Resepi Kuih Bakul Goreng Dengan Ubi Keladi Simple Dan Sedap

Resepi Kuih Bakul Goreng Dengan Ubi Keladi Simple Dan Sedap | Kuih bakul atau 'nian gao' merupakan kuih yang dihidangkan ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina. 

Kuih yang manis dan agak kenyal ini sangat sedap dimakan. Buat yang pertama kali cuba rasanya dah suka dengan kuih bakul. 

Macam sis lah tu. Pertama kali sis makan pun dah tersuka tanpa sengaja. 

Kuih bakul bagi sis sangat susah penyediaan untuk buat sebab ambil masa yang sangat lama untuk masak. 

Kena kukus dalam tempoh 10 hingga ke 12 jam. 


kuih bakul

Walaupun bahan  - bahan untuk kuih bakul tak adalah banyak sangat hanya tepung pulut, gula kasar, gula merah dan air. 

Tengok ke bahan seperti bahan nak buat dodol. Tapi yang untuk kuih bakul tak masukkan santan. 

Kuih Bakul Halal 

kuih bakul

Sekarang kuih bakul tidak terhad hanya pada musim perayaan tahun baru cina dah. Negara kita yang berbilang kaum ini semua pun sudah biasa makan kuih bakul. 

Kuih bakul sekarang dah ada yang halal dan muslim homemade. Orang melayu pun dah ramai berniaga kuih bakul. 

Sekiranya nak cari kuih bakul halal, boleh tengok di Shopee ya. Yang ini pun sis beli di Shopee. Harga boleh tahan juga. 

Untuk yang 1/2 kg atau 500 gm harga dah  RM 17.90. Ada jual ikut gram. Kalau nak cuba dulu boleh beli yang saiz kecil dulu ya. 

Tapi bukan alas dengan daun pisang. Kalau dengan daun pisang tu lagi wangi. 

Bila sampai kuih bakul masih lembik. Potong makan terus, yang susahnya nak potong sebab lembik. 

Kalau suka makan yang keras boleh simpan dalam peti terlebih dahulu. Baru boleh potong. 

Kalau tak percaya tengok di Shopee boleh cari kuih bakul halal yang dijual online. Sis pun ada terbeli di kedai shopee klik link Sini


kuih bakul

Kuih Bakul Goreng 

Selain dari makan begitu saja, kuih bakul juga boleh digoreng. Macam tak percaya boleh digorengkan.

Tapi bukan kena goreng begitu saja. Kena goreng berkepit dengan ubi keladi atau ubi keledek. 

Kuih bakul terlebih dahulu disimpan di dalam peti sejuk. Kena keras elok baru potongan pun cantik berkeping - keping. 

Kita goreng macam nak goreng pisang. Sedap dimakan selepas angkat dari kuali sebab tengah panas -panas. Kalau dah sejuk kurang sikit. 

Kuih bakul kebanyakannya mereka nak habiskan, mereka akan goreng dengan cara begini. 

Setakat ini, tak pernah nampak peniaga melayu jual kuih bakul goreng kepit macam ini. Ada ke yang jual. 

Kalau boleh beli tak kira musim dah kuih bakul. Tak mustahil ada yang jual kuih bakul goreng setiap masa. 

Ini lah cara mudah nak buat kuih bakul goreng. Walaupun ada lagi yang lebih mudah.  Macam - macam boleh buat dengan kuih bakul bukan setakat goreng dengan ubi keladi.

Jom semak resepi, lagipun senang cara nak buat, adunan nya rangup sangat.

kuih bakul

Resepi Kuih Bakul Goreng Dengan Ubi Keladi Simple Dan Sedap

Bahan - Bahan
Ubi keladi secukupnya boleh dipotong macam gambar kat atas
Nian gao ataupun kuih bakul dipotong empat segi
Minyak secukupnya untuk goreng

Bahan untuk adunan :
1 cawan tepung beras
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan air

Cara Goreng Kuih Bakul
1. Ubi keladi dipotong dan susun dengan kepingan kuih bakul macam gambar kat atas tu. Kuih bakul di simpan dalam peti semalaman terlebih dahulu, nanti nak potong senang sebab ia keras. Potongan pun cantik. 
2. Untuk adunan, campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Ketepikan sekejap.
3. Panaskan minyak dalam kuali, celupkan kepingan nian gao tadi ke dalam adunan dan goreng biar tenggelam dan masak hingga keperangan. Balikkan kedua-dua belah untuk masak sempurna.
4. Siap dan sedia terus untuk dihidangkan.

Nota :
1. Nak gantikan dengan ubi keledek pun boleh.

Kredit : https://www.rotinrice.com/yam-nian-gao-fritters/


Baca Juga : 



5 Comments

  1. salam singgah.. emm sedap ni ..

    ReplyDelete
  2. Memang sedap.. nanti next year nak buat lagi hii

    ReplyDelete
  3. Pernah nampak kakak ipar buat kuih bakul goreng begini dan saya makan. Suaminya Cina. Saya tak tahu pula namanya kuih bakul goreng. Rupanya resipi orang Cina ye. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  4. sedapnya ada inti kat dalam tu. tak pernah cuba pula selalunya buat ubi keladi goreng simple je..

    ReplyDelete
  5. kak ana ingat lagi wani ,dulu2 ada jiran kami kat kg cerita nak buat kuih bakul ni ada pantang larangnya untuk kaum Cina tapi sekarang dah tak relevan lagi kut :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post