Cara Pilih Limau Mandarin Yang Manis Kena Tahu 6 Jenis Limau Ini

Cara Pilih Limau Mandarin Yang Manis Kena Tahu 6 Jenis Limau Ini | Salam semua, setiap kali nak tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, limau mandarin pun dah mula muncul di pasaran. Nak yang mana, macam - macam saiz ada. 

Dan macam - macam bentuk packaging yang pernah jumpa. Bertuah, kita tinggal di Malaysia,  Hidup dalam satu bumbung bernama bumi Malaysia, macam - macam boleh rasa. 

limau mandarin


Sis nak kongsi berdasarkan kepada pengalaman, macam mana nak pilih limau mandarin yang manis.

Dalam seminggu lepas, sis keluar nak beli barang, ada singgah kat Pasar raya Nirwana, ternampak buah limau berkotak-kotak dah kat ruang depan.

Yang dalam kotak biasa pun ada, yang dalam kotak luar biasa pun ada. Eksklusif lagi. Jadi, pilih lah nak yang mana satu.

Pernah tak, ada pengalaman bila makan limau mandarin boleh yang masam. Sis, kalau dapat yang masam memang tak sentuh dah. Tekak tak boleh nak telan. Nak yang manis sahaja.

Berbalik pada cerita buah limau kat pasaraya tu, ternampak ada pekerja yang sedang keluarkan limau daripada kotak. 

Dalam kotak ni macam susah sikit, kita tak tahu mungkin ada limau dalam kotak tu dah buruk. Sebab itu, agak jarang juga lah beli limau dalam kotak. 

Biasanya, sis ambil yang jual timbang, kita pilih sendiri. Barulah boleh pilih yang mana  masih ok.

Buah limau ni kalau lama-lama dalam kotak pun tak boleh juga kan, nanti buruk cepat.

Kat sini biasanya, pekerja dah repack balik limau tu letak dalam plastik selepas keluarkan daripada kotak. 

Satu plastik harga tu ikut gred limau juga. Walaupun dah letak dalam plastik pun sebab bahagian plastik atas dah kena seal, jadi nampak berpeluh limau dalam tu, tak selamat jugak.

Sebab tu, tanya pekerja kat situ ni repack hari ini ke atau dah lama, sebab nampak yang dalam plastik ada yang berpeluh, hati-hati nak pilih limau.

Eh lupa, korang nak tahu tak macam mana nak tahu limau mandarin tu manis ke tidak. Kalau yang dah tahu kan tak apalah, kita pun nak kongsi balik kat sini, kot ada yang tak tahu kan.

6 Jenis Limau Mandarin Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli 

Sebenarnya, ada 6 jenis limau mandarin di pasaran. Kalau korang perasan, mesti ada harga murah dan mahal. Saiz pula ada pelbagai jenis. 

Itu bergantung kepada jenis limau mandarin yang ada. Nama pun ada berbeza kan. Perasan tak ? Sis pun tak berapa nak tahu, bila dah tahu jenis limau mandarin, nanti nak beli senang lah.

Rupanya nak yang jenis limau mandarin yang manis, kena ketahui jenis limau mandarin. Kalau tak asyik nak terbeli yang masam jawabnya. 

Jom, kita ketahui jenis limau mandarin yang ada dan pastikan selepas kenali ke semua ciri - ciri limau mandarin ini, nanti senang korang nak tahu manis ke tak. 

Walaupun nampak sama, tapi berbeza ya.

limau mandarin

1. Limau Ponkan

Limau ponkan adalah antara yang popular dan berasal dari Taiwan. Dari segi rasa, Ponkan berasa manis dengan ada sedikit masam di hujung lidah. 

Tapi, tidak berjus seperti lukan. Saiznya untuk sebiji lebih kurang tapak tangan orang dewasa. Agak besar dan kulitnya yang licin. 

Warnanya pula sedikit terang jika dibandingkan dengan lukan dan mudah dikupas.

limau mandarin

2. Limau Lukan 

Limau lukan adalah sejenis limau yang manis dan berjus. Berasal dari negara China. Dari segi rasa, limau ini lebih manis dan berjus jika nak bandingkan dengan Ponkan. 

Limau jenis ini amat sesuai untuk digunakan dalam masakan kerana ia tahan kepada panas dan tidak mudah benyek.

Dari segi saiznya pula, limau ini lebih kecil dari Ponkan. Kulitnya lebih nipis dan sedikit menggerutu. Kadang - kadang ada terjumpa tompok hitam pada kulit.

limau mandarin

3. Limau Swatow

Limau jenis ini berasal dari China dan rasanya lebih masam. Saiz limau Swatow lebih besar dari limau Ponkan dan Lukan. 

Mempunyai kulit yang lebih tebal dan teksturnya yang kasar dan susah sikit untuk dikupas.

Limau mandarin jenis ini mampu bertahan untuk tempoh 6 bulan berbanding limau yang lain yang hanya bertahan dalam tempoh 3 bulan selepas masak ranum.

limau mandarin

4. Limau Mikan 

Limau Mikan juga berasal dari negara China. Limau ini juga mempunyai rasa yang paling masam. Selain daripada aroma citrusnya yang sangat kuat. 

Saiz limau mandarin ini adalah yang paling kecil dan mempunyai kulit yang nipis berwarna kekuningan. Tapi limau jenis ini tak tahan lama. 

Selepas masak hanya mampu bertahan selama 2 minggu.

limau mandarin

5. Limau Emperor Tangerines

Ini adalah limau mandarin yang paling disukai ramai disebabkan rasa dan aromanya yang sedap. Limau jenis ini berasal dari negara China. 

Walaupun limau ini adalah yang paling manis, tetapi, rasa manisnya tak tahan lama. Selepas seminggu dipetik, rasanya akan berkurangan. Kulitnya nipis dan mudah dikupas.

limau mandarin

6. Limau Dekopon

Limau mandarin Dekopon berasal dari Jepun. Kulitnya mudah dikupas. Limau jenis ini tidak berbiji dan mempunyai rawa manis yang segar. 

Limau ini juga mempunyai aroma limau yang lebih kuat berbanding yang lain. Kalau nak kenal jenis limau ini, warna kulitnya sedikit cerah dan permukaannya kasar.

Selain itu, ada benjolan pada bahagian atas limau atau kulit yang berhampiran dengan tangkai.

Cara Pilih Limau Mandarin Yang Manis 

Tapi kalau nak buat cara macam ini pun boleh juga. Boleh dipakai lagi.

1. Mula- mula sekali kita tengok fizikal buah limau tersebut. Biasanya kalau nak tahu yang manis ni, limau tak bulat cantik, nampak menggerutu sikit. 

2. Warna buah limau yang manis, nampak ke oren tua sikit.

3. Cuba picit bahagian bawah limau, kalau kulit limau tu nampak lekuk, maknanya kulit limau tu dah mudah lekang dari isi. Yang ni mudah sangat nak cam.

4. Biasanya kalau kulit limau yang mudah lekang ni antara dua samaada manis atau tawar, sebab kalau ikut pengalaman, tak pernah lagi jumpa yang masam. Tawar tu dah biasa.

Ok, itu sahaja kalau korang ada boleh tambah. Kalau buah limau dalam kotak, rasa macam susah sikit nak pilih - pilih kan, tapi  yang boleh timbang tu, kita boleh pilih.

Oh lupa pula nak cakap, buah import macam biasalah ada kadang- kadang limau mandarin dipetik awal. Itu yang ada terlebih masam tu sebab petik belum nak capai tahap matang.

Nanti sebelum nak beli tu, tengok buah limau mandarin ni nama apa. Sebelum ini, nak beli tak tengok apa dah, ambil terus letak dalam plastik. Lain kali tak nak dah buat macam tu.

Sumber di Straittimes dan impiana.my

Baca sini : 

15 Comments

  1. kat opis ni dpt 2 kotak limau..sekotak tu masam giler..x makan...sekotak lg manis..tp mmg nampak beza antara 2 kotak tu..sekotak tu cam gambar yg wanie tunjuk tu la..bulat x rata & bila bukak mmg lekang kulitnya..manisss.. hehehe

    ReplyDelete
  2. ni mujur dapat makan limau mandarin suami bawa balik

    ReplyDelete
  3. kena check kotak limau
    kalau kotak basah atau pembalut buah limau berwap...tu tanda buah tu dah buruk atau busuk

    ReplyDelete
  4. aira pun tak sentuh kalau kena limau masam. haha

    ReplyDelete
  5. Thanks sebab sudi share tip-tip ni, berguna betul

    ReplyDelete
  6. betul betul. ray jarang makan limau tp kalau dapat yang manis memang habis.

    ReplyDelete
  7. Good tips la boleh mama pakai

    ReplyDelete
  8. Selamat pagi sabtu wani, senang kata cari tanda tanda buah yang dah nampak tua kan

    ReplyDelete
  9. Musim panas ni makan limau mandarin memang sakit tekak dan batuk, Hehe

    ReplyDelete
  10. Banyak jugak jenis limau ye. Mimi bantai makan je kalau orang bagi.

    ReplyDelete
  11. waalaikumussalam. oh tak sangka ada banyak jenis. haha. sebelum ni main hentam ja beli ^_^

    ReplyDelete
  12. Azhan: terima kasih. baru tahu ada byk jenis limau. haha

    ReplyDelete
  13. Selalu kalau beli cari yang bulat cantik.. lepas nie kena cari yang menggerutu sikitlah.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Satu lg kalau perasan, limau lokam plastik pembalut buah warna oren. Kalau limau ponkan, plastik pembalut but adalah lutsinar (transparent). Saya suka lokam sebab rasanya yang manis.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post