-->

Saturday, 8 April 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

greek yogurt cake

salam semua .. happy weekends..

dah tenggelam timbul macam badak air tu kan..badak air tu sekejap dia tenggelam .. sekejap dia timbul :D..sekejap nganga mulut luas - luas.. ahahah.. thank you for dropping by here.. sekadar jeling- jeling ke.. sekadar nak cari bahan apa ke.. thanks a million .. setiap kali tulis entry ..selalu keluar lah pasal makanan.. korang hadap je lah ya.. :D

banyak betul entry dalam waiting list... lama dah wani buat kek ni.. selalu jugak beli yogurt sebab nak buat overnights oats kan ..tapi tekak sebelum ni memang tak biasa makan greek yogurt.. bila beli tu ya Allah teramatlah masamnya.. mahal tapi masamm .. tersilap beli yang plain greek yogurt tu pun dah buat kek.. ..tapi yogurt ni memang sesuai kalau buat kek.. sebab tekstur kek jadi lembut....

bila dah lebih dah tekak rasa tak nak dengan yogurt mulalah nak cuba sesuatu ..akhirnya jadilah kek ..untuk kek ni guna greek strawberry yogurt..

resepi ni dari versi english dah olah dalam bahasa melayu... resepi english ni dia malas nak timbang bab mentega tu.. pakai sudu besar sukatan.. sampai wani pun terpaksa la sukat dengan sudu sukatan jugak :D.. dah terlebih gigih ..dan terpaksa ..

ok selamat mencuba.sedap!!! kek ni lebih kurang kek butter cuma letak yogurt jerrrr.

yogurt cake

GREEK STRAWBERRY YOGURT CAKE



BAHAN-BAHAN

12 sudu besar mentega
1 cawan gula halus
3 biji telur (gred A) pada suhu bilik
1 sudu teh ekstrak vanila
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1 cawan greek yogurt ( strawberry flavored )
1/4 cawan madu

CARA- CARA

1. tepung gandum, baking powder , baking soda di ayak. dalam mangkuk berlainan, kacau yogurt dan madu

2. kemudian putar gula dan mentega sehingga nampak kembang dan pucat sikit. masukkan telur sebiji lepas tu sebijikk..putar sampai nampak lagi kembang dan sebati. lepas tu masukkan vanila

3. masukkan tepung sikit sikit ya diselang - seli dengan campuran yogurt dan madu sampai habis.. nampak adunan sebati, boleh stop

4. lapik dasar loyang 9 x 9 " inci dengan baking paper, tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 35 ke 40 minit. nanti cubalah cucuk dengan lidi satay, nampak clean tu dah boleh bawa keluar dari oven. kalau tak masak lagi tambah masa lagi..

5. dah masak ,boleh bawa keluar dan sejukkan sekejap  dalam 10 minit sebelum telangkupkan atas redai untuk disejukkan

This post have 11 komentar

avatar
Ana Suhana delete 8 April 2017 at 21:28

Gebunya kek tu. Mesti sedap. Nyum nyum 😋😋

Reply
avatar
Ana Fatihah delete 9 April 2017 at 00:39

Gebusnyaaa nampak kek nih. Malam2 tengok makanan memang melelhlaa jawabnya.. Huhu <3

Reply
avatar
Nadhie Wueen delete 9 April 2017 at 09:43

ehhh sedapnyaa. thanks for resepi kak wani :)

Reply
avatar
Adam delete 9 April 2017 at 13:14

Saya nak cuba buat. Jadi atau tudak saya tak oeduli. First time nak cuba.

Reply
avatar
Izzati Haniff delete 9 April 2017 at 14:23

blh dop mso nk wt kek oyk, nk g mkn free. hahaha. trliur la, sdknyo :)

Reply
avatar
Seorang Syed delete 10 April 2017 at 16:19

Saya dah la suka yogurt. mesti sedap kek ni kan huaaaa nak rasa.

Reply
avatar
Unni anje delete 12 April 2017 at 12:00

SEDAPNYA POST SABAH PLZ...... hihihi

Reply
avatar
Nour Adieb delete 14 April 2017 at 19:24

Nampak sodap & menyelerakan 😍 kalau sy nak try buat, kena ada my mom di sebelah

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 18 April 2017 at 12:37

Lama tak masak kek.. teruja lak nengok kek wani nie.. gebu gebas..

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete 18 April 2017 at 13:23

aduhaaai.. lagi tergoda macam ni.. ehhee.. CT suka gak baking tapi
kemalasan mengatasi segalanya..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang