Friday, 3 August 2018

author photo
RESEPI SAMBAL PARU GORENG YANG MUDAH | Siapa ya kat sini peminat sambal paru goreng. Rasa ramai yang suka kan. Nak makan memang lah mudah, nak buat tu mungkin makan masa sikit, sebab paru tu nak kena rebus kemudian goreng pulak, Nak goreng kenalah garing baru sedap. Sebab itu jarang juga nak buat sambal paru goreng ni hii.

Gambar ini semua time bulan puasa lagi ya. Biasalah entri tertunggak. Tengok ke rupa macam tak ada sambal, :D, tak suka sangat salut dengan sambal banyak - banyak.

resepi sambal paru goreng yang mudah

Seperti biasa layan gambar ya, paru ni kalau rebus kaedah biasa, payah lah sikit, asyik nak kembung naik atas, dalam noxxa ok, tapi daku pergi high pressure lagi lama , ada orang kata 8 minit tak percaya sangat, cuba buat jadi macam liat. Jadi untuk nak bagi liat dan mudah jer nak telan, pergi HP dalam 30 minit. :)


Bersedia untuk direbus :). potong sederhana besar sikit. Nampak besar, lepas masak jadi kecut 


High pressure selama 30 minit 


 Putar Tombol ke pressure 


Bunyi beep tanda dah siap ! Pastikan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap


Nampak tak makin kecik hii



Tunggu sejuk, sedia untuk dihiris nipis. Kemudian boleh lah goreng, nak goreng ni lah makan masa sikit.

Jemput tonton video. Resepi nanti korang cuba guna resepi dari Kak Azie ya. 

                       

RESEPI PARU GORENG SAMBAL
Sumber : Azie Kitchen

Bahan rebus:
500 gram paru
1-2 inci halia - hiris kasar
Garam
1 batang serai - ketuk

Bahan Kisar Kasar:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar cili kisar

Bahan lain:
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu besar gula
Garam - jika perlu
1 keping asam keping
1/2 biji bawang besar Holand - hiris nipis
1 batang serai - ketuk

Cara cara:
1. Rebus paru dengan semua bahan diatas sehingga empuk. Angkat tos dan sejukkan. Setelah sejuk, hiris nipis nipis mengikut yang disukai.

2. Panaskan minyak yang agak banyak supaya tenggelam paru. Goreng dengan menggunakan api yang besar sehingga garing yang disukai. Angkat dan tos.

3. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan serai sehingga garing dan terbit minyak.

4. Masukkan asam keping, gula, serbuk perasa dan garam, jika perlu.

5. Masukkan bawang besar hiris dan kacau rata sehingga bawang layu. Bolehlah ditutup api.

6. Setelah sambal agak suam, baru dimasukkan paru yang telah digoreng tadi dan kacau rata.

This post have 7 komentar

avatar
Sheila Adziz delete 3 August 2018 at 19:09

sedapnya paru goreng... wah guna presure cooker senangnya wani

Reply
avatar
Baby Breath delete 3 August 2018 at 19:59

wah sedapnya. saya ambil ye resepi ni. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 666

Reply
avatar
Lea Azleeya delete 3 August 2018 at 20:20

Rajin bebenooo wanie masak. kene contohi wanie gak ni..

Reply
avatar
Farhana Jafri delete 3 August 2018 at 23:17

part tunggu sejuk sambil makan tu yang paling best sekali :P

Reply
avatar
zuhaira nasrin delete 4 August 2018 at 23:06

fevret makanan tapi malas masak hahaha

Reply
avatar
Ciktie delete 4 August 2018 at 23:52

Sedap tu ! Dah lama tak makan hehe nak makan memang senang nak bolehkan buat tu macam2 kerenah hikhik

Reply
avatar
Warisan Petani delete 6 August 2018 at 21:14

Suka paru goreng sambal cengini.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang