum ni kalau beli barang di Shopee memang tak ada masalah. Nak dijadikan cerita sis tolong beli barang adik. Tapi, seller Shopee salah hantar barang.

Seller tu hantar barang lagi mahal dari yang nak beli. Nasib baik seller mesej awal - awal di Shopee. Nasib baik jugak sis nak terbaca. Sebab sis kalau mesej masuk inbox ni kalau terperasan baru nak baca.
 
Seller bagi tahu dia salah hantar barang dan dia minta suruh sis klik return dan refund barang tu. Sis mula - mula tu blur jugak sebab tak ada pengalaman return barang shopee ni.

Adik sis bising dah. Benda dah nak jadi kan nak buat macam mana. Nak tak nak kena lah return balik barang ni. 

Lagipun bukan barang yang nak jugak. Lepas chat dengan seller baru faham nak buat macam mana. Sebab sis bagi tahu dia tak ada pengalaman nak return barang ni. 

Sebelum tu, banyak persoalan yang bermain di fikiran sis. 

1. Nak hantar guna kurier apa ?

2. Nak pos balik ni kena guna duit kita ke untuk postage ? 

3. Risau takut tak dapat duit balik masuk dalam akaun Shopee

Disebabkan dah chat dengan seller dalam Shopee jugak kan. Jangan chat di luar Shopee sudah. 

Seller pun mesti ada rasa bertanggungjawab sebab dia salah hantar barang. 

Kalau nampak lain macam boleh buat aduan dekat team Shopee 

Cara Return Dan Refund Barang Shopee 

Disebabkan seller dah bagi tahu awal - awal yang dia salah hantar barang. Barang belum sampai lagi. Tapi sis terlupa nak bagi tahu adik sis, dia dah buka bungkusan barang tu. 

Nanti bila barang dah sampai seperti biasa kita kena lah nak check barang tu ok tak kan sebelum tekan order received. 

Kalau barang ok tak ada apa boleh tekan terus order received. Kes sis, seller salah hantar barang. Jadi korang klik kotak Return/Refund. 

return barang shopee

Bila dah klik return / refund akan keluar macam gambar di bawah. Sebelah kiri ada perkataan return / refund requested. Sebelah kanan return / refund details 

return barang shopee

Sebenarnya bila kita dah klik return/refund tu akan keluar notification yang kita mohon untuk return barang diterima oleh seller. 

return barang shopee

Kat sini dah naik notification yang seller dah setuju untuk kita hantar balik barang yang salah tu. Kena ingat, Shopee bagi masa untuk kita hantar balik barang seller dalam tempoh 3 hari. 

Korang klik return/refund details. Sebenarnya kat sini Shopee ada suruh upload gambar barang salah hantar dan nyatakan alasan kenapa nak return. Sis lupa nak screen shot. 

Cara Return Barang Shopee Guna J & T Secara Percuma 

Seller hantar barang yang salah tu guna kurier J&T. Mula - mula sis tanya nak ambil kurier mana, seller bagi tahu ambil J&T senang sikit. 

Lagipun memang bila nak return barang balik ni tak payah bayar apa - apa kos penghantaran pun asalkan melalui Shopee. 

Itu lah katanya. Sis pun baru tahu. Ingatkan takut kena bayar kos postage dah sebab berulang kali sis tanya dia macam mana dengan kos postage takut makan duit kita jer. 

Bila korang klik Return / refund details akan keluar macam gambar di bawah. Kalau korang perasan dekat akaun Shopee akan keluar satu ikon untuk return / refund. 

return barang shopee


Bila dah selesai proses return / refund tu akan hilang ikon ni. 

Setelah upload gambar barang salah dan taip alasan apa nak return barang semua tu kan.

Seterusnya korang klik select courier untuk pilih penghantaran kurier yang mana. Sis pilih J&T dan pilih cara drop off. 

return barang shopee


return barang shopee

Kemudian akan keluar gambar seperti di bawah. Korang klik view instruction dan ikut arahan yang diberikan. 

return barang shopee

Sebenarnya, Shopee akan bagi barcode siap - siap. Senang nak berurusan dekat kaunter di J&T nanti.

Sekiranya bungkusan tu dah terbuka boleh bungkus balik. Sis sebenarnya nak suruh adik tolong post, jadi sis screen shot barcode tu dan bagi kat dia. 

return barang shopee

Kemudian, pergi ke mana - mana cawangan J&T, nanti tunjukkan barcode tu dekat staff J&T kat kaunter, dia akan faham dah. 

Kalau nak bungkus lagi baik, minta sampul dengan staff dan bungkus elok. Staff J&T akan scan barcode dan dia akan tampal details alamat semua atas bungkusan barang. 

Dah siap dan tak dikenakan apa - apa bayaran. Selepas return balik barang tu, sis perasan duit pun dah refund balik ada dalam akaun Shopee. 

return barang shopee

Pengalaman Return Barang Shopee 

Sebenarnya, ini satu pengalaman baru bagi sis sebab tak pernah kena nak return barang ni. Walaupun mula - mula tu sis pun tak puas hati jugak sebab barang yang nak tu seller tersalah hantar barang lain.
 
Rupa - rupanya ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Barang tu harga RM 8. Keychain motor.  Disebabkan adik sis dia nak jugak sebab barang tu memang payah nak beli tempat lain tak ada

Seller tu ada mesej balik, kalau nak barang tu balik, dia nak bagi voucher RM 5. Mungkin dia nak tebus balik kesilapan tersalah hantar barang tu. 

Dah adik sis nak jugak sis pun setuju nak beli keychain tu. Selepas tolak dengan voucher nilai harga barang tu jadi RM 3. Tambah dengan kos penghantaran RM 4.50.
 
Keesokkannya terus nampak seller tu pos barang. Alhamdulillah selamat sampai. 

Sedikit pengalaman sis nak return barang Shopee ni. Nasib baik cawangan J&T ada dekat rumah ni. 

Apapun chat dulu dengan seller ya. Nasib baik la seller ni awal - awal dia dah minta maaf sebab tertukar barang nak pos. 

Kalau tak kerana tertukar barang ni sis pun tak tahu macam mana nak buat. 

Baca Juga : 

1. 8 Sebab Shopee Menjadi Pilihan Nombor Satu Peniaga Online

2. Cara Untuk Memulakan Bisnes Tudung Jenama Sendiri Hanya Dari Rumah

3. 10 Rahsia Untuk Mulakan Bisnes Kek Dan Roti Dari Rumah

2 Comments

  1. Salam, kalau nak mintak sampul dari staff jnt tu kena bayar ke? Kiranya kita datang bawak barang yg nak return, and consignment letter semua tu jnt yg settlekan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, tak payah bayar, pergi bawak barang yg nak ditukar tu je. serah kat dia, dia uruskan semua. tunjuk barcode yang shopee bagi dekat jnt

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post